Rasa Hati Sulung

Hi assalamualaikum. Banyak dah confession tentang si sulung kan. Memang begitu lah, si sulung yang selalu tersepit dan dilema. Aku punya cerita yang hanya nak diluah agar hilang sedikit rasa jauh dalam hati.

Aku sulung dari 3 beradik. Sudah berkahwin. Aku datang dari broken family, mak ayah dah divorce lama. Mak aku dah kawin lain.

Dulu waktu awal kawin, adik aku accident so mak aku panggil aku balik untuk sama2 jaga adik aku sambil macam nak marah2 aku sebab aku macam tak berapa cakna, sebab aku pun masih dalam proses pemulihan alahan. Waktu tu aku tengah pregnant dalam 5 bulan baru habis alahan.

Lepas kawin aku duduk jauh. So aku balik la berbakti pada keluarga lagi. Sebelum kawin, jangan cakap la. Memang aku je yang reti berbakti pada keluarga tu. Aku la yang buat semua kerja, dari memasak sampai basuh baju. Adik2 aku boleh kata pemalas.

Ok sambung.. Aku jaga adik dalam sebulan lebih berkampung kat hospital. Aku ulang alik naik motor berhujan panas sejauh 25km sehala. Aku buat sebab paling utama aku kesian kat mak yang kena jaga sorang since dia pun masih kerja.

Yang adik aku sorang lagi lelaki. Adik aku yang accident tu sejenis panas baran sikit walaupun dia perempuan. Selalu aku kena marah waktu jaga dia. Kena maki walau salah aku kecik. Aku tahan je lepas dia dah sihat sikit, aku terus balik kat suami aku semula.

Tapi aku terkilan waktu aku pantang, dorang macam tak berapa cakna dengan aku lagi2 adik aku yang kedua tu. Dulu aku susah payah jaga dia, basuh berak, mandikan dia. Tapi aku pantang, dia tak berapa heran kat aku. Jauh sekali nak tolong basuh baju aku ke masak untuk aku simple2 ke.

Mak aku pun sama. Mase ni dorang baru kawin. Ada masa dorang macam nak berbalah sebab nak kena temankan aku kat rumah sebab masing2 nak keluar beraya dengan suami. Aku faham je dan tak paksa tapi aku baru first time mom kot, aku tak biasa lagi2 emosi waktu pantang lain sikit.

Aku tahu mesti nak kecam aku sebab pantang sepatutnya suami jaga? Yes. Aku tahu. Tapi mak aku awal2 dah sedia maklum aku nak pantang kat kampung lagipun aku rindu nak duduk dengan mak macam dulu balik walau sekejap.

Tak sampai 40 hari aku pantang kat kampung, aku call laki aku suruh datang ambik dan sambung pantang kat rumah walau sunyi sorang2 takpela aku belajar berdikari.

Sebab masa pregnant pun mak aku tak berapa amik tahu hal aku sebab time tu dia tengah bercinta dengan suaminya sekarang. Aku tanya ape2 berkaitan pregnant pun dia suruh tanya orang lain. Yela aku faham tengah mabuk cinta.

Aku suri rumah tapi aku ada buat bisnes on-line dekat rumah. Aku ada la duit sendiri sebab aku selalu saving. Balik kampung je aku akan belanja family macam2.

Haritu aku kumpul duit belikan mak aku gelang emas sempena birthday mak. Tak la mahal sangat tapi agak struggle jugak aku simpan dalam 2k lebih. Kami sambut birthday mak ramai2 tapi kebetulan pulak time nak sambut tu ayah tiri aku @ suami mak terpaksa kerja ganti orang jadinya dia takde time tu.

Mak macam takde semangat sebab suami dia takde. Sedangkan semua anak dia ada, family ada. Tapi nampak riak muka dia tak happy. Sebab sorang je takde. Aku dah kecik hati time ni sebab susah payah kami beli kek, aku masak makanan sikit. Siap belikan hadiah gelang.

Esokkan tu baru mak buka hadiah kami bagi termasuk gelang aku. Tapi dia nak mintak suami dia yang pakaikan kat dia gelang aku belikan tu. Sepatutnya aku la yang pakaikan kan.. tapi takpelah. Aku dah mula kecik hati.

Kejadian kedua baru ni, aku balik kampung belikan barang makanan nak buat bbq ramai2 habis dalam RM150++ macam tu tapi kebetulan jugak malam tu ayah tiri aku kena kerja ganti orang lagi. Mak aku pun berapa kali ulang ‘ tak bestla takde ayah malam ni’.

Dia macam tak berapa nak buat bbq tu tapi sebab aku dah beli barang2 so terpaksa la buat dalam keadaan mak yang tak berapa happy sebab takde suaminya. Padahal aku dah macam takde tenaga masak makan2 malam tu. Kat kampung memang aku jadi tukang masak untuk semua.

Bila suruh adik aku basuh perkakas lepas tu, dah jadi macam nak bergaduh pulak padahal aku masak sorang2 okay je. Dia memang nak makan saja tanpa nak tolong. Aku memang dah kecik hati tapi aku diam je teruskan macam biasa.

Aku balik kampung jarang2, siap belikan barang2 nak buat bbq tapi mak seakan tak hargai pun kehadiran dan usaha aku. Sebabkan takde suami mak, mak tak happy walau semua anak menantu cucu dia ada.

Mak seorang yang agak cerewet bab kebersihan dan kekemasan rumah. Balik kampung kadang2 aku rasa tertekan dan rimas sebab mak banyak merungut.

Contoh suami aku keluar tandas lupa tutup lampu, lupa tutup pintu tandas, anak aku mandi air ada sikit atas lantai. Masak kena cepat2 kemas padahal aku kemas je lepas masak.

Rumah family suami aku memang opposite sangat dengan rumah mak so tak boleh nak expect suami aku auto berubah macam tu bab kekemasan. Mak banyak merungut menjadikan aku tak berapa selesa dah nak berlama2.

Aku dulu rapat dengan mak, tapi kenapa aku rasa sekarang macam dah semakin jauh. Paling obviously mak seakan tak boleh berenggang dengan suami dia walau sekarang dah jampir 4 tahun kawin. Kat kedai makan memang tempat mak kat tepi suami dia.

Ada sekali aku pernah tarik kerusi nak duduk tepi mak, tapi mak cakap tempat ayah. Dia suruh aku duduk kat lain. Entah la, orang lain pun ada suami tapi tak la macam tu. Aku sendiri pun tak la macam tu.

Kadang2 aku rasa lebih selesa kat rumah family mertua dari rumah mak sendiri. Mak terlalu try hard jaga hati suami dia sampaikan mak tak kisah hati aku.

Fyi, suami mak aka ayah tiri aku okay je. Kami rapat dan baik. Tapi tingkah mak banyak buat aku makan hati.

– KAKTUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mak ko tgh mabuk angau dpt laki baru..so segalanya nak dipersembahkan demi laki baru…

    Tunggu la esok2 Tuhan bg bergaduh..br tahu langit tu tinggi ke rendah.

    Dah la jgn dikisahkan hal dorg makin layan makin mkn hati…aku tahu ko pun dh kena trauma luka batin…sebab perbuatan dorg kan?

    Dia cmni..adik beradik sekalipon takleh terlampau baik sgt sebab akhirnya dorg akan bawa haluan sendiri dan x pedulikan kita pon.

    Aku dah kena…aku sakit..mana dorg pnh tnya sepatah are u ok?p jumpa doktor ckp apa? Tkde ya..even mak sendiri..so ak sakit ke apa..ak berjuang demi diri sendiri…kena belajar syg diri sendiri jgn harapkan org nak caring psl kita pon.

    Ko jarakkan la diri sikit drp famili tu..buat apa nak dekat2 lau ht sakit…ko kan dah ada suami..layan je suami dan anak ko atau famili belah mertua sana…

    Bila kita dekat2 ni bau hancing..bila jauh jarang jmpa br timbul wangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *