Hai. Nama aku Zila. Usia biarlah menjadi rahsia. Aku dah berkahwin dan ada 2 cahaya mata. Aku seorang wanita educated. Graduan sebuah universiti terkemuka dalam bidang pentadbiran.
Pernah dilamar kerja oleh beberapa syarikat dengan position yang agak menarik tapi aku tolak atas sebab-sebab tertentu.
Jom aku mulakan kisah aku. Aku berkahwin dengan lelaki pilihan hati direstui oleh family aku. Sepanjang perkenalan dah banyak yang jadi sampai aku dah tawar hati tak nak kawin.
Tapi biasalah. Lelaki. Sebelum dapat dia sanggup buat apa saja walaupon terpaksa bodohkan diri tunggu aku setiap hari depan office aku.
Atas usaha dia pada ketika itu untuk dapatkan aku akhirnya dia berjaya. Aku berkahwin dengan dia. Biarlah aku namakan dia sebagai Am.
Untuk tahun yang pertama aku rasa agak bahagia. Walaupon LDR. Dia di Shah Alam dan aku d Melaka. Tapi semua musnah bila kami tinggal sebumbung.
Untuk pengetahuan korang aku bukanlah perempuan yang kuat cemburu. Cuma ada benda yang memang aku dah cakap dari awal aku tak suka so tolong jangan buat. Simple. Sebab dia pon dah berjanji. Dah bersumpah takan buat.
Sampai lah satu hari kantoi. Dia sibuk ikut perempuan pergi makan. Bila aku bising alasan dia kawan ajak teman. Menyirap aku dengar jawapan tu. Sebab dari awal aku dah cakap aku tak suka perempuan tu. Adalah sebab aku kenapa aku tak suka.
Tapi biasalah lelaki. Dia hanya pandai berjanji dan bersumpah pada ketika itu. Lepas tu dia buat.
Start dari kejadian tu kami kerap bergaduh. Tapi aku masih bagi peluang. Tapi perangai dia kian menjadi. Skandal dengan janda. Siap shopping untk janda nih. Padahal nafkah aku pon kadang bagi kadang tidak. Contact ex-grilfriend dan macam2 lagi la.
Sebelum tu dia nih workaholic. Dalam sebulan 30 hari dia kerja. Maklumlah shareholder dalam company tu nanti memang diorang nak tukar ke nama dia kan. Sebab tu masa dengan anak isteri pon tak ada. Kan?
Itupon kalau company dia bermurah hati sangat la. Bertahun kerja gaji masih ditaraf B40. Tapi aku bersyukur. Cuma kadang muak bukan sebab duit tapi lebih kepada attitude.
Okay, aku jelaskan dimana punca aku nekad nak bercerai dan hanya menunggu masa yang sesuai. Kejadian berlaku ketika aku berpantang. Dia sibuk nak ajak perempuan tu ikut program dia dengan alasan kawan suruh.
Aku okay kalau kawan dia yang ajak. Tapi aku tak boleh terima bila dia yang chatt ajak. Mana aku tau? Aku dapat screenshot conversation dia. Clear nombor telefon dia.
Ya kami bergaduh. Perang. Aku benci. Sungguh aku benci. Tapi mengenangkan anak aku masih kecil aku pendamkan rasa amarah dan benci yang membuak2.
Kemudian jadi lagi peristiwa dimana si Am nih berjanji dengan aku tak akan join mana2 program yang ada perempuan tu. Tapi akhirnya janji tinggal janji. Dia lagi rela ambil cuti untuk ikut program company dia dari spend time dengan aku dan anak2.
Bayangkanlah ya ketika aku tengah pantang dia tak boleh ambk cuti lebih sikit alasan banyak kerja. Company memerlukan dia. Tapi akhirnya dia boleh cuti hanya untk program company dia.
Sabar dan sayang aku yang menipis kian menipis.
Sampailah dikemuncak aku didiagnose influenza B. Seluruh tubuh badan tak berdaya. Tapi dia boleh tinggalkn aku dengan anak-anak dia yang masih kecil untuk meeting di Johor tanpa provide helper pada kami. Alasan dia kawan dia tak akan pergi kalau dia tak pergi.
Malam tu kami perang lagi. Dan akhirnya pagi tu dia p. Hati aku hancur. Sebab bagi aku dia lelaki yang tak guna. Tak ada langsung rasa kesian dan sayang pada anak dan isteri.
Aku sakit hati. Aku call boss dia. Jawapan boss dia keputusan staff dia untuk p tu dia anggap rasional dan dah mengambil kira semua faktor termasuk keluarga.
Biasalah. Boss kn? Apa yang menjadi advantage pada company semua dianggap rasional.
Tau apa jadi pada hari dia p? Aku sesak nafas. Oksigen aku drop. Bertahan hanya berbekalkan inhealer. Seluruh badan aku lemah dan rasa kebas.
Aku tak mampu uruskan anak sewajarnya. Sehingga kawan aku bawak aku ke klinik. Keadaan aku membaik buat beberapa jam. Kemudian esoknya aku jadi lagi teruk. Kali nih kami decide nak ke hospital.
Alhamdulillah selepas beberapa proses rawatan alhamdulillah aku semakin okay walaupon masih lemah.
Dan bermula kejadian tu aku tekad untuk berpisah. Aku dah tak mampu untk terus bersama. Sebab hati aku hancur. Aku rasa akulah manusia paling bodoh sebab masih beri dia peluang sebelum nih.
Dan sekarang aku dalam proses memfailakn perceraian. Aku nekad. Cukuplah selama nih hidup aku hancur. Aku dah tak nak kena mental toture. Sebab bila aku tak boleh control emosi aku mula la aku digelar perempuan gila. Gila meroyan.
Dan aku sangat excited untuk berpisah.
Kepada boss En Ghaus yang terpaling rasional tu saya ucapkan selamat maju jaya. Semoga nanti tuan tak diuji dengan kata2 tuan. Saya ikhlas untuk infaqkan staff tuan yang kononnya hero company untuk kegunaan seluruh organisasi.
Saya faham. Dia menggalas tanggungjawab yang sangat berat dalam organisasi sehingga terpaksa memilih untuk meletakan anak dan isteri pada kedudukan paling terakhir.
Dan kepada awak suami yang selalu menganggap kehadiran saya nih bukanlah sesuatu yang penting dalam hidup awak.
Saya doakan awak maju jaya. Lepaskan saya dengan mudah agar awak mampu focus pada kerjaya awak. Kita mungkin ditakdirkan untuk bertemu tapi takdir pertemuan kita tidak kekal buat selamanya.
Terima kasih buat korang yang sudi membaca kisah aku. Maafkan aku adai ada tersalah dalam penulisan kali nih. Doakan aku success dalam career aku dan doakan aku berjaya membesarkan anak-anak aku.
Aku tidak menolak jodoh yang akan datang. Tapi andai betul ada jodoh lagi doakan aku dapat suami yang menyayangi aku dan anak-anak aku. Dapat membimbing kami. Dan merasakan kami penting dalam hidup dia.
Sampai jumpa lagi..
Assalamualaikum..
– Zila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kahwin susah tak kahwin pun susah tapi tahap terkena mental lebih tinggi bagi yang berkahwin lah
Sayangi diri sendiri puan.Abaikan lelaki tak guna yang hanya tahu bagi benih sampai mengandung je.Dia langsung tak hormat puan sebagai isteri apatah lagi hargai kehadiran puan dan anaknya.
Lelaki toksik tak sedar diri kaki betina ni payah nak berubah melainkan dah lumpuh dan kote cacat.
Terus hidup ke depan ya puan jangan gadaikan kebahagiaan hidup angkara lelaki tak guna