Picky Eater @ Makan Ikut Mood?

Salam dan hi semua. Saya Papa kepada anak bernama Atan.. Saya nak cerita tentang trend pemakanan Si Atan yang semakin tidak konsisten.

Atan umur 4 tahun, dalam rawatan pemulihan sebelum di diagnos tepat sama ada mild autism atau tidak lantaran spectrum autistic padanya kurang jelas pada doktor. Saya dan ibunya akan terima saja segala kemungkinan yang ditentukan nanti.

Isunya adalah, Atan sejak berusia 4 tahun mula enggan makan secara konsisten.

Dari usia setahun lebih dia dah mula makan pepejal tanpa banyak songeh. Apa2 yang kami beri dia telan je. Nasi berlauk, nasi goreng, kuih muih, buah2an dan lain2 tidak kisah untuk dia makan.

Malah, makannya betul2 mengikut portion yang sesuai dengan tumbesarannya yang kadang2 dah lebih sepinggan nasi pun dia minta lagi. Sayur pun dia makan.

Kalau di taska, memang staff2 taska kata Atan paling mudah diberi makan sebab tak memilih.

Cuma, hanya yang berlembik atau berkuah seperti bubur atau kuih talam memang dia tak mahu selain sebarang yang berjurai seperti mi. Sayur berdaun pun dia tak mahu sebenarnya. Pada kami itu bukan masalah, janji dia makan.

Atan juga tidak kami dedahkan dengan junkfood termasuk jajan, gula2 dan air bergas. Kalau pergi kedai ke, memang tak pernah dia merengek nak beli apa2. Kek dan aiskrim sesekali kami beri sebab Jami pun craving juga bende tu kadang2… hehehe.

Kiranya, dengan gaya pemakanan dia tu, berat n tingginya memang ideal sangat2. Sakit pun jarang2, hanya pernah demam berlarutan seminggu sampai masuk wad pada usia 2 tahun. Selain tu sangat jarang tak sihatnya, alhamdulillah.

Menginjak usia 4 tahun sebulan dua ni, trend pemakanannya berubah sama sekali. Nasi langsung tak nak makan. Roti pun yang dulu dia suka makan kini ditolaknya.

Dia dah mula pilih makanan2 tertentu je untuk dimakan hari2 antaranya buah pisang, tembikai, karipap, ayam goreng crispy, nugget dan keropok lekor yang dia tak kisah untuk makan berulang2.

Maka, menu2 tulah saya restok selalu sebab ada masa dia main request apa dia nak jika kami tak sediakan.

Sebenarnya, dia masih belum boleh berkomunikasi. Cara dia request adalah tunjuk gambar pada poster yang kami tampal di dapur. Yang penatnya, tadi dia tunjuk karipap, dah siap goreng dia tunjuk nugget pula.

Dah makan seketul dua dia tak nak makan habis pula sebab biasanya dia akan makan 6 ke 8 ketul makanan2 frozen tu. Tiba2 juga sesekali dia nak pisang pula. Sungguh, ibunya penat nak layan.

Tapi kenapa saya yang buat confession ni? Sebab bila ibunya tak layan setelah 1 menu yang dia buat, saya terpaksa take over pastikan Atan akan kenyang walau apa pun yang dia nak.

Saya sejenis bapak yang tak mahu anak berlapar sedangkan ibunya penat nak layan walau saya yang lebih banyak spend time dengan Atan pada pagi dan petang.

Kami berdua bekerja tetapi saya prefer balik on time sebab tahu kat taska dia tak makan tengahari. Itu yang staff2 taska laporkan setiap petang semasa ambil Atan. Setiap pagi kami bekalkan makanan yang dia suka tapi ada kala tidak dimakannya

Seminggu dua ni keadaan semakin meruncing, Atan hanya nak nugget dan donut pagi petang siang malam. Kalau tiada, dia rela makan biskut sahaja.

Kiranya dia memang nak makan, nak kenyang tapi dia ikut suka hati dia nak makan apa. Memang pening kepala saya apa punca perubahan pemakanannya ni.

Adakah ini simptom biasa bagi budak autistic? Atau ini juga biasa berlaku pada budak normal?

Atan satu2nya anak kami. Prinsip kami, once Atan cukup makan, dia tak akan buat hal, tantrum, merengek tak tentu pasal, sukar tidur dan sebagainya yang mungkin menganggu ketenangan kami berehat waktu malam selepas balik kerja.

Alhamdulillah, semua tu tak pernah berlaku even sekarang pun bila ada makanan dia nak stok dah habis. Dia relax je terus main atau tengok TV. Tak tahulah sampai bila.

Yang pasti, bila makan kat kedai elok saja dia makan nasi berlauk kelmarin. Ingatkan dia dah ok, semalam sediakan nasi lauk ayam dia makan ayamnya sajalah pula.

Saya try bagi jajan (potato chips), syukur dia tak nak. Susu memang dia dah tak minum sejak usia 3 tahun lebih. Tunjuk tin susu pun dia tolak. Habis ikhtiar pula rasanya ni.

Saya alu2kan respon ibu ayah yang ada dan pernah ada anak seusia ini yang mungkin pernah terjadi situasinya. Bimbang pula saya sebab badannya dah mula susut. Bimbang sakit pula yang dapat. Allahu.

– Papa Atan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *