Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin sudi siar cerita hidup ini. Saya Lissy berumur 35 dan bekerja di KPM di tanah borneo.
Pada tahun 2023, saya meluah perasaan kepada rakan sekerja lelaki saya. Tapi, ditolak dengan cara yang baik.
Agak sedih, tapi tidak terlalu menyedihkan kerana niat saya confess hanya untuk kepastian dan saya pun sedar diri, saya gegirl yang berada di kelompok obess dan penampilan diri yang biasa2 sahaja. Saya tekad confess dengannya, kerana
Dia baik,
Dia solat,
Dia menjaga ikhtilat di pejabat,
Dia tak banyak cakap, tak cakap kotor,
Dia rajin bekerja,
Dia mudah menolong orang,
Dia tulang belakang familynya. Ibunya dah tua.
Dia husband material.
Tetapi, bermula keesokkan harinya, dia mesej saya berkenaan kerja tetapi lama2 mesej itu berbual pasal kami. Dan keesokkannya dan esoknya dan seterusnya, dia tak pernah miss untuk mesej dengan saya.
Kami berbual tentang kerja, tentang kami, tentang masa depan, tentang isu semasa dan banyak lagi yang membuatkan hidup saya terisi dan harapan saya kembali meninggi. Saya gembira.
Tetapi, ada satu malam tu, kami berbual tentang hubungan sex, dan saya terleka. Bangun pagi esok, saya berfikir panjang, tahu perbuatan tu salah.. Dan saya mesejnya panjang dan dia turut minta maaf.
Selang 3 bulan dari tarikh saya confess, akhirnya dia membalas rasa hati saya dan kami menjadi pasangan kekasih.
Selama menjadi kekasihnya, kami hanya call bila dia seorang diri, seperti bila dia balik kerja atau otw ke mana2 seorang diri. Kami tak pernah sleepcall, tak pernah call depan family. Hanya whatsapp sahaja.
Sepanjang tempoh ini juga, kami terbuai2 dengan seronoknya sex. Walaupun, kami tak buat hubungan atau berjumpa, hanya sex call, sex mesej. Dan lepas pada tu, timbul keinsafan dan berjanji tak akan buat lagi.. Mostly dari saya lah.
Pada tahun pertama, dia ada menanyakan tentang perkahwinan, dan saya berbincang dengan ibubapa saya, ibubapa saya memintanya untuk terbang ke semenanjung supaya boleh berkenalan. Jika dia ok, ibubapa saya redha akan hubungan kami ke tahap perkahwinan.
Tapi, sampai pada bulan yang sepatutnya dia pergi, dia kata dia tak dapat, tak bersedia lagi untuk jumpa ibubapa saya. Saya kecewa, sedih dan memutuskan hubungan.
Awal2 dia terima, tapi, dia tak pernah berhenti mesej saya sehingga buat saya kembali padanya semula. Saya memberinya peluang kedua yang sangat merosakkan jiwa saya.
Tahun kedua hubungan kami, sangat buruk, kami dah mula berjumpa dan buat maksiat ringan2. Kami check in, tapi dia tak berani nak berhubung dengan lebih2. Dia takut benihnya akan buat saya mengandung.
Hubungan ni sangat toksik. Bila berjumpa, kami kalah dan selepas tu, insaf dan solat taubat. Dan dalam tahun kedua ni juga, banyak kali saya memutuskan hubungan, tapi, dia tak nak lepaskan saya. Saya fikir, kami berdua tidak baik untuk satu sama lain.
Saya tahu, saya banyak membaca, tentang rahsia2 jodoh, jika dia jodoh kita, tapi, saya dengan dia, saya tak pernah tenang. Bila dia bermaksiat dengan saya, saya menyalahkannya kenapa dia sebagai lelaki buat saya macam ni, tapi, saya tahu, saya pun bersalah.
Kadang2 saya yang rasa nak. Dan semua ni, buat saya sangat down, jadi kurang keyakinan diri, banyak overthinking, banyak negative thinking. Dan, dia dalam tahun ni tak pernah sebut tentang perkahwinan.
Dengannya saya jadi perempuan murah, perempuan bodoh. Hilang diri saya selama ini yang menjaga maruah dan aurat.
Setiap kali saya cuba putuskan hubungan. Dia tak akan putuskan, dia akan selalu mesej dan mesej sehingga saya sejuk hati dan kembali kepadanya. Dan kami akan berjumpa dan kalah lagi.
Saya tahu, dia tak akan lepaskan saya, sebab saya terlalu mudah. Saya tak kuat untuk lepaskannya, kami satu jabatan, setiap hari akan jumpa selisih.
Tapi, bila kami di khalayak ramai, dia tak pernah layan saya macam saya kekasihnya. Kami act like rakan sekerja yang asing. Dan saya sangat sebal dengan kelakuannya. Alasannya, tak manis ditengok orang. Walaupun, satu jabatan dah tahu saya dengan dia.
Dia jarang tanya saya ok tak, tak pernah berbincang dengan saya tentang hubungan kami,
Dia tak pernah merungut, mengeluh dengan perangai saya,
Dia kurang common sense dengan saya dalam hubungan ni,
Kami selalu bermesej, tapi, tak pernah tentang kami, kebanyakkan tentang kerja, tentang isu2 disekeliling kami.
Hari dia confess tu je dia cakap dia sayangkan saya. Lepas pada tu, tak da. Tunggu saya tanya, saya buat perangai baru dia nak ucap sayang.
Kalau saya mesej manja2, dia tak balas.
Kalau saya mengadu tentang isi hati saya, meluah tentang hubungan kami, dia mesti cakap saya overthinking atau berfikiran negative.
He never valued my feeling…
Sekarang, kami ditahun ketiga. Saya menulis ni dengan pelbagai rasa, confused. Sekarang, saya tak sihat, kerap sakit. Balasan Allah atas dosa2.
Ibubapa saya akan datang ke borneo hujung bulan nanti, atas urusan lain dan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengannya, saya agak terkilan, sebab ibubapa saya yang usaha untuk berjumpa dengannya.. Tapi, dia tak da usaha pun untuk berjumpa ibubapa saya.
Saya maklumkan, perjumpaan ni, last dah dari saya, kalau dia tak bersedia juga, saya nekad dah.
Tapi, saya jadi takut pula, kalau dia bersedia jumpa ibubapa saya, saya takut berkahwin dengannya, takut balasan Allah dalam rumahtangga kami dan saya takut dia tak dapat jadi suami yang menyenangkan hati saya dan saya takut, saya akan menyusahkannya.
Saya sayang dengannya. Walau apa yang dia buat pada saya, saya tak akan doakan keburukan untuknya. Saya fikir, ini semua salah saya, saya yang memulakan semua ini. Kalau saya tak confess dengannya, semua ini tak akan jadi. Biar saja saya sukanya dalam diam, cukup.
Tapi, nasi dah jadi bubur, saya tahu, saya sedar semua apa yang kami buat. Cara dia dengan saya, buat saya makan hati.
Saya tak yakin saya mampu kawin dengannya. Kadang2 saya rasa saya yang bermasalah. Saya istikharah, saya taubat, saya hajat, tapi, saya tak tahu, saya tak jelas apa petunjuk Allah.
Adakah semua ini petunjuk dari Allah, tapi saya deny…
– Lissy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apa yang saya nampak di sini (mengikut pengalaman hidup dan kisah sekeliling).
Lelaki ini tidak ikhlas dengan awak.
Sebab dia tahu awak sangat sukakan dia maka dia manipulasi awak dari segi seks.Dia tahu bila awak obses sangat dengan dia maka dia akan jentik kelemahan awak dari segi nafsu.
Dia fikir boleh ikat perasaan awak dari situ.
Awak sangka dia sayangkan awak tapi sebenarnya tidak. Awak dah dimanipulasi dari segi sex semata-mata.
Buktinya bila di pejabat dia sorok hubungan kamu berdua atas alasan tak manis dipandang.
Apa yang nak dimalukan kalau benar dia ikhlas dengan awak biarlah semua orang tahu kamu berdua bercinta.Ini di sorok.
Sebenarnya dia tak jujur ikhlas pun nak kahwin.
Hanya cakap kosong sahaja.
Itu bukan cinta..itu hanya permainan nafsu semata-mata.Konon jaga solat? Org spesis begini lah kita panggil alim taik kucing.
Silap u sebab dah sayang kan dia lalu terperangkap dalam ayat manis dia ajak kahwin la sayang la..lalu ikut dia gi check in…
U fikir u ikut dia ke hotel maka akan dapat tempat di hati dia tapi sebenarnya tidak sis.. buktinya dia makin jauh dan hanya cari u balik pujuk untuk penuhi hawa nafsu aje..kisah kahwin entahlah kenapa.
U ni mangsa manipulasi sex lelaki…itu semua bukan cinta sejati tapi hanya gunakan untuk hawa nafsu. Dia anggap u macam pelacur je sis maaf sangat cakap..
I kesian dengan u.. jahatnya lelaki ni
Dia takkan nak kahwin dengan u pun percaya cakap I..
I doakan u sedar nasihat I ni ..
Pindah tempat kerja dan move on tukar no telefon. Jangan terperangkap lagi.
Semoga lelaki ni terkena musibah dan hidup dalam kehinaan!!! Lelaki jahat!!!!!
Aduihai sis saya simpati dengan ko..si lelaki tu nda ikhlas ma ko..dia cuma ambi kesempatan atas kedaifan ko..Biar la lupa kan dia he not deserve you kalau btul ikhlas dia akan berusaha utk jumpa parents ko tp ini tidak parents ko yg bust effort dtg mo jumpa dia..kesian ko sis lupa kn la lelaki ni..
Sis.. Jangan teruskan hubungan ini. Nnt awak akan menyesal selepas kahwin. Biarlah lewat kahwin daripada berkahwin dengan orang yang salah. Tinggalkan dia sis. Minta tukar ke semenanjung. Saya doakan sis akan mendapat jodoh lelaki yang bertanggungjawab, beriman dan beramal soleh.
Pergila kuruskan badan tu.. nanti bila self esteem you naik baru you sedar ramaaiii lagi lelaki yang betul2 baik dan serius kat luar sana tu.