REPLY: Rumah Mak Ayah Suami Busuk

Reply, (https://iiumc.com/rumah-mentua-bau-busuk/).

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Lepas baca confession “Rumah Mak Ayah Suami Busuk”, saya rasa terpanggil untuk kongsi pengalaman saya.

Saya Rose (bukan nama sebenar). Kenal suami dah lama, sama-sama sekolah rendah. Bercinta lepas sekolah menengah.

First time ke rumahnya, memang *shocked*. Di luar rumah, sampah penuh di atas tanah.

Mula menjejak masuk pintu rumah, baju berterabur atas lantai daripada pintu rumah sampai ke ruang tamu. Dalam rumah berpasir.

Dinding dapur hitam. Kawasan dapur basah, belengas. Ciliboh, kunyit bersepah di dapur. Minyak dan kotoran hitam tebal di dapur masak. Senduk-senduk dengan kotoran tebal. Sinki penuh dengan pinggan kotor.

Walaupun pinggan mangkuk, senduk digantung di rak, tapi masih kotor dan tak dibersihkan dengan betul.

Saya masa tu betul-betul duduk di penjuru dinding. Sebab kat situ je yang saya nampak ada ruang yang sedikit bersih untuk duduk. Tak bergerak ke mana, hanya duduk di situ.

Waktu tu, saya hanya sembunyikan dengan senyuman walaupun keluarga saya sangatlah menitikberatkan kebersihan waima rambut gugur pun perlu dikutip terus tanpa bertangguh.

Kunjungan seterusnya tetap sama, tak ada yang berubah. Tapi saya fikir mungkin jika ada jodoh saya, semua ini boleh ditegur dan boleh sama-sama membersih dan jadi lebih baik.

Tibalah masanya jodoh kami tiba, saya kurang bernasib baik. Suami tidak berapa mampu, dan saya terpaksa tinggal di rumah mertua. Katanya sementara mampu sediakan rumah sewa. Saya akur… tidaklah mahu memaksa sebab saya tahu kemampuan dia.

Boleh dikatakan hampir setiap hari… saya mengajak adik-adik ipar membersih dan mengemas rumah. Sampah perlu diingatkan untuk dibuang, kalau tak sampah akan dihimpun 2 hari dengan berair, busuk, berulat baru dibuang.

Rumah penuh dengan sudu, garfu, cawan, mangkuk, pinggan kotor merata-rata, plastik sampah merata di bawah kerusi, terselit di rak, bertaburan di tengah jalan. Pagi kemas, petangnya ada sampah baru lagi.

Tanah di luar, dikumpul semua sampahnya, siap terus dibakar. Alhamdulillah ‘clear’ tanah dari sebarang sampah. Tak sampai 10 minit ada lagi sampah baru di tanah.

Kadang-kadang, saya akan masak untuk makan ramai-ramai. Biasa anggaran total 30 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak kalau berkumpul.

Hanya tahu makan tapi tak ada *common sense* untuk tolong membasuh peralatan memasak. Waima pinggan mangkuk, cawan yang digunakan sendiri pun tak dibasuh, hanya dilonggok di sinki.

Muntah dalam bilik air tidak bercuci. Pampers dibuang terbuka begitu sahaja dalam tong sampah. Kadang plastik pampers sudah 3 hari dilonggok di hadapan pintu rumah.

Itu belum lagi bau bangkai Cik Ti dalam rumah. Kebiasaannya hanya dibiarkan sahaja sehingga hilang bau. Biasanya saya akan bising dekat suami, dan suami lah yang akan mencari dan membersihkan. Biawak masuk ke dalam rumah pun itu perkara biasa.

Apa-apa usaha saya dalam menegur untuk membersihkan dan mengemas rumah mertua selalu dipandang sinis oleh mereka yang berasal daripada rumah itu, yakni keluarga suami.

Kerana mereka sudah lama ‘terdidik’ dan membesar dalam keadaan begitu. Di mana mereka berasa tidak ada yang salah dengan keadaan rumah mereka yang sangat kotor dan tidak bersih itu.

Alhamdulillah suami, walaupun berada di dalam rumah yang begitu, semenjak menikah, dia nampak ada usaha dan juga perubahan. Cuma dia tidak mampu untuk merubah keluarganya.

Walau ditegur, tak ada guna, tak ada perubahan. Suami pun selalu ‘give up’ soal kebersihan dan kekemasan keluarganya.

Sekarang sudah 4 tahun saya menahan perit hidup dengan orang yang ‘selesa’ dengan kehidupan yang kotor. Rumah tangga saya juga sudah banyak kali goyang asbab bertahan dengan keadaan rumah dan ketiadaan *common sense* orang rumah itu.

Jadi saya bertegas dengan suami, memilih untuk *cut off* dengan keluarga suami dan keluar daripada rumah itu demi kesihatan mental dan emosi saya.

Ini hanyalah 1/2 daripada penderitaan saya sepanjang ‘stay’ di rumah ini.

Doakan saya dan suami dikurnia kebahagiaan berpanjangan, doakan juga hidup kami lebih baik hidup berasingan selepas ini. Terima kasih.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *