Assalamualaikum semua,
Mula-mula sekali aku nak mintak maaf sebab aku akan guna bahasa rojak. Aku akan cuba guna bahasa Melayu sepenuhnya. Tapi itu lah, dah lama tak buat penulisan dalam bahasa Melayu jadi Kemahiran Bahasa melayu dah berkarat. Kena campur bahasa sikit.
Aku nak cerita tentang keluarga aku yang semuanya obes. Kecuali aku. Dan sebab aku tak obes pun agak ‘messed up’. Aku anak ke 4 dari 5 adik beradik. Dan satu-satunya perempuan dalam adik beradik. Dalam keluarga semua obes kecuali aku.
Don’t get me wrong. I love my family very much. They are my main support system. I am more than lucky and blessed to have them in my life. Cumanya, dark side family aku ni, mereka agak tak ambil tahu bab obesiti.
Masa aku remaja, aku ada eating disorder. Aku bulimia. Sebabnya, aku tak nak jadi macam mak aku. Masa hari kad laporan mak abah aku datang sekolah. ‘Kawan-kawan’ aku cakap, “Kau sekarang ni cantik lah. Nanti dah kahwin dah tua, gemuk macam mak ayah kau. Hahahaha”.
Aku malu sangat masa tu dan berazam tak nak jadi macam mak ayah aku. Aku akan ada rasa bersalah bila aku makan dan aku akan muntahkan balik secara paksa. Sampai satu tahap, aku akan muntah secara sendiri tanpa paksaan.
Bila masuk university, aku dah duduk sendiri. Dan aku ada perangai baru pulak. Aku tak makan. Sebab susah nak muntah kan. Seharian ada kuliah, duduk ramai2. Tak macam kat rumah ada bilik dan toilet sendiri.
Aku ‘puasakan’ diri aku dan buat kardio berat. Aku tak makan karbohidrat langsung. Makan pun terlalu sedikit. Lari 10km, 20km dan daki bukit/gunung. Tapi, aku berubah lepas aku pitam dekat stesen bas masa nak pergi kelas.
Aku pergi ke pusat kesihatan university masuk IV drip. Masa tu, la doctor tu bagi nasihat dekat aku. Dia tanya aku macam2. Pasal period aku. Habit makan aku. Dan dia kata kalau aku berterusan macam ni badan aku akan shutdown, organ aku akan rosak. Terlalu kurus pun penyakit!
Masa tu period aku memang terabur dan aku selalu rasa letih dan pening. Waktu dalam kuliah susah nak focus. Mungkin masa tu ketakutan mati sebab tak cukup amal mengatasi ketakutan aku jadi gemuk.
Aku perlahan-perlahan ‘develop’ balik relationship aku dengan makanan. Tapi masa ni memang aku makan sama je macam dulu, Cuma aku tambahkan lagi portion. Bila balik rumah, aku akan buat perangai muntahkan balik makanan. Sebab makanan dirumah aku memang sedap dan pandangan mata aku ‘sinful’.
Persepsi terhadap makanan aku berubah lepas aku dah kahwin. Masa kami masih bercinta kami jarang date sebab PJJ. Suami aku dari kampus cawangan lain. Jadi tiap kali sebelum dating, aku akan plan untuk puasa. Esok tu makan macam biasa.
Tapi perangai ni memang tak boleh sorok lepas dah kahwin. Suami aku sangat terkejut. Dan dari situ dia bagi pilihan, jumpa psychiatrist atau cuba ubah cara pemakanan. Dan aku buat pilihan kedua. Dengan dorongan dia, aku berhenti ‘demonizing’ makanan. Dan ubah balik cara pemikiran aku.
Ambil masa setahun juga untuk konsisten sebelum aku mula cuba untuk mengandung. Journey to find self love. Jujurnya aku sampai sekarang ada perasaan ‘jijik’ dekat diri sendir. Tapi aku paksa makan sebab aku ada 2 orang anak yang perlukan aku bertenaga dan fokus.
Dari situ aku study keluarga suami aku dalam usaha nak berubah. Suami aku dan keluarga dia semua ‘lean’. Dari adik beradik sampai la mak ayah dia. Tak de lah masing2 kurus macam Che Ta dengan Zain tu. Saiz sedang2 la. Tapi diorang memang fit. Makan macam biasa, takde pantang.
Mak dia pulak jenis suka buat dessert. Macam-macam jenis kek dia boleh buat. Tapi semua maintain. Aku rasa orang akan cakap genetic. Dari permerhatian aku yang dari keluarga obes, aku tak setuju. Apa yang membezakan keluarga aku dengan keluarga dia adalah habit dan rutin.
Perbezaan no 1 – kepelbagaian menu. Kalau duduk dekat meja makan rumah suami aku, mak dia akan pelbagaikan menu. Sayur wajib ada. Dan cara masak yang berbagai. Mak dia akan padankan lauk yang berminyak/bersantan dengan lauk yang simple atau kurang kalori.
Contohnya – ayam masak lemak, sayur bayam masak air, ulam dan telur masin. Kalau dekat rumah aku – ayam masak lemak, sambal ikan bilis+kentang (yang ni akan dianggap sebagai sayur sebab kentang), ikan goreng. Kalau ada sayur pun sikit je.
Menu rumah aku memang jarang masak sup, tumis air dan steam. Majority makanan yang berminyak, bersantan dan bergoreng. Kalau masak benda bertumis memang banyak minyak. Tak dinafikan mak aku masak sangat sedap.
Perbezaan no 2 – Waktu makan. Love language mak aku memang makanan. Bila anak-anak balik dia akan tunaikan menu kegemaran anak dia. Dan makanan akan sentiasa ada dibawah tudung saji dari pagi, petang sampai ke malam.
Pagi selalunya menu sarapan. Tak kisah la beli atau buat sendiri. Tengahari sampai ke malam selalu lauk yang masak waktu tengahari. Nasi sentiasa ada dalam periuk. Nak makan tak ada peraturan. Pukul berapa pun boleh makan. Nak makan 10 kali selagi ada pun boleh.
Tapi kalau mertua aku – lepas waktu makan pagi habis, dia akan simpan makanan tu dalam peti ais. Sama lah waktu tengahari dan malam. Kalau nak ulang makan atau tak sempat, kena panaskan balik.
Jadi, adik beradik suami aku ni memang makan waktu2 tertentu je. Dan waktu makan – tak boleh tengok screen. Jadinya, waktu makan tu jadi singkat.
Perbezaan no 3 – accessibility to food. Rumah aku – tempat makan tak ada peraturan. Kau boleh makan dekat mana-mana kau nak. Dalam bilik sendiri pun boleh. Depan tv tu perkara biasa. Bilik tidur pun mak aku tak marah.
Mak aku sendiri ada snack table kecil tepi katil dia. Sama la dengan abang2 dan adik aku. Mak aku makan snack mcm keropok atau popcorn sambil layan handphone atas katil.
Rumah mertua aku – pantang makan luar dari kawasan dining area dan dapur. Kecuali kalau bapa mertua aku cakap boleh macam waktu ada game bola/ badminton atau siaran langsung lain, bolehlah makan depan tv.
Aku pernah sekali masuk bilik bawa super ring. Suami aku terus tarik dan tengok line sekeliling. Macam aku seludup dadah. Dia cakap, kat rumah dia tak boleh macam ni.
Perbezaan no 4 – Snek dan minuman bergula. Di rumah aku, tak akan – aku ulang tak akan putus air manis dan stok jajan. Air manis dari cordial, air kotak dan air bergas.
Dan keluarga aku memang tak makan nasi dengan air kosong. Mesti ada air manis. Gula nak buat air panas seminggu paling kurang 1kg gula. Susu pekat lagi. Stok jajan pulak ada keropok, kek, roti krim, aiskrim, maruku dan lain-lain. Anak-anak aku kalau pergi rumah mak aku memang bersinar mata. Macam-macam ada.
Setiap petang, wajib ada keropok lekor, pisang goreng, kuih muih, karipap bawah tudung saji. Ditambah pulak boleh makan di mana-mana.
Rumah mertua aku – air kosong setiap masa. Kalau buat air manis pun, sekadar ada rasa-rasa sikit. Air panas tak ada gula. Gula mertua aku akan letak dalam mangkuk kecik dan sudu kecik kat tepi. Kalau ambil pun hujung2 sudu je. Snek ada juga lah. Tak banyak. Tapi sebab kena makan dekat dapur atau dining area, snek tu akan makan sikit-sikit je.
Perbezaan no 5 – aktiviti harian. Dari kecil sampai ke besar memang kami ni tak didedahkan sangat dengan akviti fizikal. Majoriti aktiviti fizikal yang aku dan adik beradik buat adalah di sekolah dan kerja rumah.
Mak aku pulak masak dan kerja rumah. Ayah aku, kerja dan kemas patio rumah. Kalau waktu cuti sekolah memang kerja rumah sahaja lah untuk kami.
Kalau bercuti, mandi kolam/mandi laut/air terjun/water park dan akan ada aktiviti piknik dan makanan yang penuh meja. Itu pun tak selalu sebab kami ni bukan lah senang sangat dulu nak berjalan kesana sini. Mak dan ayah aku akan duduk tepi je perhati kami.
Bab berjalan kaki, memang dielakkan. Tempat paling sesuai untuk berjalan memang Thailand dengan Indo buat masa ni. Situ je la mampu nak pakai driver yang boleh hantar dekat dengan mana2 pun.
Tapi untuk famili husband aku, mak ayah dia takde lah obsess sangat dengan aktiviti sukan. Suami aku dan adik beradik pun bukan lah aktif sukan sangat masa sekolah.
Tapi diorang dari kecil lagi dah dilatih untuk jalan kaki jauh. Mak ayah dia dari kecil bawa jalan keliling tasik dalam 3km satu loop. Lepas habis tu main la dekat taman permainan sampai puas.
Sebab tu suami aku memang suka lari jarak jauh dan hiking sampai sekarang. Mak ayah dia walaupun dah 70 tahun jalan kaki hari2 untuk solat maghrib/isyak di surau. Jarak dalam 800 meter macam tu satu arah. Pagi2 pun mereka masih buat rutin keliling tasik seminggu 2-3 kali lepas solat subuh.
Jadi kalau kami kemana-mana dengan mak ayah suami aku, tak ada masalah nak jalan jauh. Naik public pun gagah. Bab naik tangga pun sama. Mereka OK naik tangga.
Aku pernah ke South Korea/Japan dengan mereka naik public transport. 20,000 steps setiap hari pun mereka OK dan boleh catch up. Cuma kena slow2 la. Siapa pernah kesana tahu lah jalan dia punya berbukit dan bertangga.
Kesihatan overall, mertua aku dua2 makan ubat kolestrol dan darah tinggi. Mak ayah aku pulak – tiga serangkai. Tapi perbezaan paling ketara memang dari segi fitness dan berat.
Mak ayah aku – kurang fit, ada batas pergerakan dan obes. Mertua aku fit, ‘mobile’ dan badan sedang2 walaupun mereka lagi tua. Alhamdulillah dua-dua belah family jenis tak merokok.
Aku sayang mak ayah aku. Tapi aku sendiri tak berani nak tegur cara mereka ni. Dah lebih 60 tahun mereka hidup macam ni. Aku berani hint2 je. Adik aku pun dah mula gaya hidup sihat. Tapi dia cakap di rumah memang banyak dugaan.
Itu lah luahan aku. Sesiapa nak kurangkan berat secara perlahan mungkin boleh cuba kalori defisit dan ditambah dengan habit family mertua aku. Semoga berhasil dan lagi cepat mula, lagi bagus.
Sekian, terima kasih sebab membaca.
– AssasinoObesino (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit