Assalamualaikum. Tadi saya berhenti solat dekat Petronas. Ada satu family, mak dia, anak umur 4 ke 5 tahun macam tu. Lepas tu kakak budak tu, mungkin form 1 atau form 3 macam tu kot.
Dan ada dua orang lagi dalam tu, public. Bukan family depa la.
Seperti biasa, ke mana pun saya pergi pasti ada mata-mata memandang. Dan seperti biasa, saya jugak abaikan dan fokus untuk solat.
Lepas ambik wuduk, saya nak solat. Tengah pakai telekung, budak tu masih pandang-pandang saya kemudian cakap kat mak dia, “Mama, kenapa orang India tu solat?”
Mak dia diam… dan masa tu kakak dua orang lagi tu macam pandang-pandang saya la. Kakak dia pun pandang. Tapi masing-masing terus diam.
Saya akui, kulit saya hitam. Macam orang India. Saya tak tahu nak ubah pandangan orang Melayu ni macam mana pada saya.
Saya memang keturunan India Muslim. Tapi saya Islam. Beragama Islam. Bukan Hindu.
Tahun 90-an, bersekolah kampung di perkampungan orang Melayu. Saya terpaksa akui, hidup dalam masyarakat orang Melayu sangat susah untuk saya.
Diskriminasi, dipulaukan, diejek dan dibuli. Saya dah lalui sejak kecil. Selalu orang ejek saya “Hindu, Hindu, Hindu.”
Kita puasa, orang tanya kenapa awak puasa… puasa untuk orang Islam… kenapa awak datang masjid, ni tempat orang Islam.
Ok lah takpe lah, zaman tu kita anggap satu zaman masing-masing kurang adab dan pendedahan ilmu. Mungkin orang kampung tu rasa Islam untuk Melayu.
Tapi zaman sekarang? Ramai orang dah celik ilmu, celik adab… tapi sedihnya, saya masih dibuli.
Walaupun saya pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna sebagaimana wanita Muslim yang lain, tapi tetap orang pandang saya seperti Hindu asbab kulit saya yang hitam.
Atau mungkin saya tak boleh faham joke orang Melayu kot, terutamanya joke orang lelaki. Sebab memang selalu ayat tu datang dari orang lelaki. Orang perempuan tak pernah cakap macam tu.
Last week saya tanya jalan dekat satu abang driver ni, sebab tak biasa area sini. Dia jawab macam cakap dengan orang asing, slang tu.
“Aiyoyo Amadi… itu jalan saya tak tarak tau oo…” dengan gaya macam cakap dengan orang asing.
Hari tu saya nak beli minuman dekat satu pakcik ni… umur dalam 60-an saya rasa. Dia pun buat gaya macam tu jugak. Siap tanya saya Hindu dari mana.
Saya kata saya Islam. Saya pakai tudung kan… dan pertuturan saya fasih berbahasa Melayu. Takde pun slang tah apa-apa.
So saya tak faham lah. Di zaman 2025 ni, masih wujud perkara macam ni. Mengejek orang, menghina orang. Atau adakah masyarakat negeri ini tak biasa dengan pelbagai kaum atau warna kulit?
Nak kata saya hidup di ceruk mana, macam tak jugak. Rasanya ni bandar jugak. Tapi otak macam tak berkembang.
Saya pergi servis kereta dekat Perodua, ada satu family ni. Ayah dia bagitahu anak dia, “Adik tengok tu, mami mami…”
Saya ada bagitahu dekat rakan kerja saya, dia cakap, “Awak memang nampak macam India… so orang kat sini tak biasa tengok orang macam awak kot.”
Macam peliknya… sedangkan ni Malaysia. Negara yang kaya dengan bangsa dan culture.
Saya terfikir jugak lah, negeri apa lah aku kena campak ni. Kuno sangat fikiran masyarakat daerah ni. Seolah-olah dunia ini orang Melayu punya. Sedangkan bumi Allah untuk semua hamba Dia… tak kira bangsa apa, agama apa.
Berbalik pada kes saya berhenti solat tu kan, apa salahnya mak dia tegur anak tu. Inilah time kita nak didik anak. Nak bentuk anak kita. Budak mungkin tak tahu.
Boleh ja mak dia cakap, “Kakak tu kan Islam. Kan dia sembahyang.” Bukan diam macam tu ja. Seolah-olah mengiyakan perspektif anak dia. Dan anak dia pasti anggap benda tu betul dan terus membesar sebagai orang yang judge manusia lain.
Entahlah, kesal sangat rasa dalam hati ni dengan masyarakat orang Melayu. Dari dulu sampai sekarang takde kesudahan.
Pasti posting ni menimbulkan ketidaksenangan ramai pihak. Tah admin akan approve ke tak. Sebab page orang Melayu kan.
Tapi saya tulis ni sebab kita tak boleh ubah pandangan lelaki umur 60 tahun, tapi masih belum terlambat untuk ubah pandangan kanak-kanak 5-6 tahun.
Wahai orang Melayu, tolonglah lihat Islam dari hati, bukan dari warna kulit atau bangsa. Janganlah hina atau ejek-ejek orang. Cakaplah dengan orang secara beradab dan proper. Sebab apa yang buat di dunia akan ditanya kat akhirat sana.
Senangkan hati orang, jangan susahkan hati orang kalau tak mampu senangkan. Tu pun satu bentuk sedekah kan.
Mungkin 100 orang akan baca luahan ni, tapi kalau sekadar satu orang faham apa saya nak sampaikan, tu dah cukup bersyukur buat saya.
Assalamualaikum..
– Hitam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
orang sekarang hidup je berevolusi, otaknya banyak yang kuno.. stay strong awak..benci betul orang yang racist macam ni..
Orang zaman sekarang sibuk nak putihkan kulit jadi Korea.
Takda self love langsung sebab tu hitam di hina orang
Biarlah yang hina awak tu kena kifarah
Masa saya darjah satu, saya ada kawan anak yatim piatu. Dia gelap betul macam india tapi nama dia Muhammad Ali dan cakap melayu fasih. Saya tak pernah nganjing dia India atau pelik muka India tapi nama Melayu. Saya anggap dia sama macam orang lain. Saya rasa budak2 ni tak pandai membeza-bezakan orang melainkan dia nampak mak dia buat benda tu dulu. Jadi jangan harap la mak-mak bodoh ni nak tegur anak dia kalau anak dia cakap bukan2. Kesimpulannya, masalah awak hadapi ni masalah didikan dan ia akan kerap terjadi kalau awak dikelililing oleh orang bermentaliti B40. Jadi awak cuma perlu upgrade hidup awak supaya awak berada dalam circle orang yang high mentality. Anak2 dorang pon semua ada adab dan awak takkan berjumpa masalah macam ni lagi.
Sy dulu pernah kena perli dgn my crush..dia kata eleh u tu bukannya putih sgt.
I sedar kulit i ala sawo matang mcm Yuna penyanyi tu..tp sawo matang pun i tetap lawa hehehe
I pernah p jln2 kat kiosk jual produk
.akak seller ni siap ckp..adik..u bukan x lawa..u lawa tp..kulit u je gelap sikit..
Eleh seller tu kulit lg kepam tak glow..
Dan bila i couple dgn lelaki cina..dorg tak pernah condemn i..dorg lg suka wanita kulit yellowish tanned cam i..dorg kata menarik.
Melayu je suka rasis wrna kulit.agaknya ugama melayu mmg cmtu
bersabar, ini ujian untuk awak, semoga Allah memberikan limpah kurnianya kepada awak yg bersabar dlm menghadapi ujian ini…
biasanya orang2 yang dalam penceritaan awak ni mesti datang dari negeri majoriti melayu atau tinggal dekat kawasan kampung hidup macam katak bawah tempurung.. maaf laa kalau ada yang terasa tapi memang golongan yang itu laa saya selalu jumpa, tak boleh ditegur tak boleh terima kritikan.. saya dari kecik memang membesar di ibu kota dan dah macam2 jenis orang pernah tengok.. negro, mat salleh tak mandi, pak arab minum arak, bangla nepal myanmar pakistan rohingya jepun korea russia semua ada kat sini.. tak heran pun kalau jumpa orang kulit gelap rupa tak macam melayu pakai tudung cakap melayu.. yang saya heran yang nama melayu dan Islam tapi pakai skirt pendek, baju nampak lurah payung ketiak..
saya cuma boleh kata bersabar je dengan perangai manusia walaupun saya tahu it is easier to said than done.. yakin dengan janji Allah dan usah pedulikan manusia2 yang tidak signifikan itu.. abaikan kata-kata mereka dan terus maju ke hadapan..
abaikn aje sis..tue msti spesies2x org zaman batu yg blm pupus bru kua dr gua. Just be urself n jgn low confident sgt.