Universiti Adalah Tempat Belajar, Bukan Tempat Kumpul Dosa

Assalamualaikum.

Terima kasih admin sebab approve confession saya.

Saya bukan student UIA. Saya dari sebuah IPTA yang biasa-biasa. Yang mana persekitaran agak ‘bebas’ dan ‘terbuka’.

Tak kira lah universiti islamik ke, universiti biasa ke, benda-benda ni sangat common dengan kehidupan pelajar universiti.

1. Pergaulan bebas.

Saya tak tahulah sama ada saya yang sangat over atau benda ni memang salah. Saya tak faham kenapa kena lepak keluar makan campur lelaki perempuan? Pergi jenjalan shopping lah, hiking Broga lah, berkelah bbq tepi pantai lah, vacation sana sini, kenapa mesti pergi lelaki perempuan?

Lepas tu masa borak-borak boleh pulak main tampar-tampar lelaki perempuan. Ingat kita semua ni budak tak mumayyiz lagi ke nak main tepuk amai-amai campur lelaki perempuan? Err. I just can’t. Bila orang lain tegur baik-baik, jeling 360°.

Kalau study group atau discussion, memang kena campur lelaki perempuan juga ke? Tak boleh belajar ke kalau tak campur? Macam lah species sama macam awak dah pupus ataupun yang ada semua tak pandai. Lelaki pun ada yang pandai, yang boleh tolong ajarkan. Kenapa nak belajar dengan perempuan? Yang perempuan pun sama. Dah habis ke perempuan-perempuan yang pandai dan yang sudi ajar sampai kena belajar dengan lelaki?

“Eh. Belajar aja. Bukannya buat benda dosa pun.”
“Eh. Bukannya suka dekat orang tu pun.”
“Eh. IQ lelaki dan perempuan berbeza tau.”
“Eh. Yang sama jantina semua sombong tak nak ajar.”

Tak. Memang lah awak bukan pergi berpelukpun dengan yang bukan mahram. Tapi pernah dengar istilah ikhtilat tak? Ikhtilat means percampuran / pergaulan lelaki perempuan. Hukum asal adalah haram. Jadi harus bila dalam keadaan darurat atau hajat. Darurat tu macam nak selamatkan nyawa ke, apa ke. Hajat tu macam jual beli ke, belajar antara guru dan pelajar ke. Tapi bersyarat dan wajib dipatuhi, which is, tundukkan pandangan, serius dalam bicara, tutup aurat sempurna, tidak meleret, tidak bersuara gedik dan sebagainya. Boleh rujuk dalam kitab جواب الكافي لمن سأل دواء الشافي.

Tak. Bukan kawan awak tak nak ajar, cuma awak tak minta. Kalau minta pun, effort tak nampak. Takkan kawan awak nak terhegeh-hegeh pergi dekat awak nak ajar awak. Plis. Stop making excuses.

2. Berkapel.

Okay. Memang lah berkapel tu termasuk dalam pergaulan bebas. Tapi saya saja nak letak as second point supaya orang nampak benda ni besar.

Keluar makan, keluar dating. Rasa-rasa tu benda bagus tak? Allah redha tak? Even dekat u tak ada parents yang pantau 24/7 pun, kita ada Allah yang sentiasa alert dengan setiap action kita. Even kalau parents awak tak kesah pun, still, benda ni salah.

Otp sampai pukul 1-2 pagi. Tolonglah ada perasaan perikemanusiaan sikit. Roommate awak nak tidur, awak duduk otp, mengekek tengah-tengah malam. Awak rasa perlahan je suara, tapi masih menganggu. Takpun otp masa orang buat kerja group. Awak pulak bangun pergi otp dalam bilik. Eh. Kerja group, buatlah sama-sama. Tak ada maknanya groupmate awak nak datang rumah awak semata-mata nak tunggu awak habis otp.

3. Boys/Girls talk.

Kalau lelaki tak habis-habis cakap pasal ‘aset’, ‘body’ perempuan. Tolong lah jangan sangap sangat. Memang tak ada topik lain ye yang boleh dikupas?

Kalau dalam group whatsapp tu, korang ingat tu group korang je? Dirty talks dalam group kelas. Tak fikir langsung pasal orang lain. Ada opposite gender ke dalam tu. Ish. Allah bagi akal tu, gunalah. Allah bagi sifat malu tu, janganlah letak tepi.

Kalau perempuan tak lari dari bergosip orang tu tak cantik lah, lelaki tu hensem lah, artis tu bercerai lah. Macam mana nak maju kalau duduk buat ketupat je memanjang? Sedap ke makan daging saudara sendiri?
Mata tu memang nak cuci dengan usha lelaki je ke?

4. Lectures.

Please lah. Tolong lah. Hormat lah lecturer. Berhenti lah kutuk-kutuk lecturer dekat belakang. Dah korang ponteng, lecturer bar exam, memang tu tugas dia. Yang nak maki-maki lecturer korang tu buat apa?

Lecturer marah sikit, maki lecturer dekat belakang.

Lecturer bagi markah rendah, kutuk lecturer kedekut markah lah, ajar tak fahamlah. Kalau tak faham, tanya. Ni tak. Bila dapat markah baru nak bising. Dah awak ponteng, suruh kawan sain attendance, memang lah tak faham.

Kalau nak list lagi, the list won’t stop. Trust me. Tapi, this is one of my biggest concern.

Saya tak kata saya perfect. Cuma, sama-samalah usaha jadi baik. Bukan bila kita dah tak dikawal parents, felo, kita dah bebas dari kawalan Tuhan. Allah tu ada. Sentiasa ada.

Maaf salah silap.
Assalamualaikum.

– Tak Suci Dari Dosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit