Saya isteri yang berumur 35 tahun dan suami setahun tua dari saya. Usia perkahwinan 5 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Selepas diuji dalam rumah tangga mengenai sikap suami yang suka lepak dan dan saya akan mengamuk di mana sampai suatu tahap saya tak dapat lagi larang suami melepak.
Jika sebelum lepak kerja rumah beres ok lagi. Ini tidak, kerja rumah tak siap lagi tapi dah siap2 nak keluar. Punca kami bergaduh mesti kawan. Suami selalu cakap saya punca dia hilang kawan.
Saya pendekkan cerita.. Sejak beberapa minggu ini saya amat berasa tawar hati dengan suami. Tawar yang langsung tiada perasaan cemburu, rasa rimas kalau dia ada kat rumah. Lebih kurang macam tulah.
Kekerapan suami lepak seminggu dari Jumat malam hingga Ahad malam. Kadang2 join ride setiap Sabtu malam. Kalau bawak saya dan anak main belon di taman yang dalam sebulan sekali tu dia akan habiskan masa berborak dengan kawan. Alasan dia kawan lama dah tak jumpa.
Tapi setiap kali keluar setiap kali tu nak borak dengan kawan, bosan lah saya. Bila ditegur saya sekali lagi dianggap punca kepada pergaduhan. Tak boleh tengok dia senang sikit dengan kawan.
Kalau bawak berjalan pun suami selalu akan moody. Tambah kalau bercuti berdua. Pernah sekali saya belanja suami makan berdua di dalam sungai dengan jarak perjalanan 3 jam dari rumah pun suami moody.
Tanda2 suami moody, bila saya tanya suami tak nak jawab. Kalau saya dah fedup sangat sampai saya jeritkan baru lah dia nak jawab. Bila tanya kenapa moody, dia jawab takda pape.
Dan kadang2 dia pulak suruh saya fikir sendiri. Kalau bercuti dengan anak2 pulak dia akan complaint penat2. Tapi kalau bercuti ajak sekali family dia dia akan okay. Sangat baik dari awal sampai habis percutian.
Sebab suami saya ni saya perhatikan anak dan abang yang baik. Adik dan kakak mintak bawak ke mana-mana sanggup bawakkan.
Atas beberapa sebab di atas, malam2 bila saya tidur saya selalu tanya diri saya. Adakah suatu hari nanti kalau saya sakit dia akan jaga saya? Kalau dah kat rumah kalau hari cuti kerja dia sapu sampah je lepastu baring dan tahu sebut penat dan lapar je.
Ada satu hari tu saya period saya baring pun dia tetap dok merunsingkan saya cakap pasal anak tak makan lagi. Padahal boleh je dia cedukkan nasi dan lauk untuk anak. Jujur saya cakap saya tak nampak lagi macam mana cara dia akan jaga saya.
Kami dulu kahwin sebab bercinta tapi sekarang ni tiada rasa cinta rasanya. Kalau dah dalam seminggu asyik nak moody 24 jam. Seri rumah tangga saya berkisar tentang mood suami. Kalau mood suami okay rumahtangga akan okay. Kalau mood suami tak okay dia akan mempengaruhi semua.
Saya tahu lazimnya orang akan cakap Allah ada. Ya saya yakin dengan Allah tapi nanti anak2 dah besar dan ada keluarga sendiri tentulah saya harapkan suami untuk jaga saya.
Tapi kalau time saya sihat pun suami selalu sakitkan hati saya macam ni, kurang empati pada saya, selalu cakap kasar dengan saya. Saya sedih sangat. Nak teruskan rasa terluka sangat, nak putuskan rasa serba salah pulak.
Selalu saya tengok orang2 yang lepas dah cerai mudah kahwin baru saya jadi tertanya tanya mereka pernah menyesal tak bercerai. Saya ada dua orang anak perempuan. Seorang 4 tahun seorang setahun. Yang 4 tahun sangat rapat dengan ayahnya.
Adakah kalau cerai hidup saya akan bahagia bergilir gilir tidur dengan anak. Saya tak boleh kalau tidur takda anak. Dah terbiasa sangat.
Ada tak yang mengharungi perkahwinan ni tanpa masa tua yang tak pasti macam saya jugak. Masa tua in terms of penjagaan oleh suami sendiri.
Saya kadang2 setiap malam terbayang bayang hidup saya berseorangan sebab suami sampai ke tua saya bermimpi utamakan kawan. Bukan saya sebagai isteri.
Kadang2 saya rasa macam jauh sangat saya fikir. Tapi kalau tak fikir sekarang bila lagi nak fikir kan.
Boleh kongsikan pendapat pada sapa2 yang alami benda yang sama macam saya ni. Yang ada suami tapi macam takda suami je rasanya dan suami kerja moody 24jam.
– Miss Broken (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit