Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, saya baru selesai melahirkan anak kedua secara ceaser juga kali ini. Kali pertama pun ceaser jugak dan penuh dengan trauma maka untuk anak kedua ni saya bertungkus lumus menyimpan duit untuk bersalin di hospital swasta.
Saya menyimpan duit tu sendiri tanpa ada sumbangan duit suami satu sen pun.
Tapi yang sangat tidak enak adalah bila suami menjual motor yang selalu dia bawak pergi ride tapi dia punya sembang dekat orang dia jual motor tu sebab nak guna duit untuk isteri bersalin swasta.
Saya diamkan sebab alasan suami nanti orang tahu dia jual motor dan ada duit orang akan mintak dia belanja, jadi sebab tu dia gunakan alasan tu. Saya fikir suami akan bercakap macam tu dengan keluarga saya dan kawan-kawan dia sahaja.
Rupanya dengan kawan sekerja, dengan keluarga suami sendiri pun suami seronok jual cerita yang sama. Jual motor sebab nak guna duit untuk bini bersalin dekat hospital swasta. Sedangkan yang sebenarnya suami nak upgrade motor ride dia.
Saya jujur tak kisah kumpul duit sendiri untuk keselesaan saya, yang penting saya cuma harapkan tenaga dan masa dari suami sahaja.
Suami dan saya dua2 pekerja kerajaan. Suami dapat apply cuti 10 hari selepas dari tarikh saya melahirkan. Alhamdulillah, mulanya saya ingat suami dapatlah menjaga saya sepenuhnya dengan cuti yang ada.
Masa anak pertama dengan anak kuat meragam waktu malam, saya yang ceaser dan tak boleh mengiring kiri kanan untuk susukan anak, saya rasa pantang tu dah sangat teruk dah.
Cumanya waktu ni sampai 3 minggu suami saya bertahan untuk sapu minyak angin dan cuci luka ceaser saya macam biasa sebelum dia meletus cakap penat penat penat.
Waktu ini saya akui penat dia. Jaga saya, bantu mak saya urus baby. Memang penat. Jadi saya tak ambik hati. Saya mintak maaf pada suami.
Cuma bila anak kedua ni, bil hospital tak perlu tanggung, makanan suami masa di hospital saya bayarkan guna foodpanda sebab suami ada gastrik.
Cuma sampai hari kedua di wad suami dah mengeluh cakap dia pun penat. Waktu ni saya sedih, sebab suami boleh masuk teman saya ceaser waktu tu.
Dia nampak torehan perut saya, darah yang tumpah dan dia ada waktu doktor datang beritahu saya yang operation kalini lama dan lebih sakit sebab perut saya ada lekatan yang sangat banyak.
Saya redho. Tapi rupanya semua tu tak cukup untuk buat suami cuba sedapa upaya untuk jaga saya. Suami kuat main handphone. Ketagih menonton video di reel facebook. Mujur ada FB je, IG dengan TT suami tak install, kalau tak memang lagi lama dia menghadap fon.
Bila saya panggil angkat saya dari katil suami akan cakap nanti kejap, padahal waktu ni pundi kencing dan rahim dah terasa keras2 dah sebab dah penuh. Tapi dia boleh suruh kejap lagi sambil tangan scroll video.
Ceaser sangat susah nak bangun sendiri mula2, memang perlukan bantuan tau. Jadi sebab tu saya rela bayar mahal di swasta supaya ada orang boleh bantu pergerakan saya, kalau tak parut ceaser tu boleh terbukak balik macam anak pertama saya dulu.
Benda ni berterusan sampai di rumah mak saya. Kami pantang di rumah mak saya. Rumah kami berdekatan je, tapi sebab saya tak percaya suami mampu jaga saya di rumah saya memang nak pantang di rumah mak saya.
Suami sejak dari sampai rumah mak saya asyiklah ajak pantang di rumah. Suami kata dia nak beri seribu ringgit untuk makan pantang saya, suami dan anak 3 tahun selama 44 hari asalkan dapat pantang di rumah sendiri.
Dia tak selesa di rumah mak saya. Rumah sendiri lebih luas, tak terkurung dan sebagainya. Tapi suami ada sikap mengungkit bila tentang duit sebab tu saya tak pernah susahkan suami untuk sama2 kumpul belanja hospital swasta saya. Dia akan bagi tapi dia akan mengungkit.
Suami jugak kadang2 kena keluar. Pantang di rumah sendiri dengan baby seorang, anak 3 tahun sorang dan saya yang masih sukar berjalan sebab banyak lekatan dekat dalam perut memang tak pernah saya bayangkan.
Satu lagi suami terlalu attach dengan handphone. Baby nangis selagi tak hilang suara selagi tulah dia tak tengok. Macam mana saya nak ikut suami pantang di rumah?
Harini suami meletus lagi. Baru hari ke 12 pantang. Ayat suami, ‘awak ni tak boleh tengok saya depan mata, ada je benda nak suruh.’
Saya dah siap urus baby, saya cuma mintak sapukan minyak kat belakang badan, kaki dan basuhkan botol baby sebab kejap lagi saya nak susukan baby. Padahal sebelum tu dia dah main fon sejam lebih dah.
Alasan dia asyiklah penat penat penat. Anak saya yang 3 tahun tertumpahkan air kat bilik, dah terkena kat baju dia. Terus suami campak handphone sambil marah anak.
Saya tak bercakap dah dengan suami. Lepas dia cakap saya ni ada je benda nak suruh. Dia cuti untuk jaga isteri dalam pantang tapi cuti dia bukan digunakan untuk jaga saya, lebih untuk dia berehat.
Suami jadi baran sebab dia serabut baju kerja dia, dia kena iron sendiri. Suami tanya baju kerja dia macam mana. Saya cakap ironlah sendiri baju kerja tu lepastu bawak datang sini kat rumah mak. Terus dari situ dia start moody.
Saya nak angkat anak pun masih terbongkok-bongkok, apake tergamak dia nak suruh saya iron baju dia hari ke-12 pantang ceaser kali kedua yang sungguh lebih sakit ni.
Baby banyak sangat adik saya dan mak bantu uruskan. Kalau saya banyak duit memang saya nak blah je dari hidup dia. Tapi suami bagi jugak duit bulanan untuk bayar bulanan rumah, pampers dan susu anak. Lauk pauk suami dapat bagi 200 je macam tu lebih dari tu saya yang akan topupkan.
Kalau ikutkan hati malam ni saya nak je cakap, abang baliklah rumah kita atau rumah mak abang duduk sana dengan anak sulung yang 3 tahun. Saya duduk sini dengan baby. Takdelah saya sakit hati sorang2 tenangkan baby atas katil sedangkan suami syok layan fon.
Bila panggil tolong dok cakap penat penat. Tapi kalau saya suruh mesti suami buat, suami saya pantang dicabar dan berego tinggi. Mak saya lah larang saya dari laser mulut.
Ni belum lagi start cuci luka ceaser ni lagi. Esok saya akan bukak jahitan pada hari ke13 beranak disebabkan parut lekatan dari ceaser pertama agak teruk doktor suggest guna benang yang kena buka semula kalini. Lepas doktor buka benang esok, nanti kena cuci macam anak first haritu.
Mampu ke saya nak suruh suami saya cucikan luka saya, atau ada ke ek orang buat servis cuci luka ceaser murah2 ye. Yelah nak cuci bukan seminggu sekali tu. Kalau cuci tak bersih nanti kena jangkitan pulak. Boleh jugak mana yang ada pengalaman dropkan komen kat bawah ni.
Saya sayang anak2 saya lebih dari suami saya. Suami jiwa dia suka lepak, kadang2 tinggalkan kami untuk hobi lepak. Dah sedap lepak ride pulak yang pergi balik hari tu.
Cukup saya bayar hutang saya dan masatu kalau suami masih perangai macam ni cukuplah saya tamatkan perkahwinan ni. Nanti lepas saya pantang aktiviti lepak suami akan bermula semula. Saya lah yang akan jaga anak2 di rumah.
Tambah sikit lagi, saya ada ayah yang selalu tinggalkan mak dan kami adik beradik untuk lepak dengan kawan2 atau pergi rumah sedara sebab rumah sedara lebih best, malam baru balik rumah. Bagi duit dekat mak pun sikit je sampai mak kena guna gaji mak semua untuk sewa rumah dan sekolah kami.
Sekarang umur ayah 65 tahun satu anak pun tak rapat dengan ayah. Bertahan tengok ayah yang lebih banyak masa kat rumah sekarang sebab kawan2 dah banyak yang takda, sedara pun banyak dah tua2 dan meninggal waktu ni baru nak tahu duduk rumah dengan anak bini, sangat terlambat.
Anak hanya bertahan dengan ayah sebab hormatkan mak je. Saya selalu cakap dengan suami jangan jadi macam ayah saya nanti akan ditinggalkan macam tu, dia boleh ketawa je.
Takpelah saya anggap mungkin suami tak rasa lagi. Tunggulah bila saya dah habis hutang semua dan mampu hidup sendiri dengan dua puteri comel saya masatu memang saya tinggalkan suami yang suka meratip penat padahal tangan boleh scroll video kat fon berjam jam, duduklah dengan kawan lepak dia.
Akhir sekali yang ada cadangan macam mana saya nak cuci luka ceaser saya tu kalau suami tak nak tolong bolehlah dropkan komen di bawah ye. Satu lagi saya plus size jadi saiz luka agak besar.
Terima kasih sudi luangkan masa membaca.
– Mama Dua Anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit