Hello guys. I’m back. Kembang Semangkuk is here. Dah lama tak bercerita. But today, I nak bercerita berkenaan family in laws I yang I dah bertahun-tahun sabar.
I terpaksa luah kat sini sebab nak bagi hati dan jiwa I tenang sebab I have no friends here except my husband. So I bagi warning dulu, cerita I ni panjang berjela. I berterima kasih pada uollss sebab sudi baca kisah hati kita ni.
As you can see, I already in this marriage around 10 years macam tu, I kahwin muda. After degree terus kahwin. At the first place, memang semua indah-indah belaka. Yela belang belum tunjuk.
Ohh sebelum tu, In laws I ada 3 orang anak. Seorang tu dah meninggal dunia, so tinggallah my husband and si tak berguna tu. Husband I anak bongsu.
Dan kenapa I gelarkan si tak berguna sebab hidupnya hanyalah makan tidur dan mengharapkan duit dari mak ayah dia. ‘Anak manjalah katakan’. Tak boleh ditegur dan tak boleh disentuh.
I tinggal dengan mertua I around 5 to 6 years macam tu. Dalam tempoh tu, I ni berhambakan diri untuk in laws I even I dengar2 benda yang tak elok berkenaan I. Biasalah gossip kan, so I pekakkan telinga je.
I cuba untuk treat dorang baik2 especially MIL I, I belikan handbag tudung mahal2 tapi hmm sampai reput la handbag tu tak dipakainya, Tudung yang I beli pun dia bagi orang lain atau simpan dalam almari, tak nampak bayang.
So pencetus kepada konflik diri I dengan mertua time Covid, kita kan semua WFH. I ada anak nk kena jaga, makan minum semua I buat. Yela kita fikir MIL kita tak larat nak buat semua tu then kita taknak susahkan sesiapa.
Time tu tengahari, I baru je habis masak, baru duduk nak suap anak I makan, si tak guna tu keluar dari bilik, ambil makanan yang I masak, makan dalam bilik, lepas makan keluar letak semua tanpa basuh dalam sinki yang I baru kemas.
I apa lagi dengan penatnya, I sound la I cakap “hidup ni janganlah menyusahkan orang. Dah la makan tidur, makan tidur. Satu pinggan pun tak boleh nak basuh ke? Ingat aku ni orang gaji kau ke?” Ewah ewah ewah. Si tak guna tu report MIL aku.
Allah nak tunjuk kat aku sekejap je, macam mana dorang mengata belakang aku. Time tu anak aku main fon MIL aku terbuka la WS, so ternampak yang dia mengata aku nie ‘Menantu Hantu’ dan dia tak pernah suka aku pun.
Ehhh wait a minute, kalau kau tak pernah sukakan aku and why at the first place your side mempercepatkan tempoh pernikahan aku dan suami? Aku minta tempoh 2 tahun bertunang alih2 jadi 7 bulan.
Oh yelaa kau nak tutup aib si tak guna tu kan yang kahwin dan bercerai dalam masa tempoh 3 bulan. Aku snap semua conversation MIL aku tu, aku send to my husband. And now, my husband baru sedar semua bermuka-muka. Hahaha Im still okay at that time though.
Fast forward, after covid Allah SWT bagi rezeki untuk family kecil aku. Aku dan suami dapat beli rumah pertama kitaorang. Berangan2 aku nk duduk sendiri nak hidup berdikari dengan husband dan anak aku. Aku kerja keras dengan suami buat 2 3 kerja untuk nak renovate rumah baru kami.
So dalam tempoh 4 ke 5 bulan rumah kami tu siap, semua kami buat sendiri. Tak ada upah orang kecuali buat cabinet TV dan dapur. Time tu aku punya happy sebab ingat dah boleh duduk sendiri.
Mak ayah kandung aku siap sewa lori hantar barang2 dan hadiahkan aku pelbagai barang rumah dan dapur. Diorang siap datang sekali tengok rumah baru aku. Time tu in laws aku datang rumah juga tapi nampaklah muka diorang mcm iri hati sikit sbb mak ayah kandung aku buat semua untuk aku.
Tapi korang kena tahu, SUMPAH DEMI ALLAH! Aku tak pernah meminta2 pun pada parents kandung aku. Ingat lepas siap rumah boleh la duduk sendiri. Rupanya tidak ye! Rumah tu jadi rumah weekends aku.
Weekdays aku still duduk rumah in laws sebab apa? Sebab ada pertelingkahan berebut cucu which is anak aku. Tak izinkan anak aku pergi playschool alasan kecil lagi.
MIL rampas anak aku, kurungkan diri dalam bilik, tak bagi ambil anak aku dalam masa yang sama dia halau aku keluar dari rumah dia. Time tu my husband baru nampak the true colour mcm mana mak dia layan aku. Anak aku. Nyawa aku.
Untuk beberapa bulan, aku hilangkan diri. Aku terpaksa mengalah lagi which is setiap weekends anak dan suami aku akan balik ke rumah MIL untuk bermalam di sana. Aku? Tinggallah sorang2 kat rumah, berendam air mata.
Tak salah aku after raya 2022, aku berbaik semula dengan in laws tapi aku ambil precaution. Aku tak menghambakan diri lagi. Aku berani bersuara walaupun trauma tu masih ada.
Apa yang in laws aku buat kalau tak kena dengan aku, aku akan membantah dan menjawab. Sehinggalah aku berpindah fully 100% duduk sendiri. Aku plan secara senyap daftarkan sekolah rendah anak aku dengan rumah aku.
When the time comes, aku terus terang dengan in laws yang kami akan fully berpindah start from this March. At the first place, okay okay saja.
Lama-lama mula la sesi memerli aku dan anak aku. cakap kat anak aku nanti kesian tak ada kawan la, cakap aku dengan husband aku nanti tinggal dia lama2 kat transit, hasut anak aku takyah pergi sekolah. Wahh time tu aku rasa nak meletup, aku pandang ja husband aku.
Husband aku terus potong apa yang MIL aku cakap. Aku pekakkan telinga then aku cakap dgn husband aku, I know what is the best for my children.
Apa yang aku minta cumalah support and protection daripada dia untuk aku hadap family dia yang toxic tu. So far, sepanjang perkahwinan ini Alhamdulillah husband aku akan support aku apa yang terbaik.
Then, nak dijadikan cerita recently aku pergi bercuti dengan husband dan anak2. Aku ingat bercuti boleh la aku healing dari kesibukan bandar.
Hari kedua aku bercuti, aku terima call from MIL aku. MIL aku call marah2 tengking aku. Sebab? Sebab kitaorang tak balik rumah in laws dah 2 minggu.
Wehh baru 2 minggu tak balik. Padahal setiap minggu kitaorang pergi visit, kalau tak visit tidur sana. Rumah pun tak sampai 30 minit dekatnya. Kampung aku tu 3 bulan sekali belum tentu balik. Tapi kitaorang video call je. Tu pun tak puas hati. Macam-macam la MIL hamburkan kata-kata kat aku.
Aku diamkan sahaja sepanjang call sampai dia off video call tu. After that, aku cerita pada my husband and I said to him depan-depan yang I block parents dia.
So if they want to call nak marah2, nak hambur kata-kata yang tidak menyenangkan sila call husband I sendiri. I taknak ambil peduli. I taknak tambah tekanan lagi. I rasa in laws I ni tak reti bersyukur.
Bukan I nak mengungkit, tapi dia lupa tahun 2023 dan 2024 adalah tahun malang MIL. Berkali2 masuk hospital, yang jaga, yang bersihkan dia,
Yang tukar pampers dia tengah2 malam ni, Menantu Hantu ni yang buat semua, even dengan mak kandung aku sendiri pun aku tak pernah cebokkan. Aku sampai terpaksa berpisah dengan anak2 sebab nak jagakan dia, hantar anak2 balik kampung.
Sorry to say, aku betul2 tekad kali ni. Aku rasa better aku silent kan semua. Aku dah malas dah nak bergaduh dengan orang yang narcissistic dan toxic mcm family in laws aku. Sabar aku kali ni dah habis limit dah. Cukuplah aku ada husband, anak2 dan keluarga kandung aku.
Tolong doakan aku guys. Tolong doakan supaya Allah memudahkan segala urusan aku, husband dan anak2 dan jauhkan aku dari keluarga toxic ni.
– Kembang Semangkuk (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ALLAHU SIS.. ni kalau sy yg jenis lemah lembut, emosi tak tahu nak cakap lah tak leh bayangkan macam mana tahap sabar sis. Kalau tak kuat mental ni mungkin sy dh berpisah dah sebab takleh tahan nak hadap masalah toxic ni sampai bila. Memang betul2 tak bersyukur lah family in laws ni dapat menantu sabar dan layan je karenah diorang.