Banyak cerita disini berkenaan masalah rumahtangga and kewangan. Disini saya nak ceritakan bagaimana keluarga saya mengatasi masalah duit bila mana ramai adik beradik berkumpul.
Sebelum itu saya ceritakan berkenaan keluarga saya. Saya sudah berkahwin [52F] dan mempunyai 4 anak. Adik beradik saya seramai 7 orang, 2 lelaki dan 5 perempuan. Kami hanya ada mak sahaja, bapa sudah meninggal dunia lebih kurang 25 tahun.
Mak saya tidak pernah bekerja cuma jual kuih semasa dia muda untuk menambah pendapatan. Arwah bapa saya adalah pesara kerajaan, bulan bulan mak saya akan dapat pencen yang lebih kurang RM1,700.
7 orang adik beradik, termasuk saya semua sudah bekerja. 4 orang adalah jurutera, seorang pensyarah, seorang guru dan saya pegawai bank. Apa yang hendak saya ceritakan mungkin sesuai dipraktikan untuk keluarga awak dan mungkin juga tidak.
Kami adik beradik mempunyai dana keluarga dimana kami 7 beradik akan menabung duit untuk pergi bercuti, makan-makan, duit lauk bila raya dan juga bila kenduri kahwin.
Setiap orang berbeza jumlah caruman setiap bulan, bergantung kepada ahli keluarga masing masing. Paling tinggi RM200 sebulan, RM150, RM100 dan RM70.
Alhamdullilah setiap adik beradik saya tidak pernah tidak mencarum (is it the right word to use??). Semua akan membayar setiap bulan. Saya adalah pemegang amanah untuk menyimpan dana keluarga. Mungkin sebab saya bekerja dibank. Jumlah sebulan yang dikutip adalah RM970.
Mula mula kami rancang dana keluarga adalah untuk berjalan adik beradik dan membawa mak saya. First time kami gunakan duit itu kami bercuti ke Langkawi.
Diawal penubuhan dana keluarga, kami hanya membayar RM50 seorang dan waktu itu hanya 4 orang adik beradik bekerja. Adik saya 3 orang masih belajar.
Semasa ke Langkawi, hanya 2 orang adik beradik saya yang sudah berkahwin. Jumlah ahli rombongan termasuk anak (kakak saya sudah mempunyai seorang anak) adalah 8 orang.
Kemudian kami ke Hatyai dgn menaiki keretapi, jumlah ahli rombongan sudah bertambah ke 10 orang. Mak saya tak pernah pergi oversea so ni kira first timelah walaupun tak naik kapal terbang. Rasanya masa ni mak saya tak pergi Haji lagi.
Nak tergelak bila teringat mak saya cakap omputih bila nak beli barang. Mak buat cakap macam full sentence tapi sepatah je cakap.
Ada masa kami akan berehat dari bercuti kerana ada ahli yang ada anak kecik tak sesuai untuk berjalan. Bila lama tidak berjalan duit dana akan bertambah banyak. Kami telah melancong ke Bandung, Beijing and Korea.
Semasa ke Beijing, 3 adik saya masih belajar dan semasa ke Korea semua sudah habis belajar, yang bongsu baru habis belajar dan mendapat kerja.
Kami ke Korea bulan Nov dan adik saya juga sepatutnya mulakan kerja bulan Nov, alahamdullilah majikan bagi tangguh masuk kerje ke Dec sebab ada trip keluarga.
Bila hari raya atau adik beradik ramai balik ke rumah mak saya, saya akan bg duit untuk mak saya beli lauk. Pernah juga mak accident kereta dan tak claim insuran, kami gunakan duit tu nak bayar repair kereta mak.
Dana keluarga juga kadang kadang adik beradik akan pinjam sebab duit kami pernah sebanyak RM45K. Adik beradik saya just call saya dan tanya berapa duit dana ada dan nak pinjam. Saya akan kata OK je than transfer. No question asked.
Saya sebagai pemegang dana tak akan follow up on monthly contribution sebab kita based on trust, saya pun busy, tiada masa nak buat accounting check. Kalau yang meminjam jugak saya tak akan check how much they paid and balance to pay.
Kita semua solat and aim nak masuk syurga so tak akan menipu, lagipun kami adik beradik. We’ve known each other since birth lah kan. Selalu yang pinjam akan bayar tak lebih setahun.
Kadang saya nak tergelak, bila ada yang meminjam dan cakap jangan buat trip lagi sebab tak cukup duit nak bayar.
Disamping bertindak sebagai pemegang amanah, saya juga adalah travel agent. Saya akan booking tiket kapal terbang, cari rumah Airbnb, make sure semua orang boleh cuti on the date kita nak jalan tu. Semua tu sangat tough and time consuming.
Suami dan adik beradik saya cakap kalau saya tak kerja bank boleh bukak travel agent. Masa trip ke Beijing kami pakai travel agent. Tapi ke Korea and Bandung tak, semua cari sendiri dan arrange sendiri itinerary.
Seronok ke jalan ramai ramai ni?? Sangat seronok, tambah tambah kami semua adik beradik. So anak anak kami jadi sangat rapat.
Masa ke Beijing agak lama saya rasa dalam 8 hari kot. Musim sejuk dan mkn Chinese food, agaknya lama sangat sampai mak saya cakap, lain kali jgn pi lama sangat, Maybe masa tu mak dah tak tahan makan Chinese food. Ada one kind of smell bila masuk restoran, tapi halal tau.
Masa di Korea mak ok je sebab kita duduk Airbnb so boleh masak. Boleh makan nasi lemak, murtabak segera, nasi goreng. Masa di Nami, mkn kat restoran yang halal kat situ, mak tanya berapa semua cost mkn, saya ckp RM1,300.
Mak cakap mahal nya, biasalah tourist attraction and kita ramai masa tu. Masa tu ahli rombongan 23 orang. Mak saya kalau mahal nanti dia ckp kalau kita masak sendiri lagi murah dan jimat…..hahaha.
Tapi sekarang mak dah tak larat nak jalan oversea dah. Ada adik saya bawak mak ke Hatyai. Actually mak tak nak pi tapi kalau dia tak pi nanti adik saya yang 2 orang tu pun tak pergi.
So trip sekarang kami jalan dalam Malaysia je, dah 2 kali ke Redang dan duduk di Laguna Redang. Tempat sini aktiviti pagi dan petang, mak kalau tak larat dia duduk dlm bilik je.
Bila duduk sini benchmark tinggi lak sebab makan sedap dan bilik pun best. Kami sekarang dah due for another trip. Nak carik tempat yang macam Laguna Redang….. any suggestion?
– Zztop (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi sis, kalau ada extra money boleh opt for cruise trip pulak. Sekali sekala merasa pengalaman baru. If mak tak larat, boleh je stay dalam cabin. Anak & cucu boleh enjoy all cruise facilities. Cruise pon wheelchair friendly if mak tak larat nak jalan kaki sendiri.