Tersuka Senior Tanpa Sengaja

Hi Assalamualaikum untuk para pembaca, di sini aku ingin meluahkan kerana sudah lama pendam dan hampir 2 tahun aku pendam perasaan ini sendiri.

Kisah ini bermula waktu aku belajar di IPT, Kolej Komuniti. Haaa negeri mana tu mesti korang tahu, orang panggil “red flag” tu.

Waktu tu aku ni dikira junior dia lah, baru masuk belajar dekat situ. Dia waktu tu dah final semester. Aku tak kenal sangat dia, nampak pun jarang-jarang je waktu kelas. Dia banyak tolong kitaorang waktu kitaorang junior dia dahulu.

Waktu aku di semester kedua, dia dah tak ada. Dia dah keluar intern. Waktu tu aku tak ada apa-apa lagi perasaan, just as senior and junior la ibaratnya.

Then aku dah masuk alam intern. Aku pilihlah tempat intern aku tu dekat tempat tinggal aku. Of course lah kan. Aku intern dekat satu kedai ba**** dekat K*.

Mula-mula aku pergi interview tu tak nampak lagi dia sebab dia bahagian production atas, aku interview dekat dalam office.

Hari pertama aku intern, alangkah terkejutnya aku tengok dia dan tak sangka dia cam & kenal aku. Dia mula perkenalkan aku dengan orang lain dan sejak dari situ kami mula rapat — makan sekali, rehat sekali.

Rapat itu aku tak boleh nak ukirkan macam mana. Dan aku start mula suka dia. Aku tunjukkan effort aku dekat dia tapi tak tahu lah dia nampak ke tak yang aku suka dia.

Aku takut nak confess. Aku takut dengan dua jawapan je kalau aku confess.

Satu, takut dia reject aku dan kedua aku paling takut jawapan “aku hanya anggap kau kawan je, tak lebih.” Sehingga sekarang aku masih simpan rasa itu. Tapi takdir Allah siapa yang tahu kan?

Hujung tahun lepas kami sama-sama meletakkan jawatan.

Oh, by the way lupa nak cakap, lepas intern tu aku sambung kerja dekat situ terus. Majikan serap aku terus dan sebab tu lah aku boleh cerita ni.

Kami sama-sama meletakkan jawatan pada hari yang sama dan tarikh yang sama kami last kerja di situ.

Aku terkejut dan tak sangka dia nak berhenti jugak. Aku diam tanpa berkata apa-apa dan sampailah tarikh terakhir kami bekerja (pada bila tu rahsiaa).

Aku ingat sampai sekarang ayat last dia, “jaga diri baik-baik dan good luck sambung belajar, semoga jumpa lagi.”

Hati aku berkecai. Rupanya selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan. Dan perasaan yang aku simpan itu aku kuburkan.

Tapi semakin aku nak kuburkan perasaan itu, semakin dekat dia dengan aku. Dan adakah dia jodoh aku?

Perasaan itu tetap ada sehingga sekarang walaupun perpisahan itu hampir 2 tahun dah. Perasaan yang macam mula-mula aku rasakan masih ada di hati.

Adakah kami akan jumpa lagi nanti? Aku tak berharap lebih. Aku cuma minta nanti jika diizinkan Allah, semoga aku ditemukan semula dengan dia di lain waktu.

Korang rasa salah aku ke sebab tak luahkan perasaan itu? Korang rasa kalau aku confess waktu tu dia terima aku tak?

Aku masih salahkan diri aku kerana takut meluahkan perasaan dan simpan perasaan ini seorang diri. Aku terkilan sebab sifat takut untuk confess, aku hilang orang yang aku sayang.

Kini aku teruskan dengan kehidupan aku sebagai seorang pelajar degree di UiTM. Masih di semester ke-2.

Alhamdulillah aku teruskan hidup aku walaupun perasaan yang sama masih ada. Aku akan tetap mencintai dia dan aku akan kuburkan bila aku tahu dia sudah berpunya.

Doakan aku kuat, kawan-kawan, dan doakan aku terus success. Terima kasih kerana sudi membaca.

Aku masih takut untuk meluahkan perasaan sehingga kini. Aku tak tahu macam mana nak buang perasaan takut tu — jawapan yang aku palinggg takut.

Semoga aku ditemukan dengan jodoh yang baik-baik. Doakan aku.

– Bunga kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *