Tinggal Dengan Atok Nenek

Aku tahu, mesti ada yang dibesarkan atok nenekkan. Ini cerita aku, mungkin ada sama dengan orang, mungkin tak sama. Sekadar luahan dari aku yang kecil hati.

Aku dibesarkan atok dan nenek. Mak ayah selalu ambil aku tapi tak lama. Kalau atok nenek datang, mesti atok nenek akan ambil aku balik. Katanya aku kurus sangat, tak happy dan macam tak terurus. Adik beradik aku rapat2.

Tapi masa masuk sekolah ayah ambik aku balik. 2 tahun je aku sekolah dengan mak ayah aku. Kemudian atok nenek ambik aku sampailah aku masuk u.

Atok nenek aku dah tak ada masa aku masuk universiti. Aku sayang sangat dengan mereka.

Masa aku dalam proses membesar kadang-kadang aku rindu nak hidup dengan famili sendiri. Ada mak, ada ayah ada adik beradik. Satu famili jalan-jalan, buat aktiviti sama-sama. Aku hanya boleh buat aktiviti tu bila cuti je sekali sekala.

Oh ya, adik aku pun ada yang duduk dengan atok nenek sebelah mak aku. Aku ni sebelah ayah aku. Jadi aku dan adik jarang berkumpul dan jumpa.

Jauh ibarat seorang di selatan, sorang di utara. Tapi aku sayang adik aku tu. Hanya kami faham antara satu sama lain.

Jujurya aku terasa aku ni anak yang terpinggir. Aku sendiri boleh rasa dan nampak mak ayah aku lebihkan anak yang dia jaga berbanding dengan anak yang bukan dia besarkan. Walaupun mak ada pujuk2 aku.

Atok nenek dah tak ada tu aku memang duduk dengan famili sebab masa tu aku dekat universiti.

Mak ayah aku ok je dengan aku, mungkin sebab aku dah besarkan. Lagipun aku rasa seronoklah sebab duduk dengan mak, ayah, adik-adik.

Jadi aku lupakan ja lah benda-benda lama tapi bila ada terjadi sesuatu kadang-kadang aku rasa macam masih ada kecil hati.

Aku dah berkahwin dan ada anak. Anak aku dah membesar dan bila dia tengok gambar lama dia akan tanya macam-macam.

Antaranya kenapa masa mama, baby2 mama tinggal dengan nenek atok mama. Mama tak ada adik beradik? Mama kenapa tak duduk dengan nenek? (nenek ni maksudnya mak aku). Siapa hantar mama pergi sekolah dulu?

Susah kadang-kadang nak explain dekat dia. Bila explain, teringat sesuatu auto rasa something.

Masa anak sulung aku lahir, aku pantang di rumah mak ayah. Ayah aku ada kata tinggal la baby dekat sini, mak jaga. Seminggu sekali datanglah ambil dia.

Aku terus kata tak boleh. Nak jaga sendiri. Susah senang, anak depan mata. Lagipun laki aku mestilah tak akan setuju.

Aku tak tahulah orang lain tapi aku masih ada terasa kecil hati. Aku bukan berdendam dan tak bersyukur atok nenek besarkan dengan penuh kasih sayang tak terhingga. Tapi tetap ya ada something yang tak seronok dalam hati.

Contoh, bila adik-adik aku bersuka ria sesama mereka tak ada ajak aku, aku terasa. Aku duduk bukanjauh sangat dengan mak ayah. Setakat setengah jam dah sampai.

Last aku pergi rumah mak ayah aku, masa raya aidilfitri. Lepas tu aku tak ada datang sebab adalah perkara yang jadi. Mungkin dia orang ingat biasa, aku sibuk dan anak sekolah. Tapi aku sebenarnya sedih. Jauh dalam sudut hati aku ada luka yang berparut.

Aku nak nasihatkan yang berpisah ke, yang sibuk sangat kerja ke, tetaplah jaga anak sendiri. Jangan pisahkan anak-anak. Susah senang jagala sendiri.

Percayalah kalau korang tak jaga, bila dia besar nanti dalam hati anak yang korang tak jaga tu walaupun dia ok, dia nampak bahagia masih ada sekelumit rasa yang susah nak dihuraikan. Ibu bapa janganlah bezakan anak-anak.

– Sufiyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Awak rasa Allah jadikan awak utk apa? Awak pernah fikir tak knp Allah uji awak?
    Awak rasa berbaloi ke masa awak hidup dlm bersedih ni? Awak sedar tak cara fikir awak ni menjadikan awak seorg yg pesimis? Apa yg awak kurang skrg, apa yg awak ada? Adakah kekurangan tu akan menjejaskan hidup awak sepenuhnya? Klu semua org tak pandang atau tak kisah dgn awak, kasih syg Allah tu tak cukup ke? Perhatian org yg rapat di sekeliling awak dah tak penting ke? Apa yg awak nk ajar & didik pd anak awak sbnrnya?
    Dan awak nak Allah pandang pd awak mcmna?

    Ingat, harapan pd manusia kita mudah kecewa tapi pengharapan sebenar- benar pd Allah itu tidak sia- sia

  2. Saya mintak maaf, tp pd saya, atuk n nenek awk pon xpatut ambil awk blk setelah awk dduk dgn ibu bapa n kluarga.., sbb tu awk rse jauh hati dgn mreka.. atok n nenek awk patut tahu yg ibubapa awak yg berhak ke atas awk, dan xkacau mreka utk jaga ank2.. sbg ibu, awk ingat senang ke ibu awk nk melepaskan awk (kpd kluarga mertua pulak tu), utk mreka jaga.., klaw ibubapa dia sendiri yg jaga pon mngkin ada yg dia x stuju, inikan pula kluarga mertua.. bila dh besar, ank2 pulak yg rse parents diorang lebihkn adk bradik yg lain, mmg ‘lumrah’ lah begitu, sbb diorang dduk lama dgn mereka.. xpayah kecik2 hati.., skrg atok nenek tu dah xde, so awk kna ‘catch-up’ je dgn apa yg dah ‘tertinggal’.. ibarat seorang ank yg dah bertahun2 xpernah jumpa ibubapa nya.. w/pon pelbagai ‘persoalan’ yg mngkin timbul dlm benak hatinya, tp bla dia dah jumpa, dia akn cuba ‘catch-up’ dgn kehidupan ibubapa nya, walau pon mngkin ‘kekok’ pd awalnya, sbb xpernah hidup bersama, tp kehidupan yg seterusnya perlu ditempuhi dgn harmoni.. wallahu a’lam

  3. time atok nenek nak ambil jaga tu kenapa parent dia tak halang?
    dah tetiba nak harapkan anak je kena paham tapi sebarang penjelasan

    kalau keja kat memana syarikat pun, ada guideline lengkap takde pekerja tercari cari nak paham syarikat.

    tiba tiba bab famili, anak yang ditinggalkan plak nak kena paham kenapa orang tua dia buat macam tu..

    ibarat nak suruh anak umur bawah 7 tahun pulak yang kena paham kenapa orang tua yang umur lebih dari 20an buat macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *