Imamku Kasanova

“Semua ni sebab u tak terima poligami, kalau tak.. semua ni takkan jadi” Kata suami kepada saya selepas dia kantoi bercinta dengan janda tua anak 2.

Sekarang dia dah jadi bekas suami. Saya namakan dia Ustaz Madi.

Saya sebenarnya tak menghalang poligami.

Dulu masing-masing dah setuju saya yang akan tapis calon madu saya kalau dia nak bermadu. Dia setuju dan berjanji takkan kahwin dengan calon yang saya tak approve.

Sekarang ni lain pula ceritanya.

Ini sebenarnya kali ke 3 dia cuba berpoligami.

Calon pertama seorang Wanita berkerjaya professional, baik dan matured orangnya. Saya namakan dia Melur.

Saya approve sebab kenal hati budinya. Tapi bila saya wassap dia tanya bila free sebab kami nak jumpa ayahnya untuk merisik, Melur menarik diri. Dia tak mahu suami orang katanya.

Saya rasa Melur dah fikir panjang dan tak sampai hati nak lukakan hati saya. Ye lah, Perempuan mana sanggup bermadu kasih.

Saya bagi keizinan pada suami pun sebab sedar saya tak sempurna dan banyak kekurangan saya yang mungkin boleh ditampung oleh madu saya.

Calon kedua, isteri orang yang kononnya dalam proses perceraian. Kakitangan jabatan yang sama dengan Ustaz Madi. Saya namakan dia Kaktus.

Ini kerja gila, fikir saya dan memang saya tentang habis-habisan. Suami Kaktus tu pun tak nak lepaskan dia. Anak-anak masih kecil dua orang.

Bergaduh besar dengan dia dan saya failkan permohonan cerai kali pertama.

Tak lama lepas bergaduh, mungkin dah datang kesedaran dan kewarasan fikiran dia barulah dia minta maaf kat saya dan putuskan hubungan dengan Kaktus.

Saya maafkan dia dan tarik semula permohonan cerai tadi.

2 tahun selepasnya dia jumpa perempuan lain pula. Tua 4 tahun dari Ustaz Madi. Saya namakan dia Mak Lampir disebabkan ramai kawan-kawan kata rupa dia macam mak lampir semasa berjumpa dia di masjid.

Ade perawat Islam kata mak lampir ni ‘memakai’ sebab tu ramai lelaki tunduk je kat dia.

Mungkin bila Ustaz Madi bawa dia ke masjid, masa tu terbuka rupa sebenar dia. Itupun Ustaz Madi buta lagi. Haha.

Saya awalnya reject dia sebab banyak sangat red flag yang dah ditonjolkan tapi Ustaz Madi marah. Katanya saya terlalu cepat menilai tanpa kenal dulu dia siapa.

Mak Lampir ni banyak manipulasi keadaan. Dia provoke di medsos. Bila cerita kat Ustaz Madi, dia tak percaya. Dia back up Mak Lampir kaw-kaw.

Saya akhirnya mengalah bila dah banyak kali bergaduh. Saya siapkan draf poligami dan wasap Mak Lampir ajak berjumpa.

Saya minta details dia untuk saya masukkan dalam perjanjian poligami tapi dia tiba-tiba tarik diri. Mungkin dia ingat saya bagi izin bulat-bulat gitu.

Sorry sis, I bukan bodoh macam you. I tau you PMR pun takde apatah lagi SPM.

Ustaz Madi marah bila Mak Lampir tarik diri. Dia mula bagi saya silent treatment, dia abaikan saya selama 5 bulan.

Tiba-tiba lepas 5 bulan tu dia ajak berbincang. Itu pun lepas saya failkan permohonan cerai kali kedua. Katanya nak clearkan semua dan ambil kata putus sama ada berdamai atau berpisah secara baik.

Dengan suci hati saya setuju dan kami berdamai selepas berbincang.

Rupanya apa yang dia cerita semasa perbincangan dulu tak jujur dan hanya dusta semata.

Allah tunjukkan pada saya bahawa sebenarnya dia sedang hangat bercinta dengan Mak Lampir.

Saya rasa sedih dan marah sangat. Saya give up.

Sebenarnya sepanjang 19 tahun usia perkahwinan kami, dah berkali-kali dia buat hal melayan semua prempuan gedik yang datang menggoda dia tak kira budak sekolah atau isteri orang.

Mak Lampir bijak memainkan peranan dia menghasut Ustaz Madi bencikan saya.

Satu malam kami bergaduh besar dan saya cabar dia lepaskan saya.

Dia berkeras nak lafaz di mahkamah.

Oleh sebab Ustaz Madi ni ramai kawan di Mahkamah Syariah, tarikh bicara permohonan cerai diawalkan.

Perbicaraan dijalankan secara tertutup dengan nama kami tidak dipaparkan pun di luar dewan. Ini semua demi menjaga nama dan imej Ustaz Madi sebagai pegawai kanan jabatan dan Imam Masjid.

Sekarang dah lebih 6 bulan kami berpisah dan Ustaz Madi dah pun bernikah dengan Mak Lampir secara tergesa-gesa di Pejabat Agama.

Mungkin selepas mendapat teguran pihak atasan selepas mendapat aduan dia mengusung Mak Lampir tu ke hulu ke hilir tanpa ikatan sah.

Oh ya, Ustaz madi ni merupakan suami ketiga Mak Lampir.

Hakikatnya, ramai je di kalangan orang-orang agama ni buat perangai terutamanya bila melibatkan wanita. Yang pakai purdah pun sekarang ramai sangat yang fake. Menyondol suami orang.

Diorang ni lupa kot Allah tak tidur. Allah akan bagi balasan pada semua penipuan, penganiayaan dan pengkhianatan yang korang lakukan. Tunggu!

– Bedah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *