Salam semua. Terima kasih admin siarkan posting ni. Dulu aku pernah menulis pasal 10 Kesilapan Membeli Rumah, (https://iiumc.com/10-kesilapan-membeli-rumah/).
Masa tu 2019 kan. Fast forward tahun ni dah 2025. Enam tahun dah berlalu. So what happen to me?
2019 :
Aku ada mention dulu yang kami pindah ke kawasan apartment kan. Dan kawasan tu kami suka sangat. Aku ada tanya kat owner ada plan nak jual ke. Dia cakap ada. Aku kata ok bagi masa setahun dua aku cuba usahakan.
Masa ni aku dah start belajar pasal self growth. Betulkan dunia dalaman, nescaya dunia luaran akan turut berubah.
Bapak tanya.. bila nak beli rumah. Dia concern sebab adik beradik aku semua dah ada rumah. Aku cakap takpelah aku tunggu istana kat syurga je. Haha.. malas dia nak layan aku.
2020 :
COVID. Bisnes aku drop teruk. Banyak payment sangkut. Nasib suami kerja gomen. Kami masih dapat bertahan. Anak2 aku keluarkan dari sekolah agama private, masuk sekolah kebangsaan.
Anak terkejut tengok cikgu buat saja walau murid kurang ajar. Dia pulak yg rasa nak balun budak tu. Haha. Ada juga lah hikmahNya anak2 merasa juga sekolah kebangsaan.
Baru mereka dapat bezakan dua dunia dan tahu kenapa aku bertungkus lumus lebih rela bayar sekolah diorg daripada bayar loan rumah. Aku kan nak istana kat syurga. Anak2 soleh tu lah investment aku esok2 kan.
2021 :
Petronas ada buat contest hadiah utama condo kat cyberjaya. Aku print gambar condo tu, semua sudut dalam rumah, facilities dia. Aku buat scrapbook kat canva, print, tampal kat wall sebelah tempat tidur. Siap ada tulisan “Free Condo!” Hahaha punya semangat nak menang contest tu.
Kadang2 aku bercakap dengan gambar tu. Usap2. Doa kat Allah semoga ada rezeki menang condo tu. Pastu aku taktau apa jadi dengan contest Petronas tu. Tah betul ada orang menang atau dia bagi kat kroni. Haha. Gambar tu aku biar je walaupun tau dah tak menang.
Bila aku kemas rumah, sental sinki dapur, aku cakap ya Allah terima kasih bagi kami anak beranak tempat berteduh. Ya Allah terima kasih bagi rumah ni walaupun sewa tapi selesa. Bila memetir suruh anak2 kemas rumah, yang selalu aku bebelkan…
“Kalau dengan rumah kecik ni pun tak reti nak kemas, tak reti nak jaga, tak reti nak syukur, macam mana Allah nak bagi rumah lagi besar? Macam mana Allah nak tambah lagi nikmat? Toksah sembang nak kaya lah nak rumah besar lah kalau dengan rezeki sedia ada pun tak boleh syukur!”
Mencicit lah masing2 kemas rumah dengan muka toye. Agaknya dah boleh hafal dah jadi zikir. Hahaha..
Mak aku pulak kan.. dia kesian tengok aku takde rumah. Dia ni penyokong skim cepat kaya yang tegar tau. Lepas satu satu dia kena scam. Dah berbuih orang keliling nasihat tapi dia masih lagi join benda2 merepek tu.
Beli lot sikit, pastu expect return ratus2 ribu lah. Lepas 2-3 tahun jadi juta pulak yang bakal dia terima. Lepas 4-5 tahun jadi trillion pulak. Perghhhh bapaklah kalau setiap member group tu dapat return trillion2. Malaysia ni terus depa beli je! Hahaha…
Aku sebenarnya kesian gak kat mak aku. Dia surirumah. Dulu2 berhempas pulas meniaga macam2 nak support bapak aku besarkan kitorang adik beradik. Dia dulu muda2, both family sendiri dengan family suami hina2 keluarga kami sebab miskin, anak ramai.
So dia rasa macam dia perlu ada banyak duit untuk buktikan pada orang sekeliling yang dia mampu bagi banyak duit. Dia pun nak bantu anak2 dia belikan apa patut. In my case, rumah lah.
So one day dia cakap gi lah survey2 rumah. Cari yang banyak bilik n corner ada tanah bagus. Dekat dengan masjid senang esok dah tua nak gi masjid jalan kaki je. Dia kata duit dia dah nak masuk. Nanti dia belikan rumah untuk aku cash.
Cara dia cakap kan convincing sangat. Memang aku admit kelebihan mak aku bab selling ni. Dia memang boleh jual ais kat orang Eskimo! Haha. So aku yang walaupun caya tak caya dengan project dia tu, pergilah juga buat appointment tengok rumah. Harga 500k. Mak kata ok onz je.
Lepas 2-3 bulan, tunggu2 tak nampak bayang pun juta2 dia yang “dah nak masuk” tu. Tau2 dia suruh pergi survey rumah lagi. Aku pergi jugak tengok. Tapi masa nak mesej no ejen tu aku fikir eh bodohnya lah aku ni. Malulah buat2 appointment pastu tak jadi. Membazir masa pun ye. So tulah last aku stop percaya cakap mak aku yang “duit dah nak masuk” tu.
2022 :
Awal tahun owner tanya dah ready ke nak beli. Aku masih struggle nak catch up balik dengan payment post COVID. Aku mintak bagi masa. Dia kata ok.
Selang few months dia tanya lagi dah ready ke. Aku mintak masa lagi. Sebab industry bisnes aku masih belum fully recovered. Dia kata ok.
Selang few weeks tiba2 ada ejen call cakap nak masuk rumah nak amek gambar sebab owner nak jual. Aduh.. nampak desperate juga owner ni. Bila tanya2 oh rupanya dia ada beli rumah lain tu yang dia kena let go rumah aku sewa ni.
Aku ok je nak pindah. Masa jadi single mum tu pun banyak kali aku pindah2. Memang dah biasa hidup nomad sebab dulu anak askar. Pindah randah ni memang dalam DNA. Hahaha.
Tapi suami tak suka banyak pindah. Dia anak Felda, dari start bapak dia jadi peneroka sampai ke akhir hayat tak pernah pindah. Dia DNA berkampung. Haha. So suami tanya taknak beli ke?
Aku cakap aku surrender. Kalau dia nak, dia lah try. Suami hanya ada kereta dan personal loan. Money management dia lagi baik dari aku. Harga rumah macam dah ngam2 je dengan kelayakan dia so try masuk lppsa.
Alhamdulillah, lepas! Suami betul2 tak sangka. Selama ni dia rasa macam dia tak mampu beli rumah sebab gaji kecik, komitmen tinggi. Aku pun tak sangka juga. Pastu bila aku fikir balik, eh betul lah aku dapat free condo. Free sebab suami bayar semua! Hahahaha…
Rezeki betul. Proses semua macam mudah sangat. Walau ada halangan sikit2, tapi terus jumpa solusi. Lawyer pun cakap nasib baik nama suami sorang sebab kalau joint dengan aku, tak dapat waiver rumah pertama sebab aku dah pernah beli rumah, bank akan auto kira rumah kedua kalau nama aku ada.
Aku rasa asbab pembaca2 iiumc yang banyak doakan aku ada rumah sendiri. Ada antara korang yang mulut masin. Jazakumullah khairan kathira. Muah2. Sayang korang. Semoga apa2 impian korang pun tercapai juga.
Walaupun lppsa tu 100% loan, kos lawyer masih kena tanggung sendiri. Total dalam RM7k lebih jugalah. Happen pulak, suami memang ada simpanan lebih sikit dari tu. Dia sedih sikitlah simpan lama2 kena keluarkan selepuk gitu kan.
Aku cakap kat dia, dia menyimpan tu apa niat dia? Kalau untuk dana kecemasan, maka akan banyak lah berlaku “kecemasan2” yang buat dia terpaksa guna saving dia. Tukar niat menyimpan untuk grow kekayaan. Aku rasa dia dah tukar niat lah kot. Sebab sekarang saving dia nampak macam makin banyak. Haha.
2023 :
Anak no 3 dah form 1 masukkan balik kat sekolah tahfiz private tu. Adik2 lagi dua masih kat sekolah kebangsaan.
Sehari sebelum birthday aku, mak aku meninggal. Sampai ke akhir hayat dia kena tipu. Duit yang “dah nak masuk” tu entah apa jadi. Lepas dia kena stroke, dia travel sampai ke Penang konon ada “kawan” boleh urut stroke. Lepas seminggu rawatan, mak rebel, resist treatment bila nampak kawan tu dah lain macam.
Boleh tak, orang tu taknak release dia atas alasan masih treatment. Dah lah charge sehari duduk rumah dia RM150. Tu tak masuk upah rawatan harga lain. 7 hari? Pastu depan mak aku dia nak ngorat bapak aku lah, sibuk nak urut nephew aku lah. Pastu macam ada unsur2 mistik lah. Mana lah mak aku tak rebel.
At last bila kakak aku no 2 turun Penang, baru dia let go mak aku. Mak aku teruskan jalan ke rumah kakak aku no 3 kat Perlis. Mak aku memang suka suasana kampung kat area rumah kakak tu. Dia selalu cakap nak beli rumah kat sana.
Elok dia sampai Perlis, malam tu dia mengadu sakit perut. Naik ambulance dikejarkan je hospital. Terus2 masuk ICU, ditidurkan. Masuk isnin malam. Anak2 dari KL berkejar ke Perlis. Selasa tengah malam, line dia flat. Hari aku hantar dia berangkat dari KL, rupanya itulah hari last aku cakap dengan dia.
Akhirnya Allah betul2 bagi dia rumah abadi area kampung, tepi bukit, ada tasik kecil, dan grave-sitter yang baik. “Rumah” dia sentiasa kemas dan rapi. Sobsob sedih bila cite pasal dia. Huuuu…
Bapak aku heartbroken. Nak duduk dekat dengan mak je. Taknak balik KL. Anak aku ada dua org yang duduk dgn mak ayah aku. Yang no 2 mak ayah aku jaga sejak umur 14. Yang no 1 duduk dengan diorang sejak umur 18. Now masing2 umur 18 dan 19. Rumah KL tu sebelum ni diorang duduk berempat je.
Since bapak pun taknak balik KL, budak berdua tu je duduk situ. Bila dah tak ada orang tua membebel, mulalah macam tongkang pecah kan. Aku pun dah start lah terima komplen2 dari adik beradik lain, dari bapak, pasal isu ni. Banyak kali dah tegur tapi yelah aku duduk PJ, diorang KL bukan boleh tengok perangai diorang setiap masa.
Lepas 4 bulan, tiba2 bapak aku senyap2 selalu balik KL. Eh…. Apakah??? Rupanya kemaruk nak kawen. Weols anak cucu be like whattt???? Aritu kemain heartbroken. Jujur cakap kami tak kisah bapak nak kawen lain. Kami suka je sebab kesian tengok bapak.
Tapi kami tak boleh terima calon dia tu. Dari segala segi memang kurang amat lah daripada mak kami. Tapi yang paling red flag sebab banyak unsur mistik! Pastu antara kami ada yang dapat alamat macam sakit mak tu ada kaitan dengan perempuan tu. Guess what? Perempuan tu kawan mak I daripada group2 scammer tu lah!
Puas try to reason dengan bapak. Dia merajuk dengan anak2 sebab tak bagi dia kawen dengan pojaan hati. Mula2 dengar kensel nak kawen. Lepas sebulan tau2 dia kawen senyap2 langsung tak jemput sorang pun anak cucu. Adoilah bapak. Pastu dia suruh aku amek anak2 aku sebab nenek baru nak duduk situ.
Actually banyak lah faktor yang buat mak aku kena stroke. Antara sebab tu, mak aku stress anak aku no 1 bela kucing bukan main banyak.
Korang pun taulah kan walau duduk rumah teres, ada tanah, tapi kalau dah kucing sampai 20 ekor+. Malu dengan jiran2, sendiri pun tak selesa sebab bau. So atas alasan tulah bapak aku suh diorang blah sebab nanti gaduh dengan nenek baru pulak.
So, balik kepada situasi aku. Rumah aku apartment 3 bilik. Anak2 yang duduk dengan aku 3 orang boys. Yang nak balik duduk dengan aku ni sulung girl, 2nd boy. We need at least 4 rooms utk semua dapat tinggal dengan harmoni. Yang no 1 keep on repeating taknak share toilet dengan adik2.
Asalnya aku plan nak sewa rumah satu lagi untuk diorang dua je kat kawasan kitorang ni. Kira aku tower A, diorang tower B. Diorang bayarlah sewa sendiri, aku tolong2 topup je. Belum apa2, anak no 1 ni dah dok usha barang keperluan rumah. Adoilah dia punya kemaruk shopping! Nanti kisah lain aku cerita pasal dia ni pulak.
Pastu aku terjumpa satu penthouse nak disewakan kat tower A. 4 bilik + 4 toilet. Hah just nice lah takyah berebut toilet kan. Puas aku fikir2 tambah tolak kali bahagi, buat istikharah. Last2 aku slowtalk dgn suami. Jom kita pindah sewa penthouse.
Tetttttttt… Suami tak setuju. Kan ke the reason dia sanggup try loan tu sebab taknak pindah lagi. Baru berapa tahun, aku dah ajak pindah. Hahahaha… Member tu baru je fikir boleh duduk sampai pencen.
Jenuh lah pujuk dia, bentangkan proposal, sesi masaj2 sikit, puh2 doa makan sikit. Akhirnya dia setuju dengan syarat dia memang tak boleh tolong pindah sebab keje kat opis banyak.
Kat apartment ni nak pindah2 boleh waktu office hours je. Aku cakap no problem. Askar dah besar2 kita kerah je. Haha.. tapi actually ada lah jugak upah orang tolong angkat barang besar2.
Nak masuk rumah, aku buat sertu dulu. Walaupun tak wajib sebab bukan tenant dulu ada bela anjing pun. Saja buat bagi bersihkan aura rumah sebab dulu yang sewa sini orang bukan Islam.
So hujung 2023 rasmi lah kami duduk bertujuh satu rumah. Sesuatu yang tak dapat dirasai sejak diorang kecik. Rumah sendiri tu kami senyap2 buat Airbnb walaupun syarat management apartment ni boleh tenancy je tak boleh homestay. Tapi guard kamceng dengan kami. Tutup sebelah mata. Haha.
Bisnes aku pun dah grow. Sewa rumah company bayar. Walaupun aku cuak juga asalnya nak commit sewa rumah dekat RM2k sebulan. Jangan tanyalah ROI Airbnb. Dia macam bisnes juga. Ada masa naik. Selalunya turun. Hahaha.
Tapi ok je sebab kadang2 anak2 nak healing, diorang lepak sorang2 kat situ. Setiap selasa aku buat free tuisyen untuk kawan anak2 kat situ. In case family suami nak datang, boleh suruh duduk situ. Walaupun sejak kami kawen, baik family aku, baik family suami, memang tak pernah datang rumah kami. Tak tau kenapa. Hahaha.
2024 :
Time ni anak no 4 dgn 5 tu pun aku dah pindahkan masuk balik sekolah agama private yang abang dia masuk dulu. Actually plan nak masukkan bila no 4 habis darjah 6. Tapi aku saspen tengok pergaulan dia takut terpengaruh. Dia ni sejenis cepat mesra alam, kacak pulak tu. Pastu macam magnet perempuan tau. Risau aku tengok peminat dia.
Ingatkan masuk sekolah agama takdelah perempuan chase dia kan. Ada jugakkkk… Cuma terkawal sikit lah tak macam sekolah lama. Haha…
Syukur tau dapat sekolah kan diorang kat situ. Setiap pagi sebelum start sesi akan baca Yasin. Jumaat baca Surah Kahfi. Anak2 terdidik jiwa dengan Al Quran. Nak harap kat rumah, ermm aku surrender kang aku yang darah tinggi.
Anak2 aku kan berbeza bapak. Growing up, no 2 dgn no 3 selalu sangat gaduh to a point aku rasa macam relationship diorang dah tak healthy. Sebab tu no 2 tu aku terpaksa hantar kat my parents untuk redakan suasana. Bila dah duduk jauh tu, aku selalu slowtalk dgn no 3.
Lama lama dia faham silap dia, lepas setahun dia dah boleh reconcile dengan abang dia. Abang dia jelah cold treatment aku dekat 2 tahun, dia ingatkan aku tak sayang dia. Bila aku balik rumah parents aku, mesti dia ngelak jumpa aku. Pastu elok dia umur 16 tiba2 dah mau baik dengan aku. Baru matang kot, boleh fikir sendiri. Haha.
So the boys semua dah kamceng sesame diorang. Masalah pulakkkk… Tak ngam dengan kakaknya. So boleh kata setahun tu proses asimilasi antara diorang adik beradik lah.
2025 :
Si kakak finally dapat hidayah. Boleh bertolak ansur dengan adik2. Dah tak nampak fake bila berinteraksi dengan kami semua. Dah tak play victim. Nasib lah adik2 semua boys, malas nak emo panjang cerita. Haha.
Setiap kali masuk rumah, aku baca Surah Al-Ikhlas 3x. Bila tuang beras dalam tong, bila memasak, atau kalau tak masak, masa menghidang tu baca Surah Al-Kauthar 3x.
Setiap kali salam dengan anak, baca doa makan. Diorang biasa akan salam aku n suami bila diorang nak gi sekolah @ kerja. Bila balik dari sekolah @ kerja. Or bila kami nak keluar dengan masuk rumah. Dulu kecik2 nak tidur pun salam. Dah besar masing2 dah malas. Yang bongsu je lah kadang2 nak tidur datang jumpa kami nak salam.
Pernah sekali tu ada kerja outstation. Duduk satu rumah dengan crew. GrabFood sampai, aku dgn suami duduk je kat meja. Boys 4 orang yg siapkan atas meja. Anak no 1 tak ikut masa tu. Kami rasa macam biasa je suasana tu.
Tapi crew macam impress sangat dok cakap “eh baiknya anak2 abang dengan kakak. Khidmat untuk mak ayah.” Baru aku macam tersedar oh yelah benda ni makin rare. Syukur alhamdulillah Allah guide anak2 kami jadi anak yang baik.
Rumah sendiri tingkat 6. Rumah tu selaluuuuu sangat berhabuk. Kami takde aircon. Kena bukak tingkap. Every few months, habuk kat wall, ceiling tebal sungguh.
Sebelah balkoni pulak pokok besar. Repair man yang datang buat kerja kata biasalah tu. Pertengahan ni kawasan udara kotor. Pulak tu dekat dengan pokok. Balkoni pulak bila hujan, tempias teruk.
Pastu kelakar tau. Aku try tanam pokok 2-3 kali semua mati. Pokok yang taktaulah burung ke angin ke yang bawak seed dia, hidup subur menempel kat dinding, berakar2 masuk balkoni aku dah macam usus penanggal. Bapak aku siap perli tulah jangan sombong fikir pokok tu hidup sebab kamu. Allah yang bagi dia hidup. Zassss sedebik kena. Hahaha..
Rumah sewa ni pulak tingkat 18 & 19. Udara rasa bersih sangat. Paling aku suka, view dari balkoni cantik sangat2. Boleh nampak menara klcc sebelah, menara 118, menara kl, menara sauron. Nak tengok fireworks, tengok je dari sini. Bila tengok dari atas, nampak kat bawah semua kecik2.
Aku selalu healing sini, amek feel, imagine masalah2 aku semua kecik2 je. Patutlah kan CEO ke menteri ke top2 management semua pejabat mesti yang paling tinggi. Feel dia memang lain sangat.
Pastu kan… Burung yang ada.. merpati, helang. Tak pernah nampak gagak. Serangga yang selalu sesat masuk sini, lebah je. Lalat sekor pun tak pernah. Nyamuk macam tak ada. Lipas ada juga tapi tak sekerap tingkat 6.
Buat aku terfikir apa tau.. bayangkan hidup ni macam building apartments. Yang sampah2, yang busuk2, yang negatif2 akan berkisar kat level bawah je. The more we grow ourselves kan, the more “noise” tu takleh cope up dengan kita.
The more kita climb building apartments tu, satu2 yang negatif akan mula hilang dari hidup. Lalat.. tikus.. lipas.. gagak.. bunyi bising dari highway pun dengar sayup2 je.
Macam komen2 kat confession aku before ni ada yang kata aku bodoh, terburu2. Betul, aku setuju. Ada juga yang kata kesilapan terutama adalah sebab salah pilih suami. Hahahaha ini lawak. Tapi betul jugak kan.. Komen di luar kotak.
Yang buat aku terharu, ramai yang simpati dengan struggle aku. Aku ngaku aku tulis dengan energy struggling. Aku baca balik pun boleh rasa beratnya emosi aku masa tu. Sekarang ni agak2 aku menulis dengan energy apa? Kalau betul aku bagi hadiah.. percutian kat rumah masing2.. Hahaha…
Apa pun, aku syukur sangat atas challenges yang Allah dah bagi dalam hidup aku. It helps to shape me to become who I am today. Berbelas tahun aku struggle. Less than 5 years, aku berjaya ubah dunia luaran dengan membetulkan dunia dalaman aku.
Untuk anda yang sedang mengalami apa jua masalah hidup, focus on growing yourself. Membaca, dengar podcast, dengar kuliah, dengar audiobook. Apa saja yang helps to make you become a better version of YOU. Walau usaha tu hanya 1% sehari, dalam setahun it adds up to 365%.
Untuk anda yang membaca, mendoakan, pengkomen tegar, silent readers, thank you again untuk doa kalian. Tak lupa juga untuk admin! Terima kasih daun keladi. Tolonglah publish confession ku lagi! Hahaha..
Panjang dah ni. InsyaAllah next aku share pasal Palestine, Melayu dan hartanah. Jumpa lagi!
– New Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit