Salam semua..
Rasa nak menulis, sudilah baca..
Antara perkara yang didoakan adalah mahu cantik sempurna untuk yakin menjadi khalifah yang ke hadapan, ingin kaya yang berkat untuk mampu menunaikan Haji pakej, banyak sedekah dengan senang hati ikhlas dan boleh penuhi kehendak keluarga agar lebih bahagia gembira..
Selalu pesan pada anak, nak apa-apa doa dulu… Doa ni tak akan sia-sia. Jika apa yang dipinta tak dikabul ia akan jadi pahala untuk dinikmati di Syurga nanti, boleh jadi doa itu diberi kepada rezeki lain…
Pernah anak kata, ibu ni banyak doa tapi kurang usaha… Anak ni jujur dengan apa yang mereka lihat, saya akui banyak hal kebendaan yang kita mahu dalam hidup… Jadi dalam sudut harta terasa kurang, namun saya ingatkan anak untuk kaya jiwa, kaya akhlak, kaya budi bahasa, kaya ilmu…
Janganlah merasakan bila diri banyak kekurangan Allah tak sayang, kemuliaan sebenar seseorang bila boleh berakhlak mulia, sabar, rajin dan kuat ibadah… Tak mudah juga untuk berada di pentas tersebut. Kerana itu orang yang berjaya telah melalui satu perjuangan dan pengorbanan dengan peluang yang ada…
Saya juga galakkan anak berdoa zikir pagi petang, untuk perlindungan diri dijaga Allah. Dijaga keselamatan diberi kesihatan. Bertemu orang baik menjadi baik. Jauh daripada kejahatan dan maksiat…
Saya katakan padanya jika tak tenang banyakkan selawat dan istighfar… Istighfar ni khusus untuk mohon ampun juga untuk tarik rezeki…
Lepas solat pun kena istighfar.. Sedar yang diri tak mampu nak khusyuk, fikiran masih melayang hal dunia, bacaan sunat diambil mudah, nak cepat untuk kejar hal dunia…
Itu yang solat, yang tak solat bagaimana terlalu yakin rezeki mengalir berkat tanpa tersekat, malah hukum menggantikan solat qada juga fardhu… Maka seringkan berdoa dengan Ya Allah jadikan aku dan zuriatku hambaMu yang menjaga solat, ya Allah kabulkan doaku…
Solat ini juga untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar… Takut betul bila kes yang melibatkan maksiat seperti zina, judi, rasuah, bunuh… Ada kala yang terlibat kelihatan baik tapi terjebak juga dengan keburukan ini maka solat adalah perisai agar diri terjaga, maruah terpelihara…
Namun ada pula pandangan, dah solat tutup aurat masih buat jahat.. Benda yang wajib jelas, benda yang haram jelas. Isu solat, tutup aurat wajib… Isu jahat seperti mulut puaka, tabur fitnah, dengki bermusuh, benda dosa… Dosa pahala ada tempatnya. Syurga Neraka tak sama.
Cuma perkara yang paling disenangi adalah akhlak terpuji, buat baik pada tempatnya.. Tak perlulah buat baik pada benda tak halal.
Janganlah nak minum arak baca doa, takkanlah nak mencuri sebut kerana Allah Taala. Dah tutup aurat berjoget ghairah suara menggoda ke mana malu. Jangan mempermainkan dalam beribadah.
Ada dua perkara yang saya nak ulas atas pandangan peribadi tentang mereka yang terlalu asyik mencari kekayaan dan kecantikan… Dua benda ni fitrah untuk disukai namun ada batasnya.
Contoh mereka yang mencari rezeki dengan bermesra antara bukan mahram untuk menarik perhatian, lelaki yang mahu jual tudung dan makeup maka dia pun pakai, masa bekerja dan berniaga terlalu lama sehingga waktu solat tak sempat..
Contoh situasi, seorang wanita bersolek tebal untuk ke majlis tertentu, maka antara dua, majlis dah habis baru bersihkan makeup untuk wuduk, atau menjaga wuduk sebelum makeup agar boleh solat dalam keadaan makeup tak dibuang.. Makeup boleh berjam tapi solat tak sampai 10 minit.. Nampak tak hal dunia yang lebih diutama…
Mahu kaya mahu cantik tak salah, tapi ada batas syariat.. Adakah duit menjadi model seksi atau pondan itu barokah, renungkan.. Allah reda tak dengan jalan kehidupan ini…
Satu lagi, bab obses nak cantik sehingga mengubah rupa seperti buat hidung, tarik benang masuk silikon, cucuk jahit bibir… Lainlah kalau muka tu cacat memamg harus buat plastik surgery, ni wajah kurang cantik pada pandangan mata sahaja..
Jadi bila zaman ni ada yang memuji cantiknya…. Sedangkan dia membuat rawatan muka cucuk-cucuk untuk nampak kulit putih tegang… Benda tak asli…
Ya benar, kita suka tengok benda cantik.. Alam kejadian Allah SWT ni pun cantik.. Setiap bunga ada kecantikannya, setiap haiwan ada kecomelannya.. Jadi jika merubah rupa kejadian yang Allah dah rezekikan sebenarnya ia dah jadi tak asli dan semacam.
Kerana itu saya lebih tekankan kepada berdoa… Ya ada juga banyak rezeki yang tak didoa pun Allah beri atas kehendakNya.. Tapi rezeki ni ada juga daripada asbab doa diri dan orang lain…
Contoh ada yang dah rezekinya kulit putih, hidung mancung, mata cantik….Dah tak perlu nak ubah wajah.. Yang ubah wajah pun belum tentu boleh cantik ada juga yang lagi rosak akhirnya…
Contoh mereka yang cucuk-cucuk (dulu lebih kepada susuk), kena buat tiap bulan atau tiap tahun untuk kekal cantik… Kemudian bila dah tak mampu, wajah boleh nampak huduh berbanding dengan nenek tua yang tak pernah pun merawat wajah, semulajadi dengan kedut dan bentuk asal. Ada air wajah berseri punca daripada hati yang bersih juga..
Pernah saya bertemu dengan wanita yang terlihat sangat cantik dengan makeup dan baju bergaya, bila dia bersihkan wajah agak terkedu melihat wajahnya kusam lebam bawah mata dan bibir pun pucat.. Pakai pula baju biasa di rumah berkain batik, sama je dengan mereka yang tak mencantikkan diri ke arah itu..
Kesimpulannya, harta dan kecantikan jasad akan ditinggalkan… Mati nanti jasad akan hancur yang dibawa hidup kekal roh daripada jiwa yang tenang. Roh yang lebih banyak persiapkan diri untuk pahala kehidupan abadi..
Tak perlu berbangga dengan kelebihan diri andai itu menjadi kesombongan yang menghalang untuk masuk ke Syurga Ilahi. Percayalah setiap kehebatan dan rezeki daripadaNya yang ada tempoh di dunia ini.
Doa agar Allah ilhamkan sebaik jalan untuk mendapat kehidupan yang diredaiNya. Alhamdulillah.
– Insan Biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit