Adik Ipar Dari Neraka

Baiklah, aku kenalkan diri aku, Myra, dan ex aku, Sudin.

Aku dari Selatan dan Sudin dari Utara tapi dia menetap di sebuah pulau. Sudin dan aku beza 2 tahun.

Untuk pengetahuan korang, Sudin anak sulung, ya, dari 2 beradik tapi adik dia adalah kembar sepasang – lelaki dan perempuan.

Dari bertunang sampai lah berkahwin, aku pernah jumpa Sudin hanya sekali dua sahaja, memandangkan kami bekerja.

Aku ni anak emas memandangkan aku anak tunggal perempuan dan adik, lelaki seorang – kami dua beradik sahaja.

Nak cerita, aku berkahwin dan terus menetap di pulau tersebut. Nak jadi cerita, Alhamdulillah kenduri kedua belah pihak meriah, memandangkan aku anak perempuan pertama, jadi memang best lah.

Masa dekat pulau tu pun meriah walaupun panas, tapi aku perasan juga yang adik si Sudin ni macam jeling-jeling dekat aku. Dan family aku pun ada perasan.

Ha, jaga-jaga sebab nampak macam something sikit pasal adik dia ni, macam lain. Tapi aku tetap sedapkan hati.

Baiklah, kenduri dah habis. Lepas tu pagi-pagi, ya Allah, aku terkejut bunyi orang gaduh. Rupanya adik Sudin gaduh dengan bapak dia.

Okey, family diorang ni broken family dari kecil. Jadi entahlah, tapi bahasa digunakan tu agak terlalu biadap bagi aku.

Aku macam terkejut dan rasa wow… Sudin senyap je. Aku tanya, “Apa tu? Kenapa?” Sudin cakap, “Tak ada apa lah, biasa je…”

Hari demi hari, aku dan Sudin pergi honeymoon ke Selatan sambil pulang ke rumah family aku, dan rasanya itu kali pertama Sudin datang sebab sebelum ni hanya datang masa bertunang sahaja, itu pun sekejap.

Baru je duduk berbual, tiba-tiba phone Sudin berbunyi – rupanya adik perempuan dia call.

Okey, takpe lah, abaikan. Tapi lama-lama rupanya memang setiap kali keluar, dia akan keep call. Kekadang aku terasa macam… wow, bermadu ke?

Owh okey, aku masuk bab yang paling spoiled. Bila balik dari honeymoon, bilik kena ceroboh masuk. Barang aku beralih dan ada barang hilang.

Nak jadi cerita, aku ternampak mesej Sudin dengan adik dia. Adik dia mengadu aku banyak barang makeup.

Katanya, “Kau mampu ke nak jaga? Semua tu mahal…” Sudin jawab, “Biarlah nanti dia beli sendiri lah…”

Bulan ganti hari, hari ganti tahun. Aku masih dalam keluarga yang sama. Memandangkan aku dah bekerjaya dan Sudin masih dengan perangai dia, tak endahkan apa-apa. Nak tahu, Sudin ni pak turut. Apa adik dia cakap, semua dia jadi A.

Sampailah satu saat aku cakap aku nak pindah. Sudin tak setuju, katanya dia nak duduk dengan family. Tapi aku cakap aku nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja.

Nak jadi cerita, Sudin izinkan tapi dia cakap dia takkan duduk dengan aku.

Bermula episod duduk sorang-sorang di rumah sewa. Sedar tak sedar, 3 tahun berlalu dan aku mula sedar yang aku ni cuma orang luar sahaja dalam kehidupan Sudin dan adik-adik dia.

Sebab adik Sudin menyatakan, tanah rumah yang bakal dibina kelak, tidak layak untuk tukar nama Sudin memandangkan aku dan Sudin tiada anak, dan aku hanya orang luar.

Sudin masih sama. Tiap kali bergaduh tetap diamkan diri. Tetap dengan rasa, owh, aku bencikan dia dan family dia.

Aku tak terima family dia yang hidup susah. Maki seranah semua aku terima. Apa yang tak pernah dikata oleh adik Sudin? Sudin tetap diam.

Aku balik rumah family pun masih adik Sudin ikut juga. Kali ini, depan family aku, dia mengatur ke mana sahaja nak penuhkan hajat dia berjalan. Tanpa rasa bersalah dan tiada hormat akan family aku.

Sampai lah satu tahap, baju raya aku pun ditentukan oleh adik perempuan Sudin. Aku rasa aku tak ada suara dalam itu. Bahkan Sudin beli kereta pun aku tak tahu. Sudin hanya bagitahu selepas itu.

Aku berpindah ke Selatan semula memandangkan terdapat pejabat dibuka di sana, tapi aku tetap bagitahu Sudin walau hati aku jauh. Tapi Sudin tak jumpa aku dekat 6 bulan, call pun tidak.

Dan aku ambil keputusan untuk tinggalkan. Aku failkan penceraian dan ketahuilah, Sudin merahsiakan dari family dia.

Akhirnya aku terpaksa berterus terang kerana aku dah penat dengan drama queen adik Sudin. Bukan dia tak baik, tapi dia bukan ketua keluarga yang baik.

Korang, andai korang duduk di tempat aku, apa korang buat?

– Myra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *