Hubungan Jalan Setempat & Mimpi Tiba-Tiba? II

Jemput baca previous confession aku, boleh baca sini https://iiumc.com/hubungan-jalan-setempat-mimpi-tiba-tiba/ & https://www.facebook.com/share/18rrsogmNM/?mibextid=wwXIfr .

Salam readers.

Dek kerana kesibukkan kerja aku, aku lupa yang aku ada bercerita dekat platform ni. Terima kasih untuk semua nasihat, teguran dan apa pun itu. Tak sangka sebenarnya ada respond yang baik.

Bagi menjawab persoalan umur sebaya tapi tak terfikir pun untuk doa atau istikharah jodoh, aku faham situasi kita berbeza.

Aku yang dah berkawan for 10 years bukan satu jangka masa yang pendek untuk tak fikir bila nak kahwin? I think semua orang akan terfikir apa yang aku fikir kalau sama sama ada di situasi ni.

Kalau dipersoalkan mungkin ni semua takdir, ya aku faham konsep takdir. Tapi mungkin kita semua boleh belajar maksud berusaha dan usaha. Aku tak minta pun untuk hari ni bincang kahwin, minggu depan terus kahwin.

Betul bumi ni luas dan bebas.

Dan aku tak boleh sesuka hati aku untuk buka hati sedangkan aku dah berada di satu situasi yang memakan jangka masa yang panjang, 10 tahun bukan 10 hari.

Aku pun tidaklah bergantung 100% dekat partner aku tu. Aku kemana mana sendiri, nak apa apa usaha sendiri, ikut rentak dan kerajinan aku haha. Aku dan partner aku keluar bersama in terms of ‘dating’ tu pun aku rasa dah 2 tahun lepas.

Sejak tu, aku mula slowly bagi alasan untuk tak jumpa. Jumpa pun dekat depan rumah for 15mins++. Selain tu memang tak ada. Aku dah naik bosan sebab hubungan kita ni jalan setempat tak ada progress or effort untuk move to next step.

Aku ada dengan dia dari zaman sama sama belajar. Sejujurnya memang dah hilang spark. Dah tak ada fire works or butterfly dalam hati ah gitu! Aku ni sampai dah kerja pindah kerja lain company 2 kali sepanjang 10 tahun ni.

Kalau isu duit, mana nak ada duit kalau kerja pun ikut mood. Kerja pun ikut dan. Kerja ikut hobi. Aku rasa macam banyak sangat masa terbuang.

Zaman study dulu aku siap kerja part time untuk diri aku. Jangan kata aku tak faham partner aku tak ada duit. Aku tahu dia, bukan 10 bulan kenal, dah 10 tahun.

Mak ayah mana yang tak risau lagi lagi anak perempuan tunggal. Berkawan dah lama tapi masih tak ada kepastian, mana mana mak ayah mesti dah gelisah.

Kalau kata better tinggalkan, ya aku memang dah mulakan langkah untuk tinggalkan. Sebab aku sendiri sedar benda ni. Cuma aku perlukan kepastian untuk benda ni. Kalau aku tiba tiba tinggal dan pergi, aku pulak nampak buruk. Sedang kan orang sekeliling taktahu apa puncanya.

Point aku dekat previous confession aku tu, takkan 10 tahun berkawan tak ada any progress or effort untuk atleastlah tunang?

Korang yang lelaki tu, cuba bagi pendapat. Apa point yang buat korang stuck? And for those yg wanita tu boeh bagi opinion? Feel free to maki, hahaha.

Aku pernah tanya partner aku, maybe ada benda yang dia rasa kurang dengan aku ke dari segi perangai kan manalah kita tahu dia pendam kan. He said, semua ok. Aku jadi stress. Aku dah pernah pressure dia dulu 2 tahun lepas, dia gelak je. Aku pun tak faham celah mana yang kelako.

Let say, dia bagi kata putus tak kisahlah nak move to next step ke nak biar macam ni atau nak stop terus, aku okay. Tapi ni tak ada kata putus atau pun kepastian. Macam mempersendakan aku pun ada.

Tiba tiba overthinking sebab baca 1 comment tu maybe partner aku ni jadikan aku sandaran je. Hare hahahaha siap ada yang commented “10 tahun bercinta tapi tak ada progress. Dia bukan nak bini, dia nak PA with benefits” tergelak ya aku sebab aku rasa eh yeeee jugak!

Doakan aku semoga aku kuat untuk berhadapan dengan partner aku untuk bangkitkan isu ni lagi. If masih lagi tak ada jawapan yang pasti, aku sendiri akan undurkan diri dan teruskan hidup. Ini kali turn aku nak guna ayat dia, “Kalau dah jodoh tertulis atas, mesti berjodoh”.

Biar dia pulak rasa kan. Itu pun kalau dia ada hati dan rasa.

Btw yang bagi pendapat untuk lelaki dalam mimpi aku tu kan, aku tak berani nak mulakan step. Tapi sumpah ya dia rajin viewed story aku. Biarlah aku buat istikharah dulu, risau aku kena beduk sebab syok sendiri.

And aku tahu lelaki dalam mimpi aku single available plus nampak dia matang. Problem utama kalau aku nak create story yang relevan dengan dia, aku pun taktahu apa benda. Sebab dia ni kerja special sikit and dia jenis yang privateeee semua benda.

Aku pernah cuba posted something yang related with his work, dia viewed and like je. Baran rasa.

Kadang aku rasa macam aku tengah bercermin dengan diri sendiri sebab perangai lelaki dalam mimpi aku tu sebijik perangai aku dulu.

So far aku dah tak mimpi pasal dia lagi sejak haritu. And aku tengah jaga jarak. Aku percaya, kalau jodoh, Allah akan bukakan jalan.

Aku dah taknak berharap pada manusia, aku takut harapan aku tu akan menyakiti diri aku sendiri.

Aku hanya berharap pada Allah semoga Allah permudahkan perjalanan aku dan Allah redha untuk makbulkan doa doa dan keinginan aku terutama sekali harapan dan doa mak ayah aku.

Aku akan gunakan kuasa veto yang sedia ada, aku minta mak aku doakan aku. Aku percaya redha seorang ibu sangat kuat. For you guys yang sudi membaca confession aku tak kiralah part I ataupun part II, minta tolong doakan aku ya.

Aku doakan semoga kita semua diberikan yang terbaik. Aamiin!

Till then, toodles!

– Lady Bug (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *