Aku Aby, bukan nama sebenar. Cerita ni aku saja lah nak cerita, sekadar luahan ataupun rungutan. Aku tak pasti. Kadang rasa bersyukur, kadang persoalkan kenapa.
Cerita ni tentang keluarga kami. Aku dibesarkan sama seperti anak tunggal. Hakikatnya aku ada ramai adik beradik. Kalau lebih dari 10 orang tu kira ramai la kan?
Tapi disebabkan jarak antara aku dengan mereka terlalu jauh, aku terasa membesar dengan sendiri.
Bila aku jejak kaki di sekolah, kakak atas aku dah masuk ke alam universiti.
Jadi, sepanjang memori aku di sekolah, memang macam anak tunggal. Sendiri, tiada kakak, tiada abang yang mengambil berat dan menjaga.
Aku bukan orang yang senang. Ya, walaupun adik beradik aku ramai. Aku tak tahu kenapa ramai macam tu sekali. Harta yang abah ada hanya sebiji motor. Itulah kenderaan yang diguna untuk kami gerak ke sana sini.
Ingat lagi setiap hari sekolah, aku betul-betul mengharapkan hari itu berlalu dengan cuaca yang indah. Kalau hujan, aku risau macam mana abah nak ambik. Dengan payungnya, dengan basahnya.
Ada hari, aku juga merungut kenapa kita tiada kereta. Membandingkan kehidupan dengan kawan lain, aku rasa diri aku sangat susah.
Hari yang seperti ini berlalu selama 11 tahun.
Pernah satu ketika, abah excident lepas hantar aku ke sekolah pada awal pagi. Motor yang satu itu perlu hantar ke bengkel untuk dibaiki.
Keadaan abah tak lah teruk mana, cuma ada luka dan terkehel sikit. Dalam seminggu jugak abah minta bantuan jiran untuk hantar dan ambik aku ke sekolah.
Waktu tu aku betul2 tebal muka sebab aku memang tak suka. Benci dengan kata-kata orang walaupun di bibir kata ‘boleh’.
Bila masuk alam universiti, aku rasa sangat bebas. Semua kemudahan aku boleh dapat. Nak pergi kelas tiap hari aku boleh jalan kaki. Tak perlu risau pasal cuaca. Nak pergi mana-mana aku boleh guna e-hailing.
Tapi, aku risau tentang masa. Di samping aku dapat semuanya, umur abah juga makin bertambah. Sekarang abah dah makin berubah macam budak kecik.
Kadang-kadang aku rasa nak marah. Sebab aku baru rasa nak dewasa, tapi dia dah sampai waktu tua. Aku tak dapat macam mana adik beradik lain dapat waktu mereka di umur aku. Layanan, ingatan, nasihat.
Waktu sekarang, jika ditanya kepada abah apa yang dia nak tengok lagi. Dia sibuk kata nak tengok cicit sebab cucu dah ramai sangat. Aku betul-betul rasa tersisih.
Aku belum lagi kahwin, apatah lagi nak ada anak. Tapi bila dengar ayat macam tu, aku betul-betul terasa. Sebab anak kakak/abang dapat rasa excited atok diorang menunggu kehadiran balik kg. Anak aku nanti?
Kadang-kadang aku terfikir, minta dekat Allah kurniakan aku pasangan anak sulung. Hubungan keluarga mentua yang sihat. Biar anak aku dapat kasih sayang, kehadirannya dinantikan. Sebab rasa tersisih tu sakit.
Dan aku tak nak anak-anak aku rasa semua tu. Semoga Tuhan beri yang paling terbaik.
Last sekali, tolong doakan aku terus bersyukur.
– Aby (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit