Crush Yang Tak Kesampaian

Assalamualaikum korang. Nama saya Icha, bukan nama sebenar… Macam biasalah masuk sini sebab confession jer kat seorang crush kat tempat kerja. Macam biasalah… Aku kerja biasa-biasa jer as a cleaner kat hospital swasta yang terkenal kat ibu kota ni. Malas bagitau nama tempat, nanti ada yang perasan, haha…

So, nak dijadikan cerita, kerja as a cleaner memang memenatkan dan membosankan. Asyik buat benda yang sama setiap hari kan? So, kalau ada crush kat tempat kerja ni, taklah membosankan kan? Kau direct kerja seminggu pun sampai lupa masa rest day pun iya, hahaha…

So, nak dijadikan cerita, saya ni muka biasa-biasa jer… Tak delah cantik mana pun. So, masa first day kerja tu, nampaklah satu mamat ni, kawan tu perkenalkan dari jauh… Katanya tu lah supervisor kita. Aku nampaklah dia biasa-biasa jer… Rambutnya pun belah tepi… nda bah hahaha…

Mula-mula aku tak perasan la dia macam ada crush kat aku kan. Since dia pun supervisor kat tempat kerja. Then, memang rupa dia pun ada juga… So, aku tak terfikir pun dia minat kat aku.

So, ada satu hari tu masa training kat hospital untuk cleaner, dia yang handle masa tu. Mula-mula cara dia pandang aku balik-balik, aku buat macam biasa jer… Maybe sebab dia nak tunjuk macam mana buat cleaning ikut SOP hospital kan? Tapi makin lama makin kerap dia pandang aku… Sampai aku pun rasa ada connection di situ haha…

Mula-mula tu kawan-kawan memang balik-balik panggil nama saya sebab nak tunjuk cara-cara mop yang betul macam mana kan… Aku ok jer walaupun kawan tu ada ciri-ciri sarcastic masa tu…

Oh ya, sebelum training tu pun aku perasan cara dia pandang aku… Cara dia bercakap dengan aku lembut sangat… Korang boleh relate kah macam mana feeling dia… Rasa something kan? Sedangkan dengan kawan-kawan yang lain pun part-time yang baru dia tak explain pun macam tu hahaha…

Ok, day by day time pass away, cehhh macam lagu Westlife pula dah haha… Kalau time weekend saya perasan bila dia yang in charge, dia akan duduk kat ofis dengan baju biasa jer… Dia tak pakai uniform. Dia akan duduk kat kerusi assistant manager dan bila pintu TERbuka dia akan pandang arah pintu dengan muka berkerut… Aku tak faham kenapa haha… Setiap kali dia in charge macam tu jer situasi dia…

Ada sekali tu, nampaklah yang dia tengah cek punch card… Sebab memang aku jer yang selalu datang lambat kerja kan… So, assistant manager memang sensitif lah dengan orang-orang yang selalu datang lambat ni… Aku tahu mesti dia tengah cek punch card aku hahaha…

And then masa tu ada kawan sekerja yang berlawanan jantina dengan saya menegur saya sebab tengah berlari-lari anak menuju ke mesin punch card… Katanya “Eh eh… Jangan berlari-lari…” tu jer kot dia tegur aku…

Then tiba-tiba si crush tu naik hanginnn… Haha tak memasal yang ada kat situ dia sound… Yang salah roster dia suruh balik… Tak pernah lagi aku dengar dia badmood macam tu… Yang belum sign attendance dia call marah-marah… Tapi aku still tegur dia… “Amboiii garangnya…” Tapi dia takde pulak nak menempelak aku ke apa kan… Takde… Dia pandang aku macam tu jer…

Habis tu aku keluar dengan kawan… Pastu ada kawan lelaki tegur, tanya “Ko ada biskut tak?” kat kawan aku kat sebelah… Aku jawab selamba “Aku ada” sambil keluarkan biskut dalam beg dan bagi pass kat kawan tu… Kawan tu bagi kat kawan lelaki tu pula… Pastu korang tau tak masa aku toleh kat crush yang masih ada dalam ofis tu, dia pandang aku semacam jer… Aku lagilah tak keruan kan…

Rupanya dia jeles lah kot… Bukan sekali tu jer… Asal aku bercakap dengan kawan sekerja yang berlawanan jantina, mesti dia hangin satu badan… Aku pun pening… Tapi ada masa tu dia balas balik pula dengan dia bercerita kat kawan perempuan lain… Ada masa aku pun jeles sendiri… Tiberr kan…

Lepas tu, apa yang tambah buat aku perasan kat mamat ni… Biar aku bagi nama dia Michael… Sebab dia non-Muslim, molek la nama tu diberi… Dia tiap kali orang-orang yang mentioned nama aku kat grup untuk buat itu ini kan… Dia pasti akan back up aku… Dia akan mentioned nama orang lain pula yang sama-sama assigned kat floor yang sama dengan aku…

Lagi ketara bila kawan-kawan lain mengadu kat ofis time aku tiada… Dialah yang akan back up aku… Ni kawan aku sendiri yang cerita… After saya meluah kat sorang bestie ni… Bukan sorang jer cakap macam tu…

Baru-baru ni pun kawan yang dah berhenti kat tempat kerja tu pun bagitau benda yang sama… Si Michael ni tak bagi dorang marah-marah kat aku… Aku macam wow… Best kan bila tahu orang yang kita crush sama tu selalu back up kita…

Bukan setakat tu jer… Bila ada defect kat tempat kerja dan up kat grup, dia laju jer mentioned facility. Bila yang lain up kat grup, ada lambat responnya… Kadang tak respond pun… Tu yang aku macam makin di awang-awang an… Haha. Dan lagi satu… Bila dengan aku dia tak banyak bercakap pun… Cakap hal-hal kerja jer…

Tapi dengan yang lain ok jer dia berhuha huha… Bila aku buat lawak dia langsung tak respond pun… Aku rasa macam ehh… Apasal pula mamat ni… Dia marah ke kat aku… Dia anti aku ke? Faham tak? Haha… Biasanya orang yang ada feeling kat kita ni, dia bila dengan kita macam dia gugup pun iya gak kan dengan kita… Aku pun sama… Hahah…

Lepas tu kan… Work as a cleaner ni kadang bila ada cleaning tools yang defect, biasa kita minta kat assistant manager or kat supervisor la kan… So saya biasa akan chat dia lah untuk minta ganti itu ini… Sebab dengan dia ni jer dia tak banyak songeh haha…

First time aku minta ganti berus sinki tu, minta kat manager so dia suruh aku tunggu kat si Michael ni la… Aku pun tunggu lah dengan perasaan yang dup dap dup dap kat ofis tu hahaha…

Tapi tulah, aku lah yang kadang-kadang tak dapat control perasaan rindu tu… Bila cuti, kadang aku chat dia pastu delete balik… konon-konon salah send lah konon… Tapi dia langsung tak respond pun at first…

Oh ya, mula-mula aku tak tau pun nombor telefon dia ni, sampai lah ada satu waktu kawan bagitau, “Kalau kau nak minta tukar apa-apa jer, kau chat jer si Michael ni… Dia bagi jer tu…”

Aku cakap, “Ala… Aku tak tau pun nombor dia yang mana satu.” Ala, kawan tu cakap, “Kau chat jer yang ada gambar jantung-jantung tu… Dia lah tu Michael.” Haha… Aku pun apalagi, hepi lah kan… Ingat lagi benda first aku chat dia, aku bagitau tak dapat join project buat cleaning staircase… Sebab masa tu ada opening clinic Dr. Hana… Dia suruh aku buat jer dulu clinic Dr. Hana tu.

Tapi dari situ lah aku spot dia ni jenis yang banyak query… Kenapa… kenapa… kenapa… semua dia nak question. Sebab masa tu aku cakap nak buat cleaning clinic Dr. Hana… Dia pula question aku, “Kenapa? Lama sangat ke nak buat clinic Dr. Hana tu?”

Aku macam, “Ehhh mamat ni… banyak soal pula dah…” Masa tu dia voice siakkkk… Aku tak berani voice balik haha. Memang aku jenis yang tak suka voice-voice ni… Ke memang dia nak dengar suara aku, tiba-tiba? Hahahaha…

Ok, weekend seterusnya pun tiba… Macam biasalah, dia akan tenung aku dulu sambil kerusi dan badan dia menghala pintu masuk office… Then dia akan buat aku dupdap-dupdap macam selalu… Kami tak banyak cakap kalau jumpa… Tapi macam saling nak bertemu jer… Korang faham tak situasi tersebut? Haha… Macam bunyi-bunyi perasan pun ada kat situ, yer dakkk? Haha…

Then masa petang tu, habis project kat kitchen, aku buka pintu office sambil bertanya kat si dia… Lepastu dia jawab, “Korang dah rest ke belum?” Sebab jam 4 memang kami akan rest half an hour lah macam tu… Tapi mata dia tak berkelip korang masa tu…

Kami saling merenung tapi akhirnya aku jua yang kalah… Sambil menahan gelak… Facility yang ada kat sebelah dia pun tersenyum seolah-olah faham akan pandangan mata tersebut haha… Aku tak tahan gelak punya pasal, sambil-sambil buat soalan bodoh kat kawan aku yang sedang menunggu aku kat belakang masa tu…

Aku cakap, “Ala lepas ni kita pergi level 1…” Sebab masa tu balik-balik si Michael tanya, “Korang dah rest ke belum?” Tapi aku sibuk nak tanya soalan, “Lepas ni kami buat apa?” Tak jawab pun lagi soalan si crush… Walhal kawan dah bagitau kat WhatsApp lepas ni kami ke level 3 buat cleaning kat sana.

Tapi pura-pura tanya juga kat si crush, tanya, “Kami pergi mana lepas rest?” Haha… Tapi akhirnya si Michael explained lah, “Lepas ni kamu bla… bla… bla…”

Ok pastu kan, another hint he has given me is… Ada one day tu aku macam stuck kat dalam locker ladies and gentlemen hahah… Because forgot to bring the access card kan… Masa tu tengah rest… Aku macam ambik botol air dalam locker… Masa masuk tu aku ikut jer SPV masa tu…

Then bila aku tinggal sendiri dalam tu, aku apalagi panic lah call kawan… Kawan pula masa tu tak dapat di-call, rupanya time tu tengah sibuk call kakak dia… Kawan yang satu tu aku malas dah call… Memang jenis yang lambat sambut call…

And kebetulan masa tu manager kami memang ajak makan semeja masa kat kantin tu… Tapi kami jenis yang malu-malu kucing… Tak nak duduk semeja… Nak duduk tempat lain gak hahaha nervous gilakk! Duduk makan dengan manager pula tu hahahaha… Mau tak nervous haha…

Then aku masa tu tak fikir panjang… Terus terfikir si Michael ni… Mula-mula call, aku cuba lembutkan suara aku sehabis mungkin haha… Sebab ramai yang cakap suara aku ni bila orang dengar halwa telinga tu sedap didengar… Ni motivator bisnes aku yang cakap tau… Biasalah guru bisnes kan, dia nak kita jangan malu bercakap lagi-lagi masa buat video…

Aku ni memang ada bakat buat bisnes herba dulu… Sekarang jer ni tak aktif sebab dah sibuk kerja kan… So, korang tau tak masa Michael jawab call tu, ganas dia macam mana… Boleh tercabut jantung tau… Ntah lah mungkin dia nak cover suara ke camna… Tak taulah aku haha… Tapi finally lembut jer dia bercakap dengan aku… Tapi macam biasalah dia jenis yang banyak query…

Since dia pun SPV kan, so tak heran lah… Dia tanya lah mana aku punya access card kan? Sebab memang semua akan dibekalkan dengan access card untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan. Di setiap level kami akan di-provided kan master key lah… Tapi tak semua tempat juga kami boleh access… Ada certain areas yang tak boleh access kecuali orang-orang tertentu macam si Michael and so on lah…

Aku pun jawab lah dengan si Michael, access card aku tinggal kat atas… Then sambil bercakap dalam Italian tu maybe, sambil dia berjalan lah menuju tempat yang aku terlocked dalam tu kan haha… Then masih terdengar suara di hujung Italian yang dia tengah bercakap dengan someone… Sampailah dia bukakan pintu masuk locker tu… Then bila dia buka pintu tu aku macam tercengang nampak dia…

Wow, macam makin hensem siakkkk hahaha… And yess masa tu dia memang bercakap dengan awekkk siakkk… Ada lah jeles sikit-sikit haha… Sebelum keluar aku say thanks juga dekat Michael… Tapi dalam hati dah berbunga-bunga dibukakan si dia yang ku cintai… Cia… cia… cia hahaha…

Pastu aku masa kat meja makan bagitahu lah kat kawan tu namanya si Mala… Satu lagi yang aku rapat… Aku panggil Rina… Masa ni aku belum berani lagi cerita kat Rina yang aku ada feeling crush on him hahahaha… Masa bagitahu Mala pun, Mala kehairanan… Yelah kan, tiba-tiba pula minta buka pintu dengan lelaki…

Katanya, “Eh, rapat pula kau sama si Michael… Si Nelly tak berapa baik tu dekat dia… Macam dorang pernah ada sikit konflik lah lebih kurang… Aku pun tak faham… Dia tak explain secara details…” Huhu…

Tapi aku macam tak boleh lupa siakkk moment tu… Macam yang dalam drama TV3 pukul 7 tu… Moment dia bukakan pintu locker tu haha… Auchhh macam Cinderella dibukakan pintu sang prince charming… Dapat bayang tak? Hahaha…

Then, ada satu peristiwa tu… Aku macam tak puas hati dengan sorang kawan tu bila kami digantikan floor bertugas… Then floor area aku bila kawan tu bersihkan… Dia tak bersihkan betul-betul… Dah jadi dua kerja pula aku buat… Pagi-pagi terpaksa buat cleaning… Tapi aku mengadu kat team leader kami… Rupanya TL kami dah lama warned dia… Tapi kawan tu merajuk tak turun kerja… Jadi TL tu dah malas tegur…

So, dia sarankan aku bagitahu kat SPV jer lah… Then time tu juga aku chat WhatsApp si Michael bla… bla… bla… Then si Michael memang jenis yang dry text jer…

Korang faham tak? Dah lah tak confess kat kita… Buat kitonyo tertunggu-tunggu… Sob… sob… Simple, padat, ringkas dan sampai matlamat jer dia reply kat aku… “Nanti saya check next week,” katanya… Aku pun happy lah kan dia respond macam tu… Mau tak happy… Si dia reply kot… Hahaha…

Sampailah next week benda yang sama juga, kawan tu tak buat cleaning macam yang sepatutnya seorang cleaner buat… Aku chat balik lah si Michael konon-konon mengadu sama sang hero ceh… ceh… cehh… Pastu si Michael tak reply… Dia blue tick jer… Hawau tulll haha…

But a few moments later… Rupanya dia tengah up message kat group… Suruh member yang lain buat cleaning bagus-bagus, check apa yang patut di top up sebelum balik… Begitulahhh… Kembali berbunga-bunga sang hati… Cehhh…

Hal yang berikutnya pula… Saya perasan bila si Michael cuti masa first tu saya akan cek kat grup kerja WhatsApp… Biasa semua chat saya kat grup tu time dia cuti, HP dia seolah-olah off… Sebab tak delivered WhatsApp tu… Saya akan cek bahagian info kat grup WhatsApp…

Begitulahhh guys, bila kita jatuh cinta kat crush dan dia jarang berchat… Begitulahh saja cara kita melepaskan rindu… Dengan mengetahui info-info yang dia… “Ehh dia baca ke ehh apa yang saya post kat grup?” Haha sian nya kan? Sampai macam tu sekali…

Tapi since kami macam ada feeling saling merindu, baru dia on WhatsApp… Setiap post saya kat grup WhatsApp kerja tu, dia akan delivered and baca guys… Mau tak hepi hahaha…

Begitulahhh tersiksanya bila si crush dengan kau saling tak approach each other kan? Menyebelin dehhh… Tiber haha… Tapi tulah, hint dia tu macam dah ada… Lagi-lagi bila kau di-assign kat level 2 sebab ada certain area yang kau tak boleh access sesuka hati macam marketing office, doctor lounge… Ha, begitulahhh… Memang si Michael lah yang akan tolong buka, and our assistant manager aka Miss Donna…

Tapi bila si crush yang ada, memang dia laju jer akan buka pintu… Bila si dia yang buka, saya akan ready lah touch up muka, and spray perfume guys… Mulut bagi wangi-wangi sikit haha… Tapi tulah, kami akan saling kaku, saling tak bicara bila bertemu… Seolah-olah ada yang mengunci mulut kami…

Sampailah ada suatu ketika, bulan 2 tu kan, esoknya Hari Valentine… Tahu jer kita Muslim ni tak boleh menyambutnya… Tapi dia siap-siap bagi hint kat seorang kawannya yang macam rapat juga lah dengan dia.

Dia bagitau macam ni, “Ala sedih lah Valentine ni, tiada yang bagi bunga-bunga dekat saya!” Selorohnya dengan selamba! Apalagi kawannya tu pun kebetulan dalam ofis tu, saya jer perempuan kat situ. Dia kata, “Ala, kat belakang kau tu lah…” Dia macam bagi chance kat saya bagi respond, hahaha…

Kebetulan few days ago ada si Mala bagi saya bunga ros pink, tapi dah layu, saya letak dalam bilik. Saya jawab jer lah, “Ala, ada pun bunga ros yang dah layu.” Si Michael jawab, “Layu pun layulah!” Hahaha… Macam desperate sangat dah tu gayanya.

Masa ni lah aku rasa moment yang paling sesuai dalam hatiku untuk aku bagi dia perfume yang aku beli bulan Januari yang lalu… Cuma belum ada keberanian nak bagi jer sebenarnya… Hahaha… So malam tu sebelum balik, aku susun ayat nak bagi perfume tu kat dia… Cuma tak tau cara lagi.

So, PM dia kat WhatsApp, cakap ke dia yang aku ada barang nak pass kat seorang kawan tu yang kebetulan satu ofis dengan dia… Tapi dia reply balik kawan tu tengah cuti…

So aku dalam hati, better aku directly bagitau dia… Cuma aku berbasa-basi lah dengan dia sambil bergurau, “Ala kalau macam tu aku bagi engkaulah perfume ni…” Dia terus reply macam ni kat WhatsApp hahah… Terus aku reply, “Ala kau nak ke tak ni… Kalau tak nak aku nak balik ni hahaha,” mengugut guys…

Pastu dia reply, “Nanti nak ambik macam mana?” Tapi first question dia tanya tu, “Barang apa sebenarnya?” Tu yang aku reply, “Ala kau nak ke tak nak ni… Kalau tak aku balik,” hahahah…

Pastu saya cakap, “Kejap lah 5 minit…” Tapi 5 minit saya tu take time juga sampai ke 20 minit… Time tu baru dia chat balik, “Lama lagi ke? Saya dah nak balik ni…” Ok jap lah, sebab time tu tengah lipat plastik untuk digunakan keesokan harinya. Pastu dia chat balik, “Kita jumpa kat mana?” Saya cakap, “Jumpa kat lift 8,” terus dia send 😂. Saya pun ok-ok, “Kita jumpa kat lift 5 lahh…”

Tak lama lepas saya punch card tu, nampak wajah dia di sebalik cermin yang transparent tu guys… Aku pun mula dah berdegup kencang, faham tak?

Then bila keluar dan buka pintu, saya nampaklah anak buah wife dia tu tengah masuk rest staff room… Lagi lah dada aku berdegup ribut taufan hahahaha… Kedapatan karang naya beb… Tu rasanya kenapa dia susah nak confess kot… Sebab dikelilingi family wife dia…

Then, bila dia sampai kat pintu lift tu, TANPA segan silu, “Mana dah barang tu?” Hahaha… Sebenarnya aku pun tengah meraba-raba perfume yang nak diberikan padanya… Tapi entah lah barang kat dalam beg tu tak beri kerjasama… Time ni lah dia nak sembunyi… Berpeluh aku dibuatnya meraba-raba tangan ke dalam beg tu…

Last-last dapat, tambah menoleh kat dia, aku bagi jer perfume tu kat dia… Tapi time tu tangan sibuk nak tekan lift nak ke ground floor… Dia pun sibuk tekan button lift yang kat sebelah lagi… Time tu dia belek-belek perfume sambil lalu depan saya ke lift sebelah, aku tambah tak dapat bernafas dibuatnya hahaha… Sempat juga dia say “TQ” kat saya sambil suka… Dalam hati saya, hope you like it haha…

Bila lift masing-masing TERbuka… Saya kat lift sebelah, dia kat sebelah lagi… Tapi dia still juga tunggu saya depan lift kat ground floor tu… Pastu dia tak puas hati lagi… Dia tanya lagi, “Perfume ni kau jual ke?” Eh, saya jawab, “Tak lah… Saya beli kat TikTok,” saya cakap…

Pastu dia buka pintu, kami keluar sama-sama… Dia sambil ucap, “TQ ya…” Betul-betul depan muka saya dia cakap… Saya dah macam tak boleh bernafas time tu… I just only could show my two thumbs up for him…

Then masa keluar pintu tu, jantung aku was like can’t breathe anymore haha… Semua barang container makanan habis berjatuhan gara-gara gugup punya pasal… Hepi juga lah finally can give him that perfume right away to him… Bayangkan 20 Jan barang tu sampai, 14 Feb baru dapat passed it to him… Hampir sebulan siakkkk…

Know what perfume tu jenama apa? 9PM guys… Memang wangi giler… Masa sampai tu saya dan kawan ada try… Siap tumpah ke lantai lagi hahaha… Kawan tu siap mintak lagi, “Bagi lah saya perfume tu, tak payah lah kau bagi kat dia…”

Actually kawan tu memang tak setuju pun saya dengan dia… Sebab katanya dia dah beristeri… Kawan tu pun cakap maybe sebab tu kot dia susah nak approach ke awak… Hurmmm memang betul lah juga… Kawan tu suruh lupakan… First of all memang dia non-Muslim, plus dia dah ada wife…

Actually memang hint tu dia dah banyak bagi… Contoh kalau dia tahu saya ada kat floor mana-mana yang ada clinical waste, memang laju jer dia kutip tempat saya… Sebab tu kot kawan-kawan dia pun ada yang sampai perasan dan tegur…

“Oh patutlah kau nak sangat ke sini sebab dia ada,” hahaha… Lebih kurang gitu lah ayat yang pernah saya dengar kawan dia cakap masa dorang buat clinical waste… Arrghhh rindunya time-time kerja dekat sana… Selalu dapat jumpa even jarang-jarang dapat jumpa…

Ada sehari tu saya pernah chat dia, “Awak dah balik ke? Saya nak minta sign checklist saya.” Dia dengan laju respond, “Ok kejap saya datang ofis…”

Bayangkan dia sampai sanggup nak turun ke ofis from somewhere… So memang tak sempat jumpa lah sebab I pergi buang sampah… Lepas sampai tu aku chat lagi dia sebab nak gi toilet… Tapi dia dah tak reply… I guess dia dah pergi ofis then I tak ada kat sana…

Sedihhh tak dapat tengok wajah dia haritu hahahaha…

Then after give him the perfume, I kira nak buat next move or step lah kan… I nak ajak dia jumpa… Then again he sent me this emoticon… Dia tanya juga sebab apa nak jumpa? I jawab, “Adalah…” Cehh aku sampai tak boleh tidur gara-gara chat dia camtu…

You know what guys? The next day I was giler-giler punya nervous… I pasang lagu Kristal Memburu Impian sampai guna ear piece… Kuat-kuat pasang guys sebab nampak dia kat office pagi tu… Aku nampak dia tenung je aku… Tapi aku tak berani nak tengok dia balik hahahaha…

Lepas settle apa semua kat dalam ofis tu, aku keluar guys… I saw him keluar sambil toleh ke tempat aku sedang bercerita dengan kawan… Tambah lah aku dupdap-dupdap… Then masa dia dah nak balik tu, saya kuatkan diri untuk text dia… “Jadi ke nak jumpa after this?”

Know what he replied me back guys? Very-very disappointed me a lot after all… Makes me red-flagged for him… Malam tu aku memang tak dapat tidur… Malu semalu-malunya… Aku tak tau lagi nak letak muka kat mana actually after read what he texted me:

“Tidak perlu jumpa saya di luar kalau pasal hal kerja. Kalau pasal hal kerja boleh jumpa saya di hospital. Luar dari hal kerja tidak boleh.”

So, apa maksud hint-hint di sebalik semua yang saya dapat rasakan selama ini? Adakah saya hanya bertepuk sebelah tangan jer? Why after all this while you make me feels that you have some feelings for me…

Then after reply my messages like this… Huwaaaa cannot brain… Malu weiii malu… But alhamdulillah… After next day… I can manage my feeling to him… Tapi yang siotnya dia buat macam biasa jer guys bila nampak saya…

But whyyy??? Tapi tulah, bila dia buat macam tu, aku macam ok lah… Like nothing happened to us anymore… Lama gak lah aku tak chat dia… Lama gak lah aku tak tanya hal-hal kerja kat dia… Sampailah satu saat ada benda yang patah… Penyapu kecik tu aku terpaksa juga chat dia sebab dia jer I berani minta tukar… Yang lain tu agak susah sikit, banyak query…

Sampailah ada berapa kali mop patah tu pun dia siap warned aku, lepas ni dia dah tak suruh chat kat dia sebab dah balik-balik mop tu patah… Aku siap merayu tak suruh bagitau kat assistant manager yang mop tu patah… Tapi kat depan-depan aku dia cakap dah banyak kali dia ni patahkan mop…

Aku tambah lah macam malas kat dia… Sampai satu tahap tu bila terserempak dia aku buat muka mengeluh guys… Start situ dia dah tak nak jumpa aku, meaning pungut clinical waste pun dia dah tak buat… Dia bila ada buat rounding kat floor aku pun dia dah tak nak pergi…

Then sampailah satu masa tu aku send resignation letter, start situ dia dah start pungut clinical waste, buat rounding area aku, anything defect report dia cepat jer respond… Dan datang aku rasa mulai lagi detik-detik berbunga-bunga tu kembali…

Sampailah masa yang aku post kat grup yang tempat sabun tu rosak, dia datang ketuk pintu tandas… Laju siakkk dia sampai… Tak sampai berapa minit dah sampai mengetuk… Aku rasa macam dia berlari kot hahahaha… Dia ketuk housekeeping…

Sambil aku buka pintu macam dia terpegun tengok aku yang tengah buka pintu hahahaha… Cepat-cepat aku keluar… Berdiri kat tempat troli aku yang parking kat luar tandas… Tapi as usual lah, tak ada apa yang dibicarakan bila berjumpa… Masing-masing diam membisu… Very-very sad…

Masa 2nd last day tu, which is sebelum raya haritu… Raya tahun ni, 2025, bulan Mac lalu… Maybe dia dah perasan tarikh last day aku tu… Dia datang singgah kat office, tempat kami melipat segala plastik sampah untuk esok harinya…

Aku sempat tengok apa dia buat… Aku perasan dia menjeling ke arah sign board, which is tempat mana kami assign pada keesokan harinya… Pastu aku buat bodoh dan pergi punch card aku… Then sambil membebel kat bestie tu, tanya dia lama lagi ke… Biasanya engkaulah yang suka bebel aku suruh cepat… Kali ni kau pula yang lambat… Hahaha…

Terus kawan tu jeling kat Michael masa tu… Sengaja dia ucap ayat-ayat yang aku nak berhenti… Dia suggest aku niaga kat pasar malam yang ada kat Kota Kinabalu ni… Masa dia jeling Michael tu, dia nampak muka-muka sedih dia… Bila dia tahu memang kami nak balik, dia keluar duluan…

Sampailah aku tiba-tiba last day aku kerja tu… Nampak juga dia ada collect clinical waste kat floor yang saya assigned tu… Memang tak ada juga kata-kata confession dia… Aku macam tertunggu-tunggu juga… Tak tahulah apa sebenarnya lelaki ni nak kan? Dia nak kita approach dulu ke, or cockroach dulu? Tak faham aku…

Padahal kalau tengok hint-hint dia kuat sangat dah tu buat saya perasan lebih-lebih… Bila suruh buka pintu kat area yang aku nak masuk, dia laju jer pergi… Bila aku suruh baiki tempat soap dispenser, laju jer dia datang baiki… Sebab perasan bila orang lain yang minta buka, memang take time… Tu yang aku tambah aware aka perasan lah…

Bila aku lalu kat suatu tempat tu, dia ikut lalu tempat aku pergi tu… Bila dia dengar aku punya suara… Dia punya bunyi tapak kasut yang tengah berlari mengejar jejak suara aku tu pun buat aku melayang dah tak tentu arah…

Bila dia nampak aku lalu kat pintu tu, dia sanggup tolong bukakan pintu tu even jarak aku masih jauh… Bukan sekali dia tolong bukakan pintu… Apa semua ni… Please lah lelaki, jangan buat orang perempuan cepat perasan…

Sampai sekarang aku tak boleh move on ingat detik-detik yang buat aku melayang… Angau tak tentu pasal… Ingat lagi masa aku tanya pasal kotak-kotak yang bertimbun tu… Dia tak suruh aku buat… Dia suruh kawan-kawan dia yang buat… Sampai kawan dia gelar nama aku dengan nama dia… “Boss Michael” katanya…

Pernah masa buang sampah, terserempak dengan kawan dia tu, sampai dia tanya, “Kau nak cari siapa? Michael? Dia tak ada kat sini…” Kau rasa? Sampai macam tu sekali dia nak back up aku… Sampai kawan-kawan dia sendiri perasan… Bukan kawan-kawan dia jer yang perasan, kawan-kawan aku pun perasan wehhh…

Tapi takpelahhh… Dia bukan single pun… Aku move on jer lah hidup sendiri… Macam lagu tu kan hahahaha… Tak baik jadi penyondol… Tahu tak pe kan.. Adan uke kalau kena kecam hahaha…

– Icha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *