Aku consider diri lawo based on diri sendiri, hahaha, tapi aku still nak share sedikit tips yang aku pernah amalkan, Aku listkan juga tips yang fail.
Tips Jadi:
1. GREEN TEA- Minum air green tea kosong untuk bersihkan usus/perut. Asyik membuang aje bila minum teh ni. Teh siam hijau tu pun boleh je.
2. GREEN TEA- Kalau ada jerawat, kadang kadang aku sapu air green tea kosong atas jerawat tu, asal kering je, sapu lagi. Nanti kecut la jerawat tu.
3. VAGINA WASH- Dulu zaman sekolah aku selalu ada jerawa, berbagai jenis pulak tu, jerawat batu, pasir, takde mata semua ada. Aku jadikan vagina wash tu as cleanser aku, tapi aku target kat jerawat sahaja ye, sebab dia mengeringkan kulit.
4. RIGHT AMOUNT OF SUNSCREEN- Pakai sunscreen biar cukup untuk muka, jangan ‘asal ada’ je, nanti dia tak cover kulit. Bazir je pakai kononnya nak jimat, sekali lagi membazir sebab tak efektif.
5. AIR RENDAMAN BERAS- Pakai air rendaman/bilas beras yang ke-3 kat rambut. nanti rambut shiny and lembut.
6. KERINGKAN RAMBUT SAMPAI KE AKAR- Make sure keringkan rambut sampai ke akar, pakai towel pun boleh je, basah sikittt tu takpe. Cara ni buat aku takde kelimumur dah, rambut pun kuat, tak bau kepam and tak gatal kepala.
7. SCRUB BADAN- Seminggu sekali scrub badan untuk kurangkan bulu tersekat dalam liang pori dan untuk buang kulit mati
8.PAKAI MOISTURIZER- Kalau kulit kita gatal, meaning dia tengah kering, so cepat cepat pakai moisturizer.
9. ICE-ING- Sapu muka guna ice, boleh kecutkan jerawat, pori pori pun mengecil, aku suka sebab dia rasa fresh sejuk.
Tips yang tak jadi:
1. MASK MADU+LEMON- Hampeh tak jadi, kulit aku gatal, merah dan minyak.
2. MASK TOMATO- Kulit tak jadi apa, cuma muka melekit.
3. SNAIL MUCIN- Aku tak sesuai dengan ingredient ni, dia buat aku gatal kat muka.
4. VIT C- Skincare yang ada vit C ni buat kulit aku sensitive dan merah merah naik jerawat.
Tu je kot yang aku ingat, apa apa pun boleh la komen kat kat bawah..
– Qasidah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit