Saya seorang ibu berusia awal 30-an, baru sahaja melahirkan anak pertama. Dunia saya berubah sepenuhnya sejak kehadiran si kecil ini. Perasaan gembira, syukur, takut, cemas—semuanya bercampur-baur dalam satu masa.
Setiap hari adalah pengalaman baru yang mencabar dan mengajar. Tapi yang paling sukar untuk saya lalui sebenarnya bukanlah keletihan berjaga malam atau tangisan bayi yang tidak berhenti… tapi emosi yang datang dari sekeliling—orang yang paling dekat dengan saya.
Peranan suami dalam fasa ini sangat penting. Saya sangat hargai suami saya yang bertanggungjawab, yang sanggup berjaga malam bersama-sama ketika bayi menangis tanpa henti.
Tapi, ada juga ketika saya rasa hancur. Hanya kerana saya tersilap sedikit dalam mengurus bayi—yang mana saya pun masih belajar—suami terus marah.
Waktu itu, saya rasa kecil hati sangat sebagai seorang ibu. Saya selalu menangis, saya juga jadi orang yang panas baran.
Tidak boleh ditegur sedikit biarpun suami tegur dengan cara & nada yang lembut, saya tetap akan tantrum. Hempas-hempas barang, menjerit dan ada ketika saya hampir baling pam susu kearah suami saya.
Betul orang cakap, baby blues bukan datang sebab bayi, tapi sebab sikap orang sekeliling yang kita harapkan akan jadi tulang belakang kita.
Pasti ramai yang nampak video artis Atikah Suhaimie yang dia merasa dia tidak layak jadi ibu kerana tiap kali anak dia dengan pengasuh, anak dia behave jak tapi kalau dengan dia anak dia nangis & susah ditenangkan, sampaikan tiap kali anak dia meragam suami dia terus panggil pengasuh.
Yes! Saya pun merasa begitu sebab apa-apa pun suami terus beri mak nya. Contoh mandikan bayi, mak nya buat. Baby nangis sebab takut dengar bunyi hujan husband saya angkat baby tidur dengan mak nya.
Mak nya memang tiada masalah bab tu sebab dia memang sayangkan sangat dengan cucu nya. Sumpah saya rasa saya useless sangat time tu. Saya menangis ketika meluahkan semua perlakuan husband saya.
Husband saya pula ingatkan mau mudahkan saya supaya saya tidak stress sedangkan saya sanggup hadapi stress itu dengan besar hati sebab saya maukan anak saya saja. Husband2 diluar sana sebelum buat apa-apa tanya laa isteri tu ok ka tidak k jangan buat jak ikut hati.
Saya tiada lagi ibu bapa sendiri untuk bergantung. Jadi, saya mengharapkan sokongan dari ibu mertua. Alhamdulillah, ibu mertua saya sangat baik, tidak membenarkan saya buat kerja walau mencuci pinggan sekalipun. Kalau saya bergadang malam, dia pun ikut bergadang.
Tapi ada satu perkara yang sangat menekan perasaan saya—dia terlalu ingin mengurus bayi sendiri. Saya rasa seperti terpinggir dari proses menjadi seorang ibu. Saya tak diberi ruang untuk belajar, untuk bina ikatan dengan anak saya.
Saya tahu niatnya baik, tapi sebagai seorang first-time mom, saya pun ingin merasa sendiri pengalaman menjadi ibu. Tolong jangan ambil hak itu dari saya.
Satu pengalaman yang sangat menggores hati saya adalah ketika saya masih berpantang di kampung suami. Ibu mertua bawa saya dan bayi ke rumah saudaranya. Dalam perbualan, saudara mereka tanya sama ada ibu mertua masih akan bekerja di kantin selepas cuti sekolah.
Dia jawab, “Tidak, saya mau jaga cucu. Mama dia kerja sudah nanti.” Saya terkedu. Saya tak pernah setuju pun untuk tinggalkan bayi saya di kampung.
Hati saya remuk, tapi saya diam, masuk bilik dan menangis sambil peluk anak saya. Sedihnya bila keputusan besar macam tu dibuat tanpa bertanya saya, si ibu kandung.
Ibu mertua beri alasan takut bajet kami tak cukup, takut pengasuh dera bayi. Tapi pengasuh yang kami pilih adalah anak saudara dia sendiri—lemah lembut dan berpengalaman. InsyaaAllah pengasuh tu baik-baik saja. Mungkin kerana terlalu sayangkan cucunya, dia mahu jaga sendiri.
Tapi saya pun seorang ibu. Saya rela ikat perut, potong bajet, asalkan anak saya membesar depan mata saya. Saya sanggup susah asal anak sentiasa ada di sisi.
Saya pernah minta suami bincang dengan ibu mertua. Tapi yang jadi, ibu mertua merajuk dan tak bercakap dengan suami saya sehari. Saya pula yang rasa bersalah.
Beberapa minggu kemudian, saya dan bayi balik ke rumah untuk sambung cuti bersalin, sebab saya perlu jaga adik yang masih sekolah. Sepanjang masa itu saya fikir, apa alasan terbaik untuk tolak permintaan ibu mertua tanpa buat dia terasa hati.
Dan benarlah, aturan Allah itu sungguh indah. Tiba-tiba, bayi saya mula muntah setiap kali diberi susu formula. Tapi bila minum susu badan, dia elok saja. Kami cuba tukar pelbagai jenama susu, tapi tetap sama.
Saya tahu… inilah jawapan Allah. Bayi ini memang ditakdirkan untuk terus bersama saya.
Ketika kami balik beraya, bayi saya hanya mahu saya dan ayahnya. Orang lain, termasuk neneknya sendiri, dia akan menangis jika digendong. Akhirnya, semua faham… dan bayi saya pun tak jadi ditinggalkan.
Saya kongsi semua ini bukan untuk menyalahkan sesiapa. Tapi inilah realiti emosi seorang ibu selepas bersalin. Kami tidak hanya perlukan rehat, kami perlukan kefahaman dan sokongan. Kami perlukan ruang untuk menjadi ibu—dengan cara kami sendiri.
Semoga semua yang membaca, terutamanya para suami dan keluarga mertua, boleh lebih memahami perasaan seorang wanita yang baru bergelar ibu.
– Ibu Gajah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit