Assalamualaikum. Ini sekadar pandangan peribadi. Saya Kesuma, 32 tahun.
Baru-baru ni viral tentang anak muda peniaga street food ditegur pelanggan yang tidak selesa dipanggil makcik.
Bermacam reaksi netizen, tapi yang saya baca kebanyakan menyelar pelanggan tersebut.
“Kira hormat la tu panggil makcik. Bukan panggil hoi atau tak sopan.”
“Tak sedar diri tua la tu, panggil makcik pun nak sentap”.
Saya tak pasti individu yang menegur peniaga tersebut umurnya berapa sebab wajahnya tak kelihatan. Tak tau lah mungkin saya yang tak tengok video habis.
Isu ‘makcik’ ni sering berlegar di kalangan wanita, senang cakap golongan perempuan dikatakan terlalu sensitif, tidak mahu mengaku semakin tua dan sebagainya.
Kisah ini buat saya terkenang zaman bergelar student universiti, awal 20an dulu.
Masa tu saya memanjat tangga bas di terminal kampus. Driver bas tersebut (lelaki) bersama sorang rakannya (juga lelaki) sedang berbual. Saya nak bertanya soalan, maka saya memanggilnya ‘Pakcik’.
Driver dan rakannya dengan riak tersentap menjawab “Pakcik???”. Wajah mereka kurang senang.
Saya dalam hati macam errrrr.. aku salah cakap ke? Hanya mampu tersengih malu2 sambil memikir di mana salahnya.
Masa mula2 memandang wajah masing-masing di sebalik silau matahari tu, sekilas pandang mata saya seakan melihat imej lelaki-lelaki berumur.
Namun bila dipandang betul-betul lama sikit, saya sedar mereka mungkin tidak lah tua sangat. Mungkin sekitar awal atau pertengah 30an, belum dekat 40. Lebih kurang 10-13 tahun lebih tua daripada saya saja.
Yalah, khilaf saya. Mungin sebab itu mereka agak terasa. Bukan kerana mereka tak mengaku tua, tapi saya yang perasan terlebih muda kot.
Sepatutnya saya boleh panggil saja ‘encik’, kalau rasa segan nak panggil ‘abang’. Kalau budak sekolah rendah nak panggil mereka pakcik, sesuai lah.
Kiranya, lelaki juga ada masa tersentap dengan gelaran yang kurang sesuai dengan usia. Lelaki juga sensitif apa, kan?
Kadang-kadang saya terfikir sebenarnya isu panggilan ini jadi kecoh bila pihak yang memanggil itu kurang sensitif dalam meneka umur pihak yang dipanggil.
Tak kurang juga pandangan yang mengatakan golongan muda (kalau sekarang gen Z lah) selalu dikaitkan dengan ‘tidak bijak’ untuk ‘address’ orang yang dipanggil.
Ingat tak, dulu ada satu confession (entah apa tajuknya) daripada sorang perempuan, umur 23 tahun. Bercerita tentang roommate nya yang bermasalah. Antara ayatnya :
“Roomate aku ni usianya 37 tahun, jadi aku boleh panggil makcik lah”. dan keseluruhan cerita memang menggunakan panggila ‘makcik’.
Respon netizen kebanyakannya menyelar semula confessor tersebut dengan lebih terfokus kepada gelaran berbanding isi sebenar cerita.
“37 muda lagi belum makcik lagi la…”
“Ko panggil dia makcik, patut la dia cari gaduh dengan ko”
“37 beza 14 tahun je dengan ko, agak2 la nak panggil makcik, kalau kakak takpe juga”
“Budak sekarang memang tak reti address orang, agak2 la umur tu kalau setakat beza belasan tahun panggil lah kakak, mana sesuai nak panggil makcik”
Saya agak setuju dengan komen terakhir. Kalau berbeza hanya belasan tahun, panggilah ‘kakak/abang’.
Kalau anggaran umurnya seperti ada anak sebaya kita, atau dia baya2 mak ayah kita, baru lah sesuai dipanggil ‘makcik/pakcik’. Itu pun tengok keadaan juga. Pendek kata, wajib untuk peka beza umur dahulu untuk panggilan yang sesuai.
Mungkin betul juga, confessor yang muda 23 tahun tu belum bijak untuk meletakkan sesuatu ditempatnya. Belum memikirkan sedalamnya jarak perbezaan umur belasan atau puluhan tahun.
Lebih kurang silap saya zaman universiti dulu juga. Nanti bila dia sendiri dah mencecah umur 37 kelak, barangkali kita sendiri juga marah dipanggil makcik, kot? 37 muda lagi lah. Haha.
Pada saya gelaran makcik bukan lah tidak sopan, tapi tak dinafikan agak sensitif. Sensitif itu tidak hanya kepada perempuan tapi juga lelaki.
Sensitif itu datang kerana umur sebenar mereka hanya berjarak sedikit daripada pihak yang memanggil, baru level ‘kakak/abang’. Tiba2 digelar seperti jauh lebih tua, sedikit sebanyak hati mereka terasa.
Dan jangan nafikan, sesetengah penggunaan ‘makcik/pakcik’ sering terpalit dalam keadaan sindiran atau cubaan ‘mengejek’ pihak lawan, berbanding atas dasar hormat.
Tak perlu jauh, komen2 di sini pun bila tak puas hati ada yang akan guna ‘alahai makcik..’ ‘halah3 pakcik ni pun..’ padahal sekali imbas tengok profil tak lah nampak tua pun. Tapi yang memanggil memang berniat saja membahan. kan?
Itu juga kontroversi yang terjadi antara influencer dan selebriti tempoh hari.
Daripada cara balas membalas & latar belakang influencer itu sendiri, umum boleh agak panggilan tersebut sebenarnya berbaur ‘ejekan’ halus, tapi penyokongnya tetap pura-pura menafikan atas alasan ‘tang mana yang tak sopan nya?’
Tapi tak ditolak, ada juga individu yang memang jelas berumur tapi tak gemar dianggap berumur, walau apa pun pandangan seperti ‘tak sedar diri’ dan seumpamanya. Ragam manusia, begitu lah.
Kalau saya berdepan individu begini yang minta kita panggil dia sekian-sekian, saya layankan saja. Tiada isu. Selagi tak cari gaduh, ikutkan saja apa dia selesa.
Saya lebih berpendapat, pihak yang memanggil sebaiknya ambil lah JALAN TENGAH. Lebih2 lagi kalau peniaga.
Kalau rasa panggilan ‘Puan’ agak over atau terlalu formal (walau ini yang terbaik), kalau wajahnya belum begitu ketara warga emas, paling santai pun panggillah ‘Kak’ saja. Lebih general. Macam mak-mak panggil anak mereka ‘kak long’, tak mewakili umur pun walaupun sebut ‘kak’.
Memang ada orang yang nampak lebih tua daripada usia, tapi demi menjaga hati pelanggan biasakan saja untuk menganggap usia pelanggan lebih muda daripada rupa untuk mengelakkan tersalah faham. Buat pelanggan rasa gembira hati berbunga, peniaga juga yang untung.
Saya belum pernah lagi dipanggil ‘makcik’ oleh peniaga. Di usia awal 30an ni entah la akan sensitf atau tidak, haha.
Tapi baru2 ni, anak kepada pengasuh bayi saya yang merupakan student university dengan beza umur kurang daripada 10 tahun daripada saya memanggil saya ‘acik’.
Saya faham yang ‘acik = makcik’ dalam versi yang lebih moden. Saya senyum saja. Tak lah nak merentan.
Yelah, acik pun acik lah, iolss redho haha.. Walaupun jauh dalam hati saya berharap golongan muda silalah peka dengan panggilan yang sesuai dengan jarak umur.
Sekadar pendapat peribadi dan pesanan mesra kepada anak muda. Santai-santai saja ya, peace.
– Kakak Kesuma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kisah ini mngingatkan saya pd suatu ketika saya berumur 30-an.., mase tu saya dan seorang kawan berkunjung ke sebuah pasaraya d bandar J.. sedang kami melihat barang2 perhiasan di sebuah kedai, datang seorang ‘promoter’ (bukan islam) yg mnegur saya, “makcik nk cari apa..?” ..saya agak ‘terkejut’ pada mulanya, sbb sbelom ni x pernah seorang jurujual memanggil saya begitu, plg tidak pon mereka panggil ‘kakak’ atau pon ‘cik’ or ‘puan’, lantas kawan saya mencelah, “ko panggil dia mkcik, dia muda lagi tau, anak2 pon kecik lagi,”.. tp saya cuma tersenyum, saya kata, “takpe, satu hari nt, mngkin suma org akn panggil saya makcik juga..”
Dalam cerita confessor tu, mngkin ada org yg belom boleh ‘terima’ hakikat bhw mereka semakin nmpak berumur, dan belom layak dipanggil sedemikian.. saya bersangka baik shj, yg itu tanda ‘hormat’ mrk kpd kita.. begitu juga d pejabat, ada je rakan sepejabat yg lebih tua (lelaki) yg memanggil saya ‘kakak’, mngkin x manis klaw hanya panggil dgn nama..
Apa2 pon, terima jela hakikat yg kita semakin ‘menua’ dan akn tetap dipanggil spt itu.. wallahu a’lam