Diari Seorang Isteri Bersuamikan Narcissist

Assalamualaikum, saya bercerita ni mohon doa agar dapat kerja dengan gaji yang lebih tinggi supaya dapat keluar dari perkahwinan toksik ni.

Jujur cakap, saya letih… tapi terpaksa hadap. Dengan gaji sekarang, saya tak mampu menyewa sendiri.

Ayah dah meninggal. Keluarga saya hanya tinggal ibu yang dah tua dan adik perempuan saya. Saya sebagai anak sulung kena fikirkan cara cari pendapatan lebih untuk bantu keluarga dan juga diri sendiri.

Suami saya bekerja di Singapura, tapi terlalu berbangga dengan diri dia sebab dapat kerja sana. Duit dia habis ke hobi dia — ubah suai motor dan barang PC gaming.

Dia tuduh saya berkira. Salah ke saya minta balik duit saya yang dia terguna dulu?

Saya memang kira setiap sen duit saya sebab kalau tak, bulan-bulan memang tak cukup. Bagi saya, tak berbaloi nak ‘melabur’ duit untuk orang macam dia lagi, walaupun dia gaji besar… dengan keadaan saya macam ni.

Semua orang ingat bila suami kerja Singapura, bini dia bahagia. Tapi realitinya… jujur cakap, tak.

Saya lebih bahagia semasa dia kerja di Malaysia. Walaupun cukup-cukup makan, tapi saya tak hadap pelbagai hinaan dari dia. Terlalu pedih hinaan dari dia yang saya terpaksa telan sebab saya kerja Malaysia, gaji kecil.

Saya terlalu sedih sampai terpaksa pergi ke psikiatri sebab kemurungan.

Saya bukan tak nak bekerja di Singapura, tapi tiada kuota dan banyak jawatan kosong yang minta fasih Mandarin.

Saya berehat sekejap lepas kemas rumah, buang sampah, basuh tandas… dia kata saya malas. Agaknya dia tak suka saya ada di rumah.

Suami orang lain biasa suka isteri duduk rumah, tapi bukan suami saya. Sebab saya tak kerja Singapura.

Betapa sedihnya hidup saya ni sebagai seorang isteri. Nak dapat kasih sayang dari seorang suami pun diukur dari gaji seorang isteri. Rendah gaji isteri, macam hamba dibuatnya.

Saya jealous tengok isteri lain tak perlu penat-penat cari duit, tapi saya… suami kerja Singapura pun, saya terpaksa buat dua kerja.

Balik ofis terus buat Grab pun dikata pemalas. Tak puas hati saya tak masak — saya penat sangat buat dua kerja, lepas tu buat kerja rumah.

Tambah lagi, dia pernah bising saya habis banyak duit beli barang dapur, tapi masakan saya tak dimakan, malah dihina. Penat-penat saya masak, cacian je dapat.

Dulu masa mula-mula kahwin, saya excited nak masak. Kalau boleh, nak masak hari-hari. Tapi bila ini yang saya dapat, saya jadi tawar hati.

Dia nak RM200 sebulan untuk barang dapur. Tapi masakan kena macam dekat kedai — siakap tiga rasa, udang salted egg, macam-macam. Mana saya nak duit topup semua tu? Dia cakap pandai-pandailah. “Orang suruh kerja Singapura, degil.”

Saya dah macam-macam cari kerja tapi belum ada rezeki dari Allah. Apa saya boleh buat? Dia tuduh saya pemalas, tak mahu majukan diri.

Saya dah jelaskan pada dia, tapi dia tak mahu dengar. Dia anggap semua tu alasan saya. Dia anggap saya beban. Hutang-hutang dia kena tanggung sorang-sorang.

Dia selalu bertaklik, sampai dah lama tak bersama. Takkan saya pula kena tanggung hutang dia? Dia yang belanja macam-macam untuk hobi dia, saya pula yang kena bayar. Suami apa ini?

Jujur saya dah hilang respect, tapi sebab nak jimat dan kumpul duit, saya terpaksa juga hadap.

Katanya dia jijik nak sentuh saya yang pemalas dan tak dapat kerja Singapura.

Mula-mula saya sedih, tapi lama-lama saya suka pula. Baguslah, tak payah bersama. Sebab sangat memenatkan sampai melecet. Terlalu boring, dan dah sejam lebih pun tak settle lagi.

Saya suspect dia ada penyakit death grip syndrome akibat terlalu kerap melancap. Tak puas bersama pun tak apa. Saya terima.

Kononnya nak seksa saya dengan tak nak bersama sebab geli dengan saya, tapi saya tahu dia ada penyakit — cuma dia tak nak mengaku.

Saya biarkan saja sebab saya pun tak nak anak. Tak ada anak pun saya dah cukup menderita, apatah lagi kalau ada anak. Orang sekeliling pun okay je saya tak hamil. Malah mak saya support keputusan saya untuk tak nak anak.

Misi saya sekarang: cari duit banyak, pendapatan stabil, supaya dapat keluar dari perkahwinan toksik ni.

Jauh di sudut hati, saya tahu… kami bukan lagi suami isteri. Tapi apa pilihan yang ada? Nak pergi mahkamah pun pakai duit. Di JB, memang kena ada peguam. Saya dah pernah pergi.

Sesiapa yang boleh ajar cara cari duit ‘masyuk’, saya sangat-sangat hargai.

Terima kasih sangat kepada yang sudi baca luahan saya ni. Saya ni introvert, susah nak luah dengan kata-kata. Tapi saya suka menaip, suka menulis luahan… sebab tu saja cara saya rasa tenang.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sy simpati dgn apa yg sedang puan lalui. Sekadar nasihat ikhlas dari sy untuk kebaikan puan dan anak2 saja. Jika suami puan benar2 seorang NPD, tidak perlu harap dia akan berubah kerana mustahil dia akan berubah kecuali dia yg nak berubah secara sukarela. Satu2nya jalan utk puan dan anak2 adalah berpisah dgnnya. Puan boleh mohon fasakh di mahkamah syariah. Cuma sebelum buat keputusan tsbt, puan mesti kumpul bukti2 yg akan menyokong permohonana fasakh puan nanti. Selain itu puan juga mesti besiap sedia dgn tindakbalas dari suami puan kerana mengambil keputusan tersebut. NPD sangat pantang jika ditinggalkan. Bg mereka, hanya mereka yg layak buat begitu. Puan boleh mendalami lagi karakter sebenar NPD yg byk dlm fb skg ini. Puan juga perlu dapatkan sokongan daripada pihak keluarga mengenai keputusan puan itu.

    Untuk pengetahuan puan, sy juga adalah bekas mangsa penderaan NPD. Bekas isteri sy telah singkirkan sy dgn cara yg sgt zalim selepas 15tahun beraama. Pada mulanya sy tidak faham sebab sebenar perubahan wataknya secara total selepas bercerai, tp aelepas melalui fasa penceraian yg tegang kendur selama 5 bulan barulah sy sedar apa sbnrnya yg berlaku. Nelas isteri sy jenis covert NPD yg sgt mahir menyembunyikan rupa sebenar selama 15thn kawin dan ada 5 anak.

  2. Tahniah puan atas kesedaran. Saya ambil masa 8 tahun dgn 3 anak sebelum sedar perangai buruk NPD ex saya.

    Puan perlu nekad. Hampir setahun saya berfikir, berdoa, solat hajat supaya Allah mengubah sikap suami dan membuka jalan saya. Setiap hari saya fikir macam mana nak elak ex yang hanya pandai bangun pagi dan hina saya setiap hari. Hari cuti hari yang paling saya x suka kena mengadap ex sepanjang hari.
    Allah plans better.

    Jalan perpisahan x mudah, lebih 2 tahun dgn puluhan ribu habis untuk selesai kan kes mahkamah sebelum bercerai secara hakam dan perlu bayar tebus talak pula.

    Saya doakan dipermudahkan urusan puan. Teruskan nekad, InsyaAllah, Allah akan tolong insan yang teraniaya.
    InsyaAllah, masa depan yang lebih cerah menunggu kita. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *