Aku Aliah, seorang ibu + seorang perkerja, yang sudah berumah tangga selama 3 tahun dan di kurniakan 2 orang cahaya mata.
Bismillah, ceritanyaaa nya aku sudah berkahwin dengan suami aku selama 3 tahun atas suka sama suka. Kerana aku pun baru melalui fasa pulih selepas putus cinta dengan bekas kekasih.
Disebabkan aku kecewa selepas putus cinta dengan bekas kekasihku, aku pun ambil jalan mengenali si suamiku untuk lupakan si mantan. Bercinta, bertunang, dan akhirnya berkahwin dengan suamiku.
Aku & bekas kekasih bercinta selama 4 tahun, dan keluarga pun sudah seakrab nya sehingga sekarang. Tetapi kami tidak saling membenci selepas memutuskan hubungan kami.
Malah aku dan kelurganya masih bercontact sehingga sekarang , cuma ada batasnya sebab aku dah jadi isteri dan ibu orangkan. Tak manis rasanya aku sentiasa call massage kelurganya.
Tentang bekas kekasihku, Aku gelarkan dia sebagai B..
Setahu aku yang si B ini belum berumah tangga dan masih bujang, sehingga sekarang, mungkin belum ada jodoh kot.
Aku ingatkan selepas aku kahwin dan mempunyai anak, aku totally sudah moveon dari si B ni kan? tapi aku silap, aku salah.
Kerana aku masih fikirkan dia sehingga sekarang, bukan aku tak bahagia dengan suamiku. Entahla aku pun tak paham akan isi hatiku sendiri.
Ya benar, aku berkahwin atas suka sama suka dengan suamiku. Betul lah orang cakap perkahwinan ini hanya manis dari mula sahaja, selepas beberapa tahun mulalah dinginnya.
Selepas berkahwin aku di dugaa macam macam, dari anakku, suamiku, diriku sendiri dan kelurga.
Suamiku tidaklah kurangnya, dia sentiasa menolongku menguruskan anak, mengemas rumah, jemurkan pakaian, kemaskan susu anak, dan macam macamlaa.
Bagi anak anak mandi, bagi anak anak makan, tidurkan anak anak, jalankan tanggungjawab beliau sebagai suami. Bagi nafkah dekat aku dan anak anak setiap bulan pun tidak miss.
Entah mengapa ada ketikanya, aku teringatkan dengan si B, teringatkan zaman kami bercinta, dia layan aku baik, dia tunaikan segala permintaan aku, dia pujuk aku time nangis, dia sentiasa cari aku kalau aku tak contact dia.
Adakalanya, di malam hari aku mimpikan si B ni, dalam mimpi tu dia gelak tawa, dia tersenyum, dia layan aku dengan baik walaupun aku sudah mempunyai anak. Dan keesokkan harinya aku jadi rindu dekat si B.
Suamiku tahu yang aku masih belum move on dari bekas kekasihku, sebab dia selalu temukan aku stalker facebook, instagram, tiktok si B ni.
Macam macam dah usaha suamiku untuk tarik perhatian aku, supaya aku dapat lupakan si B ni, tetapi entahlaa aku pun masih tertanya tanya kenapa aku susah lupakan si B.
Nak katakan aku tak bahagia dengan perkahwinan sekarang tak jugak, nak katakan aku sentiasa bahagia dengan perkahwinan aku sekarang pun tak jugak.
Adakalanya, aku menangis pikirkan si B, rindukan si B, dan aku tahu kalau teringatkan si B berdosa kerana aku statusnya isteri orang.
Dulu aku sempat contact dengan si B ni masa aku jadi tunang suamiku, dan dia sempat kata “Aliah, kita tak pernah kenalkan? kita tak pernah bercintakan? dan kita tak pernah bertegur sapakan?”
Bila aku tanya kenapa dia tak menjawab. Sehingga sekaranglah aku masih teringat kata kata tu. Sebab selepas dari kejadian tu aku dah tak contact dia lagi dah aku dah tak tahu apa apa pasal dia.
Aku tak pernah berhubung dengan si B selepas berkahwin sehingga sekarang. Dan rasanya aku takkan berhubung dengan si B kerana aku tahu batasnya.
Aku pernah berharap suatu hari nanti aku bertemu dengan si B, becontact balik dengan si B.
Dan aku pernah berharap suatu hari nanti si B menjadi jodoh aku. Menjadi suami aku yang aku inginkan selama ini.
Namun, aku berdoa terhadap ilahi semoga di beri kekuatan serta jalan untuk aku melupakan si B dalam hidup aku.
Doa aku hari ini semoga diriku bisa tempuhi hari hari bersama suami dan anak anak ku dengan bahagia dan tenang tanpa memikirkan si B lagi.
Untuk si B, semoga suatu hari nanti, kamu di jodohkan dengan pilihan hatimu sendiri. Terima kasih pernah hadir dalam diri ini menjadi MANTAN TERINDAHKU YANG SUSAH UNTUK AKU LUPAKAN.
Dan untuk emak bapak abang kakak si B, kamu semua masihku anggap seperti keluarga walaupun dah jarang bertemu, dah jarang ku telfon tapi aku masih mengingati kamu semua dalam pikiran dan dalam doaku.
Untuk mak bapak si B terima kasih jadikan aku sebagai ANAK ANGKATMU.
Terima kasih kerana membaca luahan hati yang tidak seberapa ini. Tentang Aliah yang tidak dapat move on dari mantan kekasih.
– Aliah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kesian nya suami awak tahu awak masih belum move on dari B. hmmm pandang anak-anak. awak anggap ini bisikan dari syaitan. syaitan mmg berbisik halus-halus untuk memporak peranda kan rumah tangga. semoga awak berjaya melalui ujian ini.
Entah bak kata kamu kahwin ni awal2 je best. Nanti kalau kamu tinggalkan suami dan kawen dgn si B sama aje penyudahnya. Bosan jugak.. Jadilah manusia yg bersyukur. Si B tu mungkin ada red flag yg kamu akan nmpk bila dah kawen je nanti.
Semoga suami kau juga ada bermimpi indah terhadap wanita lain di luar sana.
gatal.
Ada keinginan nak curang pon confess kat sini. Ye la nanti orang taktau pulak sikap orang perempuan ni kan. Kalau laki dia curang nanti sibuk pulak canang sana sini padahal dalam hati memang diri sendiri dah niat nak curang cuma belum dilorongkan jalan je. Percaya la, perempuan ni kalau dilorongkan jalan untuk curang, terus dia curang on the spot. Takde pikir 2-3 kali macam lelaki. Semoga bertaubat.
Baik laki mahupun perempuan, mmg ada yang diuji dengan perasaan begini. Memang susah nak lupakan tapi tak mustahil. Puan perlu banyakkan syukur. Tiap kali teringat B, puan marahlah otak dan hati puan dengan istigfar dan ckp, Allah dah tetapkn jodoh aku dengan suami aku. Bukan dgn B. Syaitan Dasim tu mmg kerja dia pecahbelahkan rumah tangga. Puan hargailah suami. Risau jika Allah ambil semula, puan diuji dengan perasaan gila talak. itu lagi bahaya.
bodo nye perempuan. elok je la ko sedekah laki ko tu kat pmpn yg lebih elok
Uish, tak bersyukurnya perangai!
Teringin nk kahwin dgn ex lover ye, meh kami doakan secara berjemaah supaya suami tu plak cari madu dulu. Klu perangai isteri mcm gini, kita yg perempuan ni pun sokong kalau dia nk poligami, sah² la boleh sampai empat
Dah itu hasutan hawa nafsu syaitan
Jgn yg dikejar x dpt yg dikendong berciciran
kamu masih ingatkan mantan sbb kamu masih berhubung dgn keluarga dia, masih stalk medsos dia, kenapa kamu tk kawin je dgn, mintak cerai dari suami kamu, pi balik kat dia