Buka Api Jangan Disangka Tiada Berasap

Pastinya ruangan media sosial kita semua baru-baru ini hangat dengan berita curang di sana sini, betul? Curang yang berlaku melibatkan manusia dari pelbagai bidang kerjaya.

Sedikit pun tidak berniat untuk menunggang populariti dari kisah yang berlaku, cuma diriku ini rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku yang hampir terjerumus dalam curang. Semoga perkongsian ku ini mampu untuk membuka mata kita semua supaya tidak berniat untuk berbuat jahat.

Aku Maya, nama pena. Berusia hujung 20an. Sudah berkahwin dan mempunyai anak. Kisahku ini terjadi dalam 5 tahun yang lepas, saat aku dan suami melalui fasa honeymoon, kerana masing-masing masih dalam mood pengantin baru dalam tahun pertama perkahwinan. Aku dan suami tidak terkecuali dari sebuah ujian perkahwinan.

Oleh kerana aku baru menyedari bahawa aku merupakan salah seorang wanita yang mempunyai penyakit vaginismus, kesan itu sehingga memudaratkan hubungan intim antara aku dan suami.

Cumanya, tahap vaginismus aku tidaklah pada tahap yang teruk kerana aku berjaya mengatasi masalah ini sendiri dengan mengikut beberapa panduan dari seorang doktor yang arif tentang hal ini di media sosial. Juga dari sokongan sang suami. Alhamdulillah.

Namun demikian, aku tak berputus asa dan berusaha untuk mengambil pendekatan untuk mengatasi masalah rumahtangga kami. Aku ada membeli sebuah “permainan suami isteri” di aplikasi yang kita semua tahu, berwarna Oyen. Aku telah memberi review di kedai itu tanpa menutup nama aku. Itulah permulaan kesilapan pertama aku.

Tak disangka, inbox di aplikasi Oyen ku itu telah masuk satu mesej dari seorang lelaki yang aku namakan dia, A. Mesej itu pada awalnya, A hanya bertanya mengenai keberkesanan permainan itu, oleh kerana A berkata dia mahu membeli untuk isterinya, jadi dia mahu bertanyakan kepada kaum hawa sendiri.

Makanya, aku pun bersetuju untuk memberikan review kepada A dengan harapan mampu membantu hubungan pasangan ini.

Daripada bertanya mengenai review, akhirnya tanpa ku sedar, A telah berjaya menceritakan hal peribadi dalam kain antara dia dan isterinya. Pandai A pancing aku.

Pada mulanya, memang aku dah tak layan, sebab aku rasa marah bila A cuba memburukkan isterinya sendiri. A sedaya upaya memujuk aku untuk mendengar kisah rumah tangganya kerana A kata, dia tiada tempat mengadu.

Akhirnya, aku pun cuba memberi peluang untuk menjadi pendengar, niatku ingin menjadi kaunselor kepada rumahtangga A pada mulanya.. Semua perihal dalam kain isterinya dibuka lebih-lebih lagi mengenai hubungan intim mereka.

A meluah rasa padaku yang dia sudah lama tidak berhubungan intim dengan isterinya oleh kerana isterinya asyik menolak ajakan A. A berkata hubungan intim mereka lebih dingin selepas isteri melahirkan anak pertama mereka. A sangat stres, kerana kadang A rasa seperti pengemis kerana meminta dari sang isteri yang halal.

Aku? Aku faham sangat apa yang A rasa, kerana aku juga berada di situasi yang sama seperti A meskipun penyakit vaginismus aku sudah pulih. Tetapi, hubungan kami suami isteri tidaklah serancak pasangan suami isteri yang lain.

Hal ini mungkin kerana, aku ambil masa yang agak lama untuk pulih daripada penyakit itu, mungkin suami sudah mulai rasa hambar meskipun aku sudah atasi penyakit ini.. Tapi, aku tak pernah sekalipun menceritakan masalahku kepada dia.

Jika dicerita kepada A, aku ini umpama pucuk dicita, ulam mendatang. Aku hanya setia jadi pendengar masalah A. Aku bersimpati dengannya, tapi tak pernah terfikir nak ambil kesempatan. Jadi, aku bagi pelbagai tips dan cara untuk A atasi masalah dengan isterinya.

Pelbagai jenis cadangan aku berikan kepada A, antaranya aku cadangkan A untuk pergi honeymoon dengan wife seperti awal perkahwinan, beli hair dryer untuk memudahkan wife keringkan rambut selepas mandi wajib, bawa wife pergi buat rawatan,

Kemungkinan wife ada rasa sakit di bahagian intim wanita kesan dari trauma bersalin, pillow talk dengan wife tentang masalah sebenar,dan macam-macam lagi.. Tapi aku tak tahu sama ada A ni ikut atau tidak semua cadangan aku.

Kemudian, A masih mencari aku beberapa hari itu kerana A berkata isterinya masih sama. Tidak berubah apa-apa. Aku mula bersimpati dengan A. Jadi pada ketika ini, A sudah mula fed up dengan isterinya dan mula mencari jalan haram untuk melegakan nafsu lelakinya yang sudah lama tertahan.

A mula meminta no telefon aku untuk berinteraksi secara lebih rapat. Tetapi aku tak bagi walaupun dipujuk rayu berkali kali, kerana aku masih menjaga status sebagai isteri orang. Aku tahu semua detail lelaki itu kerana dia yang beritahu aku.

A ni berusia lebih kurang 7-8 tahun tua dari aku, seorang bisnesman, stabil, good looking, ayah yang penyayang kepada anaknya dan lelaki yang agak kaya.

A pernah mengajak aku untuk berjumpa di negerinya dan meminta aku check in di sana dan melakukan hubungan intim bersamanya. Ketika itu, perasaan aku? Jangan ditanya. Kerana aku sudah mula goyah sedikit iman di dada, ditambah pula aku juga mempunyai masalah yang lebih kurang sama dengan A.

A memang offer untuk taja semua kos ke sana asalkan dia dapat bertemu denganku, termasuklah sudi untuk transfer berapa sahaja jumlah wang yang aku minta asalkan aku bersama dengannya. Sudah mula terniat niat ingin membuka langkah. Tetapi, hanya niat. Meskipun hati membuak-buak dan membentak untuk aku pergi sana. Akhirnya aku memilih untuk menolak ajakannya.

Ketika ini, aku mula rasa insaf, dan sedar yang conversation kami telah melampaui batas. Aku gagal jaga ikhtilat. Aku beristighfar semahunya.

Aku menangis di depan sejadah, kerana aku tahu aku takkan tergamak untuk khianat suamiku. Aku hanya dingin hubungan intim, bukan bermakna aku perlu jadi wanita murah untuk diratahi lelaki bukan halal untukku.

Aku slowly jarakkan diri dengan A. Memang tak berbalas dah chat di Oyen. Tapi A still keep pujuk aku dengan macam-macam cara.

Yang bikin aku terkejut, A berjaya dapatkan no telefon peribadi aku, nama aku, sosial media aku, dan juga gambar aku. Sedangkan aku private semua tu. Termasuk gambar aku. Sebab aku memang takda gambar dalam Oyen tu, nama pun nama pena sahaja.

Entah macam mana A dapat semua tu. A kata aku sangat cantik, macam wanita mahal. Nampak macam A dah obses dengan aku meskipun kami tak pernah bersua. Aku mulai rasa takut, marah, geram dengan tindakannya.

Akhirnya, aku memutuskan untuk hentikan conversation dengan A serta merta. Aku suruh A bertaubat, jangan tinggal solat dan cari jalan penyelesaian sendiri. Sebab aku hanya mampu tolong setakat itu saja.

Aku bertaubat di atas semua dosa aku lakukan, semoga Allah menerima taubat dan kuatkan hati dan imanku supaya tak terjerumus untuk berniat jahat dengan suami orang. Air mataku mengalir laju setiap kali aku menatap wajah suamiku, apatah lagi sewaktu suamiku sedang tidur. Aku ambil tangannya dan kucup semahu-mahunya.

Aku sayang suamiku kerana Allah. Aku rasa bersalah sangat dengan dia. Aku block akaun A di aplikasi Oyen, di whatsapp dan deactivate semua akaun sosial media aku. Aku juga ada mohon maaf dengan suamiku di atas kekhilafan ku suatu ketika dulu. Suamiku memaafkan kesilapan aku.

Kami suami isteri cuba untuk mengatasi masalah rumahtangga kami bersama. Aku sedar, toleransi dalam hidup berumah tangga ini sangatlah penting.

Aku juga pernah mengizinkan untuk suami berpoligami sekiranya dia tidak mendapat kepuasan nafsu batinnya dengan aku kerana aku faham itu fitrah semulajadi lelaki, tetapi suami tetap tak mahu.

Katanya, beristeri satu seperti aku sudah cukup kerana aku isteri yang sempurna di mata dia.. Lagipun perkahwinan itu perlu seiring dengan tanggunjawab dan amanah..

Kini, aku melayani hidupku dengan circle yang kecil bersama suami dan anak tersayang. Hubungan aku bersama suami juga semakin baik. Tiada apa yang perlu dikejar kerana dunia ini hanyalah persinggahan.

Semoga kisahku ini menjadi teladan kepada readers di luar sana. Ingatlah, bahawa sesungguhnya iblis ini akan mendatangi manusia dalam pelbagai cara. Meskipun permulaan sesuatu itu kelihatan baik, di pertengahan sudah mulai bengkok kerana campur tangan iblis kerana itu janjinya kepada Allah, untuk menyesatkan anak cucu Adam.

Dan jangan sesekali kita tinggal solat, sebab iman manusia ini bertambah dan berkurang. Kita yang perlu semai ia dengan kebaikan. InshaAllah..

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *