Untuk Part I, (https://iiumc.com/beauty-routine/)
Hello korang!! Tqsm pada yang berminat dan tunjuk respons baik kepada posting saya sebelum ni. Saya baca satu-satu komen sambil tersenyum-senyum, hehe.
Boleh juga baca, (https://iiumc.com/retinoid/)
Pada yang beri teguran pun saya terima dengan hati terbuka. Mungkin salah saya tak letak siap-siap disclaimer, tapi saya bukan pakar, bukan juga influencer.
Saya cuma orang biasa yang share pasal skincare routine yang saya sendiri buat dan berkesan pada saya, so terpulang kepada pembaca sendiri untuk buat homework tentang setiap satu produk yang mereka akan beli dan pakai.
Tujuan saya cuma suka-suka dan rasa IIUM Confession boring sebab penuh dengan topik cinta, gaduh dan cerai-berai.
Pada yang rasa saya macam promote tret dan barang Watson, maaflah huhu… sebab saya memang pakai produk-produk ni, tak perasan secara tak sengaja macam ter-promote pulak.
WATSON, PLEASE SPONSOR ME! Semua ni unpaid review sebab saya tak suka gatekeep, saya suka saya bagitahu kat semua orang tentang brand dan kesan dia pada saya, saya tak suka pun saya dedahkan brand dan kesan buruk dia pada.
Produk yang saya guna ada yang saya beli sendiri dan yes, ada yang saya dapat dari dermatologist saya, so kalau korang nak guna boleh consult doktor atau beli sendiri.
Betul macam apa yang few of u guys tegur, ni memang ubat terkawal dan tak boleh pakai sesuka hati cuma takdelah sampai illegal.
So beringatlah, saya cuma tukang bagitahu yang produk tu available di farmasi tapi proceed with caution sebab orang terdekat saya sendiri salah pakai sampai dapat chemical burn. Saya nasib baik sebab saya jenis baca banyakkk pasal skincare so saya tahu sedikit sebanyak cara pakai.
Sebab awal-awal pakai tu, derm tak pernah cakap apa-apa pasal sandwich method dan terus suruh saya pakai sehari sekali. Tanjat gegurl dengar! Memang saya tak ikut lah, saya start slow dulu sebab saya tahu dan dah baca kesan dan cara guna tret.
Tret pun ada banyak pantang larang seperti preggy, breastfeed dan sebagainya. Cuma saya tak mention lah sebab saya bukan dalam kategori tu.
So saya ingatkan lagi ya, kita sebagai pengguna bijak, apa-apa info dalam internet kita kena double dan cross-check dengan sumber sahih seperti contoh dalam kes skincare ni ialah doktor pakar atau bacaan ilmiah seperti journal article, ya.
Amalkan benda ni bukan dengan sharing saya sahaja tapi dengan semua sharing di internet. Ala bak kata ore Ganu, “take it with a grain of salt” hihi. Orang Ganu jangan marah-marah deh, gurau je.
At the end of the day, you tahu kulit you macam mana. Ambillah mana yang bermanfaat, yang rasa tak ok jangan ambil. Atau tak pasti tentang kulit boleh consult dengan yang pakar, semestinya bukan dengan saya sebab saya tak tahu sangat kulit orang lain.
Saya pun takdelah flawless mana, tengok depan-depan mekap je lebih haha tapi takpelah ada usaha nak cantik tu kan hihi.
Kepada yang request nak tahu pasal cleansing balm tu, maaflah saya tak dapat explain banyak sebab saya tak pernah try.
Cuma basically dari apa yang saya lihat, cleansing balm ni macam cleansing oil dalam bentuk solid je. Bolehlah nak guna takat buat rasa-rasa atau kalau travel mantap lah tapi nothing yang menarik minat saya sangat.
Ok semua, saya harap ni dapat bagi penjelasan sikit sebanyak. Again sorry dan thank you for the support. Nanti kita release pasal haircare pulak deh.
— one potato trying to be pretty, haha
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit