Setiap kali melihat pasangan berlainan warna kulit, aku jadi cemburu.
Lelaki mat salleh sangat romantis, sentiasa perhatian kepada pasangan. Aku sangat teringin andai aku belum berkahwin, aku akan cari pasangan mat salleh.
Pada pemerhatian aku, lelaki mat salleh ini sangat rajin menolong isteri dan tahu tanggungjawab semasa di rumah.
Mereka sama-sama membantu kerja rumah dan juga rajin ke dapur. Itu budaya mereka.
Mereka telah diajar dari kecil lagi, berbeza dengan budaya kita. Anak lelaki tidak dibiasakan dengan kerja-kerja rumah.
Aku sangat suka melihat pasangan tersebut dan di hatiku berbisik, alangkah bertuahnya kalau aku jadi mereka.
Seiring berjalannya waktu, aku telah menerima mesej dari kenalan FB. Seorang doktor.
Suprisenya dia mat salleh yang aku selalu angankan jadi pasanganku. Dia ingin berkenalan dan menyatakan dia sangat sukakan aku.
Pelik betul. Aku tidak mengenalinya dan dia pun tidak mengenali aku.
Aku tidak boleh menerimanya kerana aku sudah berkahwin.
Dia mendesak supaya aku menerimanya. Aku tidak ada perasaan terhadapnya, yang ada hanya rasa kasihan.
Dia juga beritahu yang dia tertarik dengan Islam dan akan mengucap syahadah pada bulan puasa.
Disebabkan itu aku melayannya dengan bertujuan untuk memberi sokongan moral padanya. Dia juga memberitahu yang dia fobia dengan perempuan kerana pernah kena tipu.
Ada satu perbuatannya yang menyebabkan aku rasa terharu dan rasa dihargai.
Bermula dari situ aku melayannya dengan baik dan mula menerimanya. Perasaan sayang perlahan-lahan hadir dan dia akan tunggu aku sehingga sampai masanya.
Entahlah serba salah aku dibuatnya, mahu tunggu sampai bila. Katanya jika suamiku dah tiada, dia akan memperisterikan aku. Dia akan tunggu. Begitu sekali dia jatuh cinta.
Macam mimpi apa yang terdetik di hatiku Allah hadirkan.
Walaupun aku tidak dapat bersamanya, namun aku rasa bahagia mendapat cintanya dan impianku untuk merasa ada pasangan mat salleh bukan mimpi semata.
Aku berserah pada-Nya dan selalu doakan dia supaya jumpa pengganti diriku untuk menemaninya kerana aku kasihan padanya walaupun aku rasa cemburu.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hmmm………..
Scammer la Tu..prasan la pulak!
100% scammer. Semua harapan2 tu adalah dialog scammer. Xpernah baca ker sharing mangsa2 sbl ni. Lps ni pasti minta duit. Doktor sibuk xsempat nak melayan kawan di sosial media. Tlg cerdik sbl jd mangsa. Dan konon Doktor Mat Salleh tu adalah Nigeria 😂😂😂
Ok, awak punya angan2 ni macam orang tengah tinggi. Dah menikah pon gatal mereyam lagi. Mat Salleh yang awak gambarkan rajin tolong isteri tu berdasarkan movie apa ya? Kalau nama Mat Salleh tu Johnny Sins, awak jangan terkejut pulak sebab dia memang rajin, hari ni jadi doktor, esok jadi lawyer, tulat dah jadi plumber pulak. Semoga angan2 awak menjadi kenyataan, tapi kena tunggu suami melayu mati dulu kan? Doa la banyak2..eh!
Jaga2 scammer… Dah ramai yang kene, Sila ambik pengajaran
Jiran saya janda pencen kematian suami dah terkena. sedar pun lepas mak saya tegur. harap puan tak kena scam
Sedarlahhhhh. Ini love bombingggg, dan tactic scammer.
duk merepek apa ni? jangan duk mengarut sangat. masih isteri orang kan.. ntah2 mat salleh tu scammer atau pun jenis haprak. ingat mat salleh bagus sangat ke? dah tu nak kena bimbing dia lagi
yang bukan-bukan je lah dia ni..