Assalamualaikum. Saya Atiqah, berumur awal 30 an, bekerja dan mempunyai 3 orang anak. Saya tidak tahu di mana harus saya mulakan dan sekarang saya dalam keadaan yang sangat stress.
Ok saya kenalkan suami saya, Ali bekerja sebagai staf di kilang di KL. Kami berkenalan dalam tempoh setahun dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas itu. Sekarang usia perkhawinan kami sudah menginjak ke 6 tahun.
Dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Dia juga ayah yang penyayang. Malah anak-anak akan lebih rapat dengannya. Saya bekerja dalam shif dan dia akan ambil alih jaga anak- anak bila saya kerja malam.
Kami ada juga gaduh biasa tapi untuk kali ni saya dah tak boleh nak tahan dan gaduh dengan nya terkeluar aku dan kau. Tapi dia masih sama dia masih lagi bahasakan abang dan sayang.
Pada minggu ni saya ada belek phone nya dan ada satu wasap dari owner rumah yang menyatakan sewa rumah ada lagi tunggakan sedangkan saya sudah tanya dia sebelum ni bayaran rumah sewa macam mana sebab dia ada kata bulan lepas tak dapat bayar dan bulan ni akan bayar semuanya.
Saya dah rasa lain sebab dalam tahun ni memamg sewa rumah dia selalu ada tunggak dan saya dah pernah dahulukan duit saya sebab saya tahu dia tak cukup duit.
Untuk pengetahuan semua ,gaji saya akan saya gunakan untuk bayar kereta, bayar pengasuh, bayar bil api air, dan kongsi beli barang2 rumah. So sewa rumah memang dia akan bayarkan.
Bila selalu tunggak saya selalu tanya dia duit pergi mana kenapa boleh tak cukup dan hari tuu saya bising dan suruh dia mengaku dan akhirnya dia peluk saya cakap dia tak cukup duit sebab dia bayar dekat ahlong, RM800.
Terkedu sekejap saya sebab saya betul-betul fikir duit dia tak cukup sebab dia ada bagitahu kadang2 gaji kena potong kalau datang lewat dan dia pun ada hutang adik dia.
Saya marahkan dia saya cakap bila dia start hutang ah long ni, dia bagitahu tahun lepas masa kami kena pindah rumah sewa (rumah sewa sebelum ni owner nak naikkn rate). Dia kata time tuu banyak nak pakai duit.
Saya balas balik kat dia yang masa tuu saya ada pajak gelang saya untuk bayar deposit. Saya ingat lagi. Dia cakap dia tipu je pinjam duit dengan bos dia masa tuu, semua orang tak bagi pinjam dan dia cari jalan mudah pinjam dgn ahlong.
Saya betul2 terduduk dengar pengakuan dia. Saya percaya kat dia bulat-bulat. Dia pinjam 5k tapi total kena bayar dalam 30k. Tempoh bayar tuu sampai 2027 dan kad bank dia memang orang ahlong tuu pegang.
Sebab tuu dia selalu tak cukup duit, tiap bulan ahlong akan keluarkan RM800 dan balance akan transfer ke akaun lagi satu.
Saya menangis depan dia n nasib baikk masa tuu anak anak tengah tidur. Saya cakap dekat dia kenapa buat saya macam ni, apa salah saya dan kenapa dia selalu tipu saya.
Dia banyak kali mintak maaf dan dia menyesal. Lepas tuu saya cakap dia bodoh apa semua tapi dia tunduk je.
Kebetulan minggu itu ibu mertua saya ada datang melawat dan masa dia nak balik tuu saya minta dia singgah tempat kerja saya sekejap. Dekat sana saya ceritakn dekat ibu Ali dan dia terus menangis peluk saya.
Dia kata kenapa anak dia macam tuu, dia pun tak tahu. Dia minta saya sabar dan ingat anak-anak.
Saya stress fikir pasal tuu sebab itu saya bagitahu ibu Ali. Saya tak boleh handle sorang2. Dia kata memang betul tindakan saya dan dia akan bincang macam mana nak tolong saya.
Masa nak balik tuu dia mintak maaf dengan saya dan peluk saya erat2. Dua hari ni saya memang tak boleh nak pandang dia, saya marah2 dia cakap kerja rumah semua ko kena buat, aku tak kan buat apa dah.
Lepas tuu saya baling gambar2 saya dan dia semua. Saya stress sampai sakit kepala sbb saya tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ini.
Saya pergi kerja pun dalam kereta menangis. Saya tak redha kah atau pun ini ujian perkhawinan saya. Ali tak henti minta maaf dekat saya. Dia kata dia akan selesaikan.
Ibu saya pula dah tahuu cerita ni sebab saya memang tak boleh tanggung sorang2. Bila saya ceritakan dia pun terkejut dan menangis. Dia cakap sampai hati Ali buat macam tuu dekat saya.
Sekarang macam mana suami saya nak setelkn masalah itu. Saya ada terbaca pasal ppim, mustafa khan dan tuan AJ. Mereka adalah NGO yang berurusan dalam masalah ahlong ini.
Tujuan saya menulis di sini untuk sesiapa bagi pendapat mengenai NGO ini dan bagi saya kata semangat.
Terima kasih dan harap di siarkan..
– Atiqah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
klu betul dia pinjam along sbb nak selesaikan hal rumahtangga, takla sampai nak maki hamun bagai, keluar perkataan bodoh, klu suami pun dah setuju nak selesaikan, beri dia peluang selesaikan, awak jalankan tugas awak jer, tiada rumahtangga yang tak diduga, semua org sama, ada masalah masing2, berusaha dan berdoa mohon Allah beri jalan terbaik utk selesaikan masalah2 tu
Ada je ngo yang boleh uruskan ahlong ni..cuma bayar balik apa yang dipinjam ja