Nama aku Kekwa. Aku kerja gred 9 dalam jabatan kerajaan.
Dulu, sebelum berkahwin, aku berkawan dengan beberapa orang lelaki. Sampai lah satu masa, aku doakan semoga Allah gerakkan hati aku untuk terima siapa jodoh aku yang sebenar.
Suami aku sekarang bekerja gred 1 dalam jabatan kerajaan juga.
Bermula lepas kahwin, lepas satu isu, satu isu berlaku. Dari dia manipulate aku, dia pernah cakap barang dia hilang disebabkan aku. Memang sebab aku. Jadi aku masa tu baru kahwin, aku ganti balik.
Kemudian, isu dia cakap dekat aku dia tiada duit, jadi aku yang selalu keluarkan duit untuk kami makan dan sebagainya.
Sampai lah masa aku buka suara tentang nafkah yang sepatutnya dia kasi. Kemudian dia pinjam duit aku, tapi dia ganti semula, takut aku bising.
Sampai masa, isu lain pula timbul. Aku dapat tahu dia selalu join group cari jodoh janda, dekat TikTok dia “hai”, nak berkenalan dengan orang lain.
Sebagai isteri, terlalu hancur hati aku, sampai kami gaduh teruk. Setiap kali masalah yang aku jumpa, dia tak pernah mengaku, kadang aku dipukul. Sebab dia nak tunjukkan aku tuduh dia sesuka hati. Aku tahu dia cuma tak nak mengaku salah dia.
Sedih kan, aku terlalu sayang dekat orang yang dah buat macam-macam dekat aku. Orang sekeliling sampai cakap aku bodoh, sayangkan dia lagi.
Tapi aku pelik, setiap kali dia ada perempuan lain, perempuan yang chat aku tu, ayatnya sanggup bagi apa sahaja untuk suami aku, contoh duit. Dan perempuan-perempuan tu pun berkerjaya.
Sampai aku terfikir… aku ke yang teruk selama ni jadi isteri? Dan kenapa aku yang selalu dianiaya, aku yang sakit, suami aku langsung tak ada rasa kesian bila tengok aku nangis disebabkan sikap dia?
Baru-baru ni, kami gaduh. Dia lafazkan talak. Aku menangis, dan dia macam biasa, dia kata semuanya berpunca dari aku. Dan dia takkan nak patah balik dekat aku.
Aku cuma nak dia tahu, aku marah tu sebab aku terlalu letih emosi. Dia tak cuba nak tahu apa yang isteri dia rasa.
Bila dah lafaz talak, aku yang menangis tak boleh nak terima. Sebab aku terlalu sayangkan suami aku, sedangkan suami aku langsung tak fikirkan aku.
Malang kan nasib aku… aku yang banyak berkorban, aku yang cuba menolong. Tapi dibuang macam tu tanpa sedikit rasa kesian dan ehsan.
Dan dia, masih boleh jumpa bahagia dia dengan orang lain. Sedangkan aku, terduduk jatuh bila orang yang aku cinta buat aku macam ni.
– Kekwa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit