Assalamualaikum.. Pertamanya abang mohon maaf sebab abang ni bukanlah pelajar UIA nak confess kat sini. Tapi Alhamdulillah, Allah jodohkan abang dengan pelajar UIA. Bekas pelajar UIA.
Sesungguhnya abang tak pernah tahu pun kewujudan page ni sampailah malam tadi abang online pakai Facebook isteri abang. Abang tertarik dengan beberapa confession kat sini.
Tapi yang buat abang rasa nak confess adalah bila abang baca confession seorang isteri tentang suaminya yang bermasalah.
Hari ni rasa agak emotional sikit bila asyik teringatkan isteri abang kat rumah. Semuanya gara-gara confession kat sini.
Abang asyik terfikir, suami jenis bagaimanakah abang ni? Adakah isteri abang juga sebenarnya makan hati dengan abang?
Isteri abang belajar tinggi, ada degree macam korang juga, tapi dia sanggup terima abang sebagai suami… Abang ni apa la sangat… Kerja pomen, belajar pun takat SPM.
Dia layak dapat kerja yang bagus, bergaji tinggi, tapi bila abang minta dia jangan bekerja, dia dengar cakap abang.
Bila di rumah, dia jaga makan minum abang, sikit pun tak merungut. Dan tak pernah sesekali pun buat abang marah. Senyum memanjang macam tak ada masalah.
Sepanjang berkahwin dengan dia, belum pernah lagi dia minta macam-macam dari abang. Dia sangat faham keadaan abang. Kadang-kadang abang pula terpaksa memaksa dia untuk bagitahu abang apa yang dia nak, biar abang belikan.
Abang bukanlah suami yang baik. Ada masa terlalu penat bekerja, abang akan lepaskan kemarahan pada dia. Ada saja benda yang tak kena di mata. Tapi sikit pun dia tak pernah balas.
Dan mungkin sebab abang dari kecil dah terbiasa tak buat kerja rumah, jadi part kekemasan tu abang tak berapa pandai nak jaga. Sekali lagi isteri abang juga jadi pelengkap segalanya. Dia langsung tak merungut.
Kalau dia nak minta tolong sesuatu, dia akan minta dengan cara yang lembut. Mula-mula dia akan ajak untuk lakukannya bersama-sama.
Hasilnya, abang ni dari tak pandai nak basuh pinggan sendiri, dah tahu dah nak buat rutin tu setiap kali lepas makan. Masak pun dah pandai dah sikit-sikit.
Pasal kewangan pula, mula-mula dulu pun memang abang tak pandai nak urus. Boros. Dia ajak abang berbincang cara nak urus dengan baik. Cakapnya berlapik, takut abang terguris.
Dan disebabkan cara dia tu lah buat ego abang turun sedikit demi sedikit…
Abang tak tahu dari mana datangnya keikhlasan dia sampai dia sangat memandang tinggi dan menghormati abang sebagai suami yang langsung tak punya apa-apa yang boleh dibanggakan…
Tapi bagi dia, abang lah segala-galanya…
Confession kat sini buat abang buka mata. Betapa isteri abang adalah anugerah dari Allah yang paling besar yang abang pernah terima.
Sampai bila-bila takkan wujud suami atau isteri yang sempurna…
Sempurna suami tu akan wujud dengan kewujudan si isteri… Begitu juga sebaliknya…
Tinggal kita sahaja mahu bersyukur ataupun tidak…
Semuanya ambil masa…
Kebahagiaan itu kita yang pilih… Dan ianya hanya akan dapat dirasai di saat kita memberi…
Sekarang Abang masih di workshop. Fikiran masih teringat pada dia…
Terima kasih Nur sebab sudi jadi pelengkap hidup abang yang tak ada apa-apa ni…
Maaf sebab baru sekarang abang tahu erti menghargai seorang isteri…
Terima kasih pada confessor-confessor yang terlibat… Di doakan moga korang semua dapat bertemu bahagia yang dicari…
Doakan kebahagiaan kami juga.
Apa-apa pun, budak UIA best… (isteri abang jelah. Hahaha)
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah, Abg dikurniakan rezeki terhebat, isteri yang taat dan tak pernah mengeluh penat dan abg tersedar awal semasa dia masih lagi setia menemani abg sbg suami, ramai orang lain yang terlepas pandang sampailah terlambat nanti, Semoga abg terus dikurniakan kesihatan dan rezki halal yang berlimpah ruah untuk keluarga amin dan kekal bahagia hingga ke Jannah, Amin.