Aku Nia, umur 35 tahun. Seorang ibu kepada 2 anak lelaki yang masih bersekolah rendah.
Aku bukan nak cerita tentang cara aku mendidik anak. Tapi aku nak cerita tentang cara mak abah aku mendidik aku.
Percaya atau tidak, aku tak pernah dirotan, dilibas, dipukul oleh mak dan abah. Pernah juga dirotan sekali dua oleh cikgu sekolah. Tapi bukan kerana masalah disiplin. Tapi sekadar tak dapat jawab soalan di dalam kelas.
Bukan sebab tak siap kerja sekolah ye. Lebih kepada salah jawapan masa cikgu buat pop kuiz. Haha… Itupun boleh dikira dengan jari sepanjang berbelas tahun aku sekolah dari usia 5 sehingga 17 tahun.
Kalau korang kata bila tak dirotan, anak jadi tuan, anak tiada haluan, anak tak ada disiplin, alhamdulillah aku sendiri ialah pengawas sekolah ketika sekolah rendah, pengawas pusat sumber ketika sekolah menengah,
Top 3 dalam kelas setiap tahun, straight A UPSR dan PMR, SPM terkucil sikit (7A je), grad dari universiti dengan CGPA atas 3.5, kemudian bekerja sebagai jurutera. Dan aku tak pernah dirotan oleh mak dan abah.
Aku bukan berbangga diri. Tapi aku percaya bukan semua didikan perlu diselitkan rotan. Kalau ada yang ingat mak aku surirumah dan sentiasa ada untuk pantau aku, salah sama sekali.
Aku ni pun pergi dan balik sekolah naik bas. Kalau tak bas sekolah, bas intrakota. Hah, intrakota kau. Punyalah purba zaman sekolah aku dulu.
Mak dan abah aku dua-dua bekerja. Mak aku tak garang tapi tegas. Kami adik-beradik ada peranan masing-masing dalam kerja rumah.
Kalau abang aku basuh pinggan, aku kena sapu rumah. Kalau aku basuh baju, abang aku tukang jemur. Kalau abang aku tukang beli barang kat kedai runcit, aku tukang susun kat dapur.
Hasilnya, kami tak kekok buat kerja rumah walaupun jantina kami berbeza. Sebab bagi mak, semua orang kena belajar buat kerja rumah. Bukan hanya orang perempuan je, bukan hanya kerja mak sorang je.
Benda ni pun sebenarnya banyak dipengaruhi oleh abah. Sebab bagi aku, abah ialah sebenar-benar lelaki yang faham tanggungjawab sebagai lelaki, suami dan bapak.
Abah yang hidupkan solat berjemaah di rumah seawal aku berusia 5 tahun. Abah yang datang ke sekolah setiap kali ambil buku rekod pencapaian. Abah yang ambil alih tugas masak-memasak kalau mak dah tak larat.
Abah aku ni sebenarnya orang yang workaholic. Boleh kata setiap hari abah akan balik lambat. Tapi abah jugak akan ada slot masa yang dia akan luangkan untuk anak-anak. Hanya dia dan seorang anak pada satu-satu masa.
Contoh, kalau abah nak ke kedai, abah akan gilir-gilir ajak aku atau abang aku ikut.
Kalau giliran aku yang ikut, bukan sekadar ke kedai beli barang je sebenarnya. Tapi abah akan singgah ke kedai roti canai, dan abah luangkan masa berdua dengan aku.
Aku tak faham lagi masa tu, kenapa nak kena makan dengan abah je? Kenapa tak makan kat rumah?
Bila dah menjangkau dewasa, baru aku faham. Itu rupanya cara untuk abah aku connect personally dengan kami adik-beradik. Supaya kami tak kekok bila bercerita dengan abah.
Mungkin jugak supaya mak ada me time sendiri di rumah, tak perlu nak hadap dua anak sekaligus. Haha…
Benda ni yang sebenarnya memudahkan abah untuk menasihatkan kitorang. Connect before correct. Ini yang mak bapak selalu terlepas pandang. Kita cuma nak betulkan kesalahan anak tapi kita tak cuba nak faham kehendak anak.
Nak faham kehendak anak ni bukan setakat letak dia depan kita dan suruh dia cerita semata-mata. Tapi kena bagi anak faham yang kita adalah tempat yang dia boleh meluahkan segala rasa. Bagi anak faham yang kita adalah tempat yang paling selamat untuk dia.
Aku pun ada jugak benda yang aku buat masa kecik-kecik dulu yang aku rasa layak kena marah. Contohnya masa aku umur 6 atau 7 tahun dulu. Kami sekeluarga makan kat Mekdi.
Aku masa tu baru lepas tengok cerita Jackie Chan kat rumah pengasuh. Jadinya aku excited bercerita dengan tangan-tangan sekali naik. Tiba-tiba tangan aku terlanggar cawan, habis air milo tumpah. Cuak takyah cakap la masa tu.
Tapi apa reaksi mak abah? Langsung tak naik suara. Mak abah cuma bangun tenang-tenang, suruh aku duduk diam jangan bergerak, kemudian diorang kemas meja yang terkena air dan minta tolong budak mekdi tu lap air yang tumpah ke lantai sambil cakap maaf dan terima kasih.
Adakah perbuatan mak abah yang tak marah aku tu buatkan aku jadi besar kepala? Tak. Apa yang mak abah buat tu buat aku rasa selamat. Buat aku rasa yang kita tak boleh lari dari buat salah. Tapi jangan lari bila ada masalah.
Jadinya, tiap kali aku rasa ada masalah yang aku tak tau nak cerita kat sesiapa, aku akan cari mak abah dulu. Menariknya, mak abah ni sebenarnya tau je yang bila aku ada masalah. Tapi diorang tak pernah paksa aku cerita.
Cuma occasionally, diorang akan cakap, “Kalau ada apa-apa masalah, ceritalah.” Tu kiranya cue untuk aku jugak la sebenarnya. Bila betul-betul dah sedia, baru aku bukak cerita. And it would always be a pure listening with no judgment.
Of course, diorang bagi nasihat apa nak kena buat semua. Ada je yang aku tak ikut. Tapi at least selesai satu masalah dalam kepala dengan bercerita kat orang yang bagi aku rasa selamat.
Habis tu? Tak pernah kena marah ke?
Eh, mestilah pernah. Tapi bukan di tempat awam. Asian parenting tu memang wajib ada dalam jiwa mak bapak di Malaysia ni. Dah buat salah, takkan la nak tengok je kan? Cumanya merotan, melibas dan memukul tu jauh sekali.
Aku faham. Tak semua anak tu sama. Tak semua anak tu boleh diajar dengan hanya berkata-kata. Dan sebab tak semua anak tu samalah aku nak korang faham yang bukan rotan tu menjadikan setiap anak di dunia ni manusia.
Sebab bila aku baca kat media sosial, ramai pula berbangga merotan anak seawal usia 3, 4 tahun atas nama disiplin. Padahal asas disiplin tu sendiri dibentuk melalui latihan dan rutin. Bukan rotan dan pukulan.
Apa-apapun, doakan supaya anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah waima apa juga cara didikan kita selagi mana tidak menzalimi anak-anak.
Dan semoga kita menjadi generasi ibubapa yang berjaya mendidik anak dengan dengan nasihat dan kata-kata, bukan rotan semata-mata.
– Nia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit