Assalamualaikum & salam sejahtera.
Niat aku bercerita untuk dijadikan pengajaran untuk para isteri kt luar sana. Maaf jika anda rasa ini aib. Tapi inilah realiti yang aku pernah hadap sepanjang 2 tahun perkahwinan. Moga kita semua ambil iktibar ya. Aku bagitahu awal-awal, coretan agak panjang.
Aku gelarkan diri aku Zul. Aku kenal ex wife aku masa zaman kolej dulu. Aku gelarkan dia F. Dia approach aku dulu. Okay aku ni orangnya agak tinggi & berbadan sedikit sado sebab aku aktif sukan. Jadi masa tu memang ada la beberapa perempuan yang suka. Aku ada je minat orang lain, tapi semuanya makin menjauh. Yang ada cuma si F ni lah.
Tidak dinafikan, kami darah muda & terlanjur. Kemudian, kantoi dengan pihak kolej. So, si F ni kena buang kolej dan bukannya aku. Sebab dia ada kes buat hal dulu jual topup senyap2. Dia kena pindah ke Perak. Aku kekal di kolej sama.
Long story short, aku & dia habis kolej. Kami masih contact lagi. Sampailah 1 hari tahun 2021, dia mengandung. Ya, anak luar nikah. Masa tu kandungan dah 3 bulan. Korang jangan tanya la keluarga kami macam mana. Sikit lagi kitaorang nak arwah. So kami pun kahwin untuk tutup aib.
Kemudian, bermulanya episod hitam aku. Masa awal2 kahwin, aku perasan dia ni jenis mandi selang sehari. Aku pelik tapi diam. Mungkin dia mandi waktu aku pergi kerja kot tapi pakai baju sama. Then aku start rasa pelik bila bersama. Bau badan dia bau kepam, yang bawah tu takyah cakaplah. Busuk gila. Badan dia pun melekit. Aku suruh mandi, tak nak. Hmm.
Bila lahirnya puteri kami, dia makin core tak mandi. Selang 3 hari baru mandi itupun susah betul nak suruh. Aku sampai marah dia. Dia cuma tukar baju je weh.
Bila aku suruh mandi, dia kata nanti anak menangis. Padahal aku cakap aku ada je jagakan. Dia kata anak nak dia je. Aku ni tak membantu pun jaga anak. Aku diam.
Lepas tu, dia jenis bangun lambat. Aku gerak pergi kerja 7.30 pagi pun tak bangun2. Aku minta sarapan pun tak dapat. Bila balik, anak aku pakai baju yang sama, pampers penuh. Bau kepam macam mak dia. Aku stress. Anak aku sampai kena ekzema kat leher sebab melekit tak mandi.
Masa tu aku kerja f&b pastu aku tukar kerja 9-6 tapi cuti sehari seminggu sebab fikir anak aku macam tak terurus. Lepastu, sebelum aku gerak kerja, aku tukar baju & pampers anak. Itupun lepas balik kerja, baju itu gak anak aku pakai. Aku mandikan anak aku.
Rumah aku yang kemas. Baju aku basuh sendiri. Aku mintak dia masak, dia cakap penat jaga anak. Aku makin stress. Bila dia masak (sebulan sekali), dia masak banyak. Lauk tu akan rotate untuk 2-3 hari seterusnya. Termasuk nasi.
Bila aku balik kerja nak makan, dia keluarkan nasi & lauk dari peti ais & hidangkan kat aku sejuk2. Kau bayangkan aku makan nasi sejuk tu. Nak muntah rasanya. Tapi aku makan je sebab taknak dia terasa hati. Aku dah mula tawar hati, tapi aku diam sebab anak. Aku tak nak hilang anak aku.
Oh btw, dia ni jenis masak tak letak garam & gula sebab percaya rasa masin & manis tu datang dari dalam masakan. Korang bayangkan la makan makanan hospital. Aku nak dia masak sebab nak berjimat. Tapi end up macam ni.
Bab solat, aku banyak kali ajak dia solat sekali. Aku nak imamkan dia. Dia tak nak. Btw, dia ni ada penyakit. Dah memang ada sebelum aku kenal dia. Anxiety. Aku okay, aku sayang, aku layan je. Dia dah stop ubat masa aku kenal dia. Tapi katanya datang balik masa mengandung. And dia kata aku punca dia kena anxiety.
Dia banyak kali mintak bawak g hospital nak jumpa dr. Tapi aku tak bagi. Aku akan bagi kalau dia mandi & solat dulu dengan aku. Tu je syarat aku tapi dia tak leh terima. Time tu memang gaduh. Bila gaduh, dia jenis up status kat ws biar semua orang tengok. Aku makin stress layan perangai perempuan ni.
Bab bersama, payah. Dia pernah keluarkan ayat “buat baik ni mesti nak la tu, takde benda lain”. Aku ni ada dia je. Takkan aku nak buat dengan perempuan lain. Aku minta pun sebulan sekali dua je itupun sebelum dia period.
Walaupun bau badan & bawah tu busuk, aku tetap nak dia sebab dia isteri aku. Aku tak fikir dah semua tu. Aku terima sebab sayang. Tapi dia? Aku boleh je nak cari perempuan lain. Tapi aku tak buat. Cukuplah dosa aku dengan dia dulu.
Kadang waktu cuti, aku akan bawa F & anak aku keluar berjalan. Ada sekali tu, dia pergi tandas. Tak bawak beg or apa2. Bila dia keluar, baju dia belah bawah tengah tu basah & berdekut. Okay aku tahu dia lap bawah dia tu pakai baju dia. Aku garu kepala. Banyak kali aku fikir, kenapa dia pengotor tahap macam ni sekali. Aku makin geli.
Aku hadap semua ni 2 tahun. Sendiri. Aku pernah minta nasihat kawan kerja aku yang dah kahwin (aku tak cerita la yang F ni tak mandi), dorang sendiri tak mampu cakap apa. Semua suruh aku sabar. Aku berdiam & sabar lagi.
Sampailah bulan 10 tahun 2023, family aku bawak kitaorang pergi Cameron Highland untuk bercuti. Mak aku dah mula terima F & anak aku. Masa ni, turning point aku di mana aku dah jadi benci, meluat & tawar hati dengan F.
Duduk homestay, ada shower air panas. Aku suruh dia mandi. Yelah, keluar dengan family aku kan. Tapi dia tak nak mandi. Memang pengotor tahap beruk dah. Atleast jaga lah air muka aku sikit. Dia dengan pakai tudung sarung tapi tak pakai anak tudung. Aku banyak kali offer nak beli tudung & baju. Dia tak nak jugak. Aku pernah belikan, dia tak pakai langsung.
Aku tak tahu dia ni nak apa. Nampak macam bibik dah. Tudung berkedut sungguh. Mak aku pun pakai tudung bawal ke apa tah nama dia.
Aku tak suruh make up tebal ke apa. Aku mintak dia mandi & pakai elok2 je sebab dia isteri aku. Bukan aku tak offer nak beli macam2. Memang stress aku bercuti. Aku banyak elak dari bergambar dengan dia. Malas dah nak ada kenangan.
Masa tu, aku dah niatkan. Aku nak lepaskan F. Asbab tak nak berubah. Tak mandi, tak nak solat bila aku ajak. Walaupun selama ni aku bertahan sebab anak, tapi kali ni aku dah betul2 kosong.
Aku sedih sebab bakal hilang anak aku. Walaupun dalam undang2 islam, dia bukan anak aku. Tapi dia tetap darah daging aku. Tapi aku dah memang tak boleh tahan dengan perangai si F ni.
Kemudian suku tahun 2024, aku jumpa someone ni. Dia orang baru kat tempat kerja. Jenis happy go lucky. Tak takut mende. Tapi dia J lah. Aku gelarkan dia Zira. Masa ni aku takde niat pun nak curang ke apa. Sampailah Zira ni buat kek untuk semua kawan kerja, sebab dia memang suka buat kuih & kek.
Aku terharu walaupun dia bukan buat untuk aku. Aku terharu sebab sedap hahahaha. Aku ni jenis kuat makan. Memang aku tibai sorang je kek tu. Lepas tu dia rajin buat untuk semua orang. Aku suka sebab dia pemurah & sentiasa happy walaupun banyak je masalah dia (dia pernah cerita dengan kawan perempuan lain, aku terdengar je).
Aku pernah minta Zira untuk masak lauk sebab aku dah jemu beli makan. Ada isteri tapi tak nak masak. Masak pun tawar. Kebetulan Zira ni offer nak masak untuk kawan2. Kira dia open order la. Bukan aku sorang je yang upah dia ok.
Oh btw, aku dah bagitahu F, yang lepas ni dia buat hal dia, aku buat hal aku. Tak payah dah nak masak untuk aku lepas ni. And aku niatkan nak bercerai selepas raya.
Pasal Zira ni, aku tak kisah korang nak cakap apa. Tapi aku dah mula tertarik dengan dia. Jujur kata aku suka kat dia. Kitaorang pun mula rapat. Dan benda ni dah kantoi dengan F. Kantoi sebab aku ws member aku sesambil puji masakan zira. Sebab F ni jenis hari2 akan check phone aku lepas aku balik kerja. Takut aku curang.
Aku tak kisah pun. Lagi bagus kalau dia tahu. Dia meroyan, siap tuduh aku main dengan Zira. Dia bagitahu keluarga dia, keluarga aku, status ws dia. Semua lah dia cerita. Mmg play victim. Tapi aku dah tak peduli dah semua tu. Asalkan aku dapat lepaskan diri dari perempuan pengotor ni.
Betul2 lepas raya kitaorang cerai. Dia lah tukang sedia semua dokumen. Aku lega la sebab senang kerja aku. Memula aku nak letak talak 3 sebab aku dapat tahu, selama ni dia ws hampir semua kawan kerja perempuan kat tempat kerja aku. Ws bagi warning jangan rapat sangat dengan aku waktu kerja sebab aku ni suami orang.
Benda sama terjadi dari zaman kolej lagi rupanya. Patutlah perempuan2 banyak menjauh dari aku. Huhuhu. Aku tercenggang betul. Aku dapat tahu sebab staf perempuan tunjuk ws dia kat aku. Dorang berani tunjuk sebab aku cakap aku nak cerai.
Time tu rupanya banyak kisah F ni buat. Dia siap call office aku tanya pasal Zira. Cakap aku curang apa semua, suruh bos aku “tengokkan2” aku. Bos aku siap tanya mana aku kutip perempuan ni. Bos aku pun rimas dia asyik ws bos aku. Status hari2 pasal suami curang. Sampai bos aku cakap dia ni psiko.
Aku malu weh. Malu sangat. Patutnya dia isteri, dia jaga air muka aku. Tapi tak. Memang patut aku ceraikan dia. Aku tak tahu kenapa dia taksub dengan dengan aku.
Tapi episod hitam aku tak habis kat situ. Dia tak puas hati, dia buat tuntutan mahkamah yang aku ni bukan bapak sah anak aku. Dia mak biologi & dia je ada hak atas anak. Aku tak boleh tuntut apa2. Dia buat syarat nak jumpa anak, tak boleh ada orang ketiga (dia dendam dengan Zira).
Nak bagi nafkah, dalam bentuk duit je. Dia takmau barang. Baju mainan semua dia tak mau. Last2 pergi mamp*s lah. Aku tak pergi pun mahkamah tu.
Dia dendam sebab dia pernah serang Zira tapi Zira ni counter dia balik. Memang teruk lah Zira sound dia. Koyak lah dia. Perempuan2 yang dia serang selama ni diam tak melawan. Sekali turn Zira, dia sendiri tergolek.
So dia menang kat mahkamah & aku tak dapat jumpa anak aku sejak aku cerai. Tapi takpe, aku yakin Allah tu Maha Adil. If korang kata aku curang lah tak hargai bini la, well aku dah try ubah dia & sabar dengan dia. Aku bukan malaikat yang mampu tahan sabar dengan orang pengotor. Kau sakit takpe, jangan pengotor.
Aku tak menyesal pun ceraikan dia. Aku bahagia & bersyukur sebab aku rasa aku layak dihargai. Aku dah bertanggungjawab sebab buntingkan dia. So aku takde rasa bersalah dah.
Setahun berlalu, aku pun dah kahwin dengan Zira. Alhamdulillah ini lah pertama kali aku rasa dihargai & dilayan macam suami. Zira ni bekerja, balik kerja dia masak. Dia kemas rumah, cuci baju. Yang penting dia mandi. Tapi semua tu aku akan tolong. Aku takkan biarkan dia buat sendiri.
Kadang aku buat semua kecuali memasak sebab aku tak reti, hahahaha. Bila dia masak, aku akan cuci pinggan mangkuk periuk. Aku faham dia pun letih. Tapi dia masak jugak untuk aku.
Paling penting, dia jaga kebersihan. Nasi aku tak pernah dihidang sejuk atas pinggan. Lauk aku cukup rasa. Walau kena masak 2-3 jenis lauk sebab anak dia kecil lagi tak makan pedas, tapi dia masak juga. Aku bersyukur dapat wanita sebaik ini.
Sesungguhnya aku yakin dengan sabar, Allah dah beri aku kebahagiaan yang aku idamkan. Aku dah bersyukur sangat dengan kehadiran Zira. Dia banyak buka minda aku. Macam2 nasihat dia bagi.
Dan dia bukan punca aku bercerai. Aku memang dah niat nak bercerai sebelum kehadiran Zira lagi. Tapi tu lah, si F tu meroyan sampai ke hari ni. Tapi lantaklah. Aku bersyukur aku dapat lepas dari hidup dengan orang macam tu.
Aku akan pandang ke depan sahaja lepas ni. Aku & Zira, akan bina keluarga yang diredhai Allah swt. Aku takkan ulang lagi kesilapan sama. Cuma aku rindu anak aku. Rindu yang tak berpenghujung. Korang doakan anak aku sihat ya. Doakan sekali baby dalam rahim isteriku ini.
Semoga korang ambil iktibar. Jagalah kebersihan. Hati & badan sekali ya. Assalamualaikum..
– Zul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulilah, semoga awak ketemu bahagia dan mendapat layanan seadanya sebagai seorang sumia. Lantak kan lah perempuan psiko tu, dan semoga awak ada rezeki bertemu dengan anak awak jugak.
Good for you sebab dah bebas. Saya pun tak faham dia ni nak apa sebenarnya. Dia punya obses tu macam betul2 sayangkan awak tapi tanggungjawab sebagai seorang isteri dia abaikan. Tapi nak awak. Huh?!?!? Apa2 pun tahniah diatas perkahwinan baru yang bahagia dan semoga yang baik2 sahaja untuk you and your new family :)