Assalamualaikum semua.
Antara banyak2 page, aku paling suka lepak kat sini. Merenung diri. Merenung masalah ummah. Seronok baca cerita orang, pengalaman orang. Kadang, buat diri aku matang dan belajar untuk solve masalah.
Aku paling terkesan kalau orang share pasal cerita kisah silam diorang. Jujur, aku sedih. Aku mula berfikir, mungkin punca keruntuhan ummah sekarang adalah kerana kurangnya dakwah. Ye, dakwah.
Berapa ramai antara kita yang sibuk sebarkan cinta Allah? Berapa ramai antara kita yang seronok nak share dengan orang lain berkenaan kasih sayang Allah? Berapa ramai antara kita yang sudi tebarkan perjuangan Rasulullah?
Sama-sama kita muhasabah. Kadang, kita sibuk condemn orang yang buat dosa. Kita terus me’neraka’kan orang yang buat maksiat pada Allah.
Aku, bukanlah penyokong mereka yang bermaksiat. Aku juga pendosa. Dan aku sedar, betapa luasnya rahmat Allah. Betapa besarnya keampunan Allah.
Please korang. Sama-sama kita bantu mereka untuk berubah. Mereka juga sama seperti kita. Nak jadi baik.
Berada dalam kemaksiatan, bukanlah suatu perkara yang menyenangkan. Perasaan celaru. Fikiran serabut. Tak tenang. Sebab itu, aku mohon janganlah kita terus menerus caci maki mereka. Jangan buat mereka rasa down.
Mereka juga perlukan ‘semangat’ dari kita. Bayangkan, tengah-tengah diorang nak berubah.. tiba-tiba korang condemn. Korang kutuk diorang macam-macam. Then, diorang down. Putus asa untuk berubah.
Apa korang nak jawab depan Allah? Sebab korang dah merendah-rendahkan harapan diorang. Korang dah ‘perkecilkan’ hidayah Allah. Sedangkan, kita nie jadi baik pun atas kasih sayang dan hidayah Allah.
Tapi, kenapa kita begitu kedekut nak share ‘rahmat’ Allah dengan orang lain. Tolonglahh.. kita nie kalau buat dosa pun, kita sangat2 memerlukan ampunan Allah. Kita nie bermaksiat, tapi Allah dengan sifat Maha Penyayang, Allah sembunyikan kejahatan kita.
Dan kalau belum mampu untuk bantu mereka berubah, maka bantulah mereka dengan berkata perkara yang baik. Sekurang-kurangnya mereka tahu, masih ada yang terima mereka.
Sedangkan, baik buruk kita Allah je tahu. Mana tahu, orang yang korang kutuk penzina, anak derhaka tu sebenarnya jauh lebih baik lagi dari korang?
Siapa tahu, disisi Allah dialah yang paling tinggi darjatnya. Siapa tahu, di setiap tahajud dialah yang paling banyak menangis kerana Allah.
Akhir kalam, aku juga bukan manusia sempurna. Tapi, aku sedih bila ada orang yang suka condemn orang yang buat maksiat. Maaf atas keterlanjuran kata aku. Cuma, aku inginkan kita sama-sama berubah. Demi Allah. Demi cinta Allah.
Salam kasih sayang dari aku.
– Aku bukan ustazah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ujian orang lain adalah ujian untuk kita yang mengetahuinya juga sebenarnya
Ujian orang lain adalah ujian untuk kita yang mengetahuinya juga sebenarnya
Ujian orang lain adalah ujian untuk kita yang mengetahuinya juga sebenarnya