Menzalimi Diri Sendiri

Salam semua. Di sini saya nak bertanya pendapat dan sangat buntu. Saya harap dapatlah otak saya ni terbuka sikit. Berikan saya sedikit jawapan.

Saya dah berkahwin 11 tahun, anak tiga orang.

Di awal perkahwinan, segala dugaan masih dapat saya hadapi walaupun perit. Dikala tahun ke-11 berkahwin, si anak tunjuk handphone ayahnya yang terang, dia tanya, “Apa tu mama?”

Wallpaper suami masa tu gambar bogel entah siapa punya, entah. Terkedu saya tengok. Saya agak terkilan sangat-sangat, suami tidak menghormati saya sebagai isteri.

Dan mula lah saya nak mengungkit segala keperitan yang dia pernah bagi sepanjang perkahwinan ini.

Dia pernah guna duit saya RM30K tanpa izin dan sampai sekarang ni duit tu tidaklah kembali ke saya. Gunakan saya untuk beli kereta BMW (sebagai penjamin), beli itu ini dengan nama saya sebab saya ada slip gaji.

Masa anak pertama, pernah kantoi bersayang-sayang, “darling-darling” dengan perempuan Thai dekat apps apa tah. Saya maafkan.

Pernah kantoi ‘horny call’ dengan perempuan entah apa-apa… saya maafkan lagi. Dia memang suka ‘maksiat mata’. Saya masih diamkan & maafkan. Masih bersabar.

Nafkah pun bagi asalkan ada dan tak tetap, dan sekarang pula beberapa tahun ni dia ada satu peel, pinjam duit sana sini untuk cover hutang-hutang yang dia pernah buat.

Kerja insurans tapi berlagak macam gaji puluh-puluh K, pakai BMW (tambah-tambah hutang) padahal ada je kereta lain. Rumah pun potong gaji isteri.

Disebabkan dia kerja insurans, nak dapatkan duit cepat dia sanggup menzalimi diri sendiri untuk dibedah (masuk wad) supaya dapat pulangan (claim insurans). Masuk wad berkali-kali (menzalimi diri sendiri) untuk claim insurans.

Benda ni berlaku berkali-kali. Sanggup kan? Tapi still hutang masih banyak, sebab yela dapat hasil dari sumber yang ‘haram’, begitulah.

Sebagai isteri, saya dah pernah tegur tapi itulah, masuk kiri keluar kanan. Dia banyak masa di rumah, boleh je cari rezeki dengan banyak cara tapi bila dah malas kan, banyaklah alasan. Tidur je memanjang. Penat lah.

Motor ada, kereta ada, buatlah Grab ke Panda ke Lalamove ke, buatlah sesuatu yang mendatangkan hasil, tapi ini tidak. Tidur lebih penting.

Bangun tidur, tengok movie sampai sudah. Sebab dia sejenis nak kerja yang hasil terus dapat hasil banyak, adoi lah. Saya penat lah.

Lepas kantoi dia buat wallpaper “tek” orang lain tu, saya buat silent treatment beberapa hari dan saya tersedar yang sepatutnya saya kena bercakap dan menegur dia.

Saya minta bantuan kakak ipar, abang ipar dan adik ipar saya untuk bertanya pendapat dan untuk minta bantuan supaya dapat menegur saudara mereka ni.

Saya slowtalk dengan dia lepas dah buat silent treatment tu dan minta dia berubah dan carilah kerja yang lebih menjamin kehidupan. Tapi tetap sama, masih malas dan stress tak cukup duit.

Sebagai penjamin kereta BMW yang dah tertunggak dua bulan, saya juga dicari oleh pihak bank.

Baru ni dia buat overlap emas saya yang di dalam Ar-Rahnu tu untuk mendapatkan duit lebihan. Emas kan tengah mahal sekarang. Lepas tu, ni sekarang tengah ‘outstation’ kat dalam wad (masuk wad lagi).

Saya dah penat lah. Perlu ke saya ke unit kaunseling? Dia ni dah tiada mak ayah untuk menegur dia… Saya stress dengan perangai dia.

Dia baik je, tak kasar, tak naik tangan tapi sangat mengganggu jiwa raga saya nak berhadapan dengan dia selepas-selepas ini.

Bagi pendapat awak semua… Kalau ke unit kaunseling, kat mana nak mula ya?

– Isteri Buntu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Assalamualaikum Puan. Puan boleh mengadu ke Pejabat Agama yg berdekatan dgn tempat tinggal. Jumpa pegawai yg berada di kaunter, dan nyatakan hasrat untuk dptkan kaunseling bg mnyelesaikan masalah Puan untuk berhadapan dgn suami yg seperti diceritakan tu. Pegawai di situ akan cuba membantu. Ke pejabat agama bukanlah hanya bertujusn utk bercerai semata2, kerana di situ pasangan suami isteri boleh dptkan kaunseling rumahtangga jg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *