Salam. Aku L. 29 tahun dan bakal berkahwin dengan tunang aku.
Aku memang bercita2 nak jadikan isteri aku surirumah macam ayah aku berkerja dan mak aku surirumah.
Mak aku dulu 100% urus rumah & urus kewangan ayah aku. Mak aku ni bendahari rumahtangga la kiranya.
Bagi aku kalau perempuan tiada keperluan untuk berkerja, kenapa dia nak berkerja melainkan untuk kemahuan semata2?
Tunang aku ni tiada mak ayah untuk ditangggung. Tiada loan belajar. Tiada loan kereta/moto. Tiada installment apa2.
Pendekkan cerita di perkenalan, tunang aku kata dia ok jadi surirumah. Masa ni dia masih belum berkerja sebab baru convo. Kami pun bertunang.
Selepas bertunang, tunang aku dapat offer kerja dan dia minta ruang untuk berkerja selama 3 tahun dan dia berjanji berhenti kerja dan menikah dengan aku lepas 3 tahun tu.
Sekarang masuk tahun ke-4, dia masih berkerja dan bagitahu hasrat yang dia nak berkerja selepas nikah nanti.
Aku bantah sebab aku mampu tanggung dia. Dia listkan keperluan dia jadi aku tahu aku mampu. Kalau nak lebih pun aku mampu.
Aku tak faham kenapa dia nak berkerja kalau aku mampu tanggung keperluan dia dan mungkin separuh kemahuan dia (bercuti oversea setahun sekali no problem, urus duit gaji aku 100% aku bagi, spa, mekap).
Aku nak bagi dia kerja tapi atas dasar apa? Atas dasar kemahuan dia? Cita2 dia?
Bukankah dayus aku ni kalau benarkan dia berkerja semata2 nak penuhi cita2 sahaja?
Bukankah dayus aku ni kalau bagi isteri berhias dan berwangian pergi kerja tempat bercampur lelaki perempuan? Kalau kerja selekeh nanti kena marah dengan boss.
Aku faham kalau lelaki tu tak mampu dan isteri TERPAKSA berkerja demi ekonomi rumahtangga. Tu kes lain la.
Aku rasa ditipu hidup2 dengan janji dia. Aku rasa bodoh tunggu dia selama 3 tahun.
– L (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebab apa nak kerja walaupun tiada keperluan? Hermm mungkin dia bosan kot duk rumah je? Tengok jenis orang gak kot. Ada jenis orang suka je duk rumah buat kerja kat rumah, kalau dah boring sangat pun maybe akan usaha buat bisnes dari rumah je sebab tak terikat dengan sapa2..tukar2 aktiviti kat rumah. Esok cari menu2 masakan baru, minggu depan start aktiviti menanam. Bulan depan nak try hobi menjahit pula. Bagi dia rumah is heaven, biarlah hanya buat kerja rumah dan menguruskan anak2. Biasanya mindset nya pikir lagi selamat di rumah dari kat luar lagi2 perempuan, dah lah macam2 boleh berlaku kat luar tu. Biasanya orang macam ni introvert. Dia perlukan human interaction sekali sekala tapi taklah ‘craving’. Bagi dia baik stress kat rumah dari stress kt tempat kerja dengan nak kejar deadline lah, nak kejar sales lah. Nak hadap perangai2 clients lagi.
Ada juga jenis yang tak suka duk rumah. Jenis hati memang suka keluar. Suka berjalan. Suka cari benda2 baru. Suka bergaul dengan orang. Kalau duk rumah je otak dia senang jadi tepu. Selalunya extrovert lah orang kata.
Tapi tu lah, dalam Islam kalau suami tak izinkan bekerja, memang isteri wajib ikut.. Camnilah TT, bawak duk bincang elok2, slow talk. Tanya dia betul2 hati ke hati kenapa dia nak kerja walaupun TT mampu tanggung.. Mungkin TT boleh bagi dia kerja tapi dia tak boleh mekap dan berwangian2 lebih2 sangat.. Sikit2 dah lah. Tak perlu nak pakai maskara eyeshadow etc. Orang kata natural makeup je. Pastu pakai deodarant je supaya peluh tak busuk..No perfume yang orang jarak 10 kaki pun boleh bau. Pakaian pun kena yang longgar dan tutup aurat.. Bercorak sikit2 tu boleh lah.
Kalau dia kata nak kerja sebab nak capai cita2, tengok lah cita2 tu yang macam mana.. Kalau macam lagi boleh membawa ke arah tak beberapa manis sebab jenis mungkin kerja yang selalu campur laki perempuan, kerja yang tak kira masa sampai mungkin boleh jejaskan quality time dengan family nanti, so better suruh dia cari cita2 lain.. Kalau dia berkeras juga, mungkin maknanya korang dah tak sekufu pemikiran. So better TT angkat kaki je kot..? Lepas tu cari perempuan yang memang suka duk rumah
Bagi aku ok je kalau perempuan tu nak kerja. And aku ada banyak sebab kenapa.
Pertama perasaan bila dapat duit atas usaha sendiri rasa dia lain dari dapat duit orang bagi, sbb kau tak perlu nak menagih duit dkt orang and kau boleh beli apa je kau nak, and indeed kau ckp kau mampu tanggung from a to z, tapi kena fikir in long term, katakan korang kahwin lepastu korang cerai (tak doa la korang cerai just contoh), and perempuan tu tak kerja sbb kau tanggung semua, bila cerai mestila perempuan tu takde harta, nak taknak dia kena berdikari, same goes kalau kau mati ke or accident tetiba tak mampu tanggung from a to z. Lagi lama tak bekerja lagi susahla majikan nak ambik kerja, dah la makin tua pastu tkde experience.
Bagi aku korang kena berborak from heart to heart dan kena give and take.
Kalau kau mmng berkeras nak dia jadi suri rumah, kau kena bagi dia something as exchange, sebagai contoh rumah, kereta, emas yang hak 100% atas perempuan tu and kau tak boleh usik.
Kalau kau dah offer harta yg 100% dia punya tapi dia tetap berkeras nak kerja then mungkin korang tak sekufu.
And aku faham bila kau nak perempuan tu jadi suri rumah dan perasaan kau bila perempuan tu dah janji 3 tahun kerja pastu berhenti tapi tak berhenti, tapi bagi aku kau kena fikir dari kedua belah pihak. Kalau masalah mcm ni time tunang pun takboleh settle, percayalah time kahwin lagi susah.
Aku bagi contoh pasal harta tu bukan nak cakap aku gold digger ke atau perempuan tu gold digger ke tapi ini utk masa depan yang tak pasti, perasaan manusia boleh berubah. Mungkin sebelum kahwin kau mmng confident boleh tanggung a to z tetiba ada anak atau apa2 berlaku kau jadi tak mampu tanggung. Dan for sure kau pun akan sakit sebab bagi harta atas nama dia tapi tu la sacrifice kau kena buat kalau kau nk dia jadi suri rumah, sbb perempuan tu sacrifice kerja utk jadi suri rumah.
Dan aku pun taktau la mungkin pemikiran aku yang terlalu jauh ke depan yang tak pasti..semoga korang berdua baik2 dan dapat selesaikan masalah ini dgn baik,
bang..kawen ngn saya je la.. saya penat da keje.. nk dok umh suami bg duit.. ahahahah
angkat kaki jela bro. suruh bini ko kawin dgn kerja dia. ckp laki pun xnk degar, ego degil.
Dia boring la tu hadap situasi sama hari2..kalau aku pon pecah kepala dok rumah bertahun
Kena open minded la bro…bg dia bebas sikit..tkt lama2 wife ko kena sakit mental ko juga susah.
Kalau nk bg dia kja..buat syarat apa2..xleh kja syif mlm ke apa..x salah bahagiakan ht wife sendiri demi kerukunan rumah tngga
Tak kawen lagi dah sibuk nk kontrol live org. Red flag ko neh. Hidup dia hak dia lah. Kawen la dulu sok dia dah ngandung ada alahan berenti la dia. Selagi dia takde masalah tempat kerja itu rezeki dia.
Dik, ko nak wife yg dok umah patut awal lg ko cari ppuan yg tak keje, suka dok umah dan bukan yg grad universiti.. ppuan yg suka dok umah ni biasanya introvert.. tunang ko jenis suka bekerja dan ada income sendiri.. so, ko bg kata dua jelah.. sama ada nak kawen dgn ko or tidak.. kalu kawen pon nnti akan gaduh sbb wife nak keje gak wlpun dok umah.. bg akak kalu rasa bole bertolak ansur dlm hal ni.. bincang baik2.. kalu tak ko cari jelah ppuan lain..
Akak ada kawan.. dia resign keja jadi housewife.. anak 2 org..laki dia kaya..kereta 2 import utk kawan akak ni.. pocket money RM 6k sebulan.. bercuti hotel mewah 4 angka 1 mlm.. dia nak jewels 5 angka pun boleh dapat..
TAPI tak sampai 10 thn kawin, laki buat hal, buka cawangan, mula2 nafkah cut down jadi rm3k.. kereta jual 1.. and yg terbaru nafkah x bg langsung dah dekat setahun dah..
Kawan akak skg ni dah xde income.. duk korek la segala savings.. dia kata nyesal resign dulu.. at least dulu dia keja gaji dia rm 8k n most probably by this time dah naik 5 figures pun.. now nak cari keja dah susah sbb dah 4 series..
Dan ramai lagi kawan akak yg senasib..
Org laki mula2 mmg la janji bulan bintang gajah terbang tapi bila dah mid 30s dah 40s korang start la miang nk buka cawangan.. kalau mampu takpe, ini menganiaya anak orang.. elok2 mak pak invest hantar anak ngaji tinggi2 supaya boleh contribute to family/society.. tiba2 dapat kat laki mcm ni..
Kau la bagi kerja dia kat rumah tu. Susun jadual kerja dia kena buat apa. Cukup bulan bayar gaji dia sama cm kerja skrg. Mampu kan? Kan sama tu 😏
Aku sorang pompuan, mngkin aku fhm knp dia nk bekerja tu, mak aq pon dah pesan, “mcmne pon ko mesti bkerja, w/pon suami ko kta dia mampu sara ko..” bro, bla dah berkahwin, bru aq tau sbb sbenar mak aq sruh bkerja, w/pon ayah aq pon sanggup n mampu sara dia, meski pon x mewah.. kami bkn dtg dari kluarga yg senang.. suami aq dlu pon kerja biasa2 aje, kmi suka sama suka dan dia pon jenis kuat ‘agama’ ckit, klaw ikutkan dia pon ‘bersyarah’ kat aq psal wanita bekerja ni, bnyak ‘buruk’ dari baiknya.., tp sbb aq kerja ‘gomen’ aq ckp kat dia, bkn senang aq nk dpt kerja ni, lagi pon aq baru bekerja mse tu, bagi la aq sah jwatan n layak dpt pencen ke, nt baru kita bincang blk, so dia pon stuju.. kmi pon hidup ‘sederhana’ je, aq pon x kisah sgt, mne kperluan rumah yg xckup ke, aq ikhlas ‘bantu’ dia.. selang 3 tahun, dia decide nk brenti kerja n buat bisnes, mse tu mmg dia ada buat ‘part-time’ MLM, mse tu mmg ‘income’ dia ‘boost’ sbb gp dia tu mmg buat gila2 berniaga, mse tu kerap la dia cuti n mc, sbb nk ikut gp dia pergi sana sini, diorang tu lain la berniaga ‘full-time’, so x ganggu waktu kerja.., modal pun dia ada ‘pinjam’ kat aq, sbb aku senang jugak nk dpt pinjaman bnk, sbb kerja gomen.. sampai satu hari org pejabat dia dtg cari dia, kata mreka dia dah lama xdtg kerja, cuti tahunan n klayakan mc pon dah abis.. kerja dia pon bnyak yg ‘tertunggak’, n terpaksa disiapkn oleh org lain.. diorang pesan sruh dia dtg opis, klau x pejabat dia akan ambil tindakan kpd dia.. aku pon bgitau dgn dia pasal ni, bila dia blk, dia jd ‘serabut’ dan cakap dia nk brenti je, n fokus buat perniagaan nya tu.. aq xnk la serabutkan lagi keadaan, aq ckp, terpulang lah, janji dia bayar blk dt yg dia ‘pinjam’ kat aq tu.. begitu lah kputusan dia n seterusnya dia mmg x lekat di rumah.., tp hasil dia berniaga tu xpernah pon dia kongsi pun, kreta bertukar ganti, tp aku slalu ditinggalkan dgn ank2, mkn minum pandai2 la kmi nk hidup.. klau dia balik pon, kmi akn ‘bergaduh’ pasal dt dan hal2 lain yg aq terpaksa uruskn sendiri.. alhamdulillah aq bekerja, w/pon bkn jadi pegawai, tp kmi ckup la mkn n pkai.., suami pon serupa ‘x wujud’ waktu tu.. dlm pd tu, dia telah menjalinkan hubungan dgn seseorang, aq x pasti ‘upline’ atau rakan yg sama2 buat biz tu, bisnes apa yg dia buat mse tu pon aq xtau, sbb dah bnyak sgt.. sampai satu masa, bila dia blk, aku mintak dia lepaskn aq, sbb dah mcm xde makna dia jd suami n ayah, sampai ank2 pon dah x mesra dgn ayah sendiri.. of coz dia ‘marah’ waktu tu, dan bersyarah panjang lg.. aku pon ‘balas’ balik dgn ilmu yg aku tahu dari ceramah2 yg aq dengar.. kmi ‘brgaduh besar’, sampai ank2 pon sruh jgn bergaduh dpn diorang.. dia pon kluar n x balik2 lg.. x lama lepas tu dia ceraikn aq melalui telefon.. nk kta sedih, sbenarnya aq ‘bersyukur’, setidak2nya fikiran aq n anak2 dah x terbeban dgn prangai dia.. aq mintak tukar balik ke negeri asal ku, dan tinggal bersama ibuku.. aq x bole bayangkn, klaw aq brenti kerja dlu dan ditinggalkan tanpa nafkah zahir n batin.. nk harapkan belas ihsan org lain, sampai takat mne sgt.. itu dia yg ada asas agama ‘konon’nya, pon sanggup abaikn kluarga.. mnusia bole berubah bla2 mse.. sma jugak klaw suami mninggal lebih awal.. seorang rakan yg sejak mula kawen x bekerja n suami buatkan utk dia semua, dan dia cuma uruskan hal dlm rumah shj, sampaikan bla suami nya mninggal, nk uruskan hal berkaitan r/tangga amat sukar bginya.. x bole bwak kreta or motor plak.. nk urus kematian dan perkara2 lain semuanya nk kna mintak tlg org lain, sbb dia x biasa keluar ke bnk or pejabat krjn, nk bercakap mcmne pon kna org lain yg tolong, sbb dlu semua suami yg buat; cth nk byar bil2, nk byr cukai, nk cari org baiki rumah, nk blajar memandu dan segala macam perkara, asyik kata xtahu n mintak tlg orang lain.. itu x termasuk kluarga mertua yg ‘pandang rendah’ klaw menantunya x bkerja, mcm nk abiskan semua dt anaknya shj.., dan macm2 la pandangan negatif, klaw kita sentiasa mengharapkan suami shj.., mse dia masih ada, mngkin ok2 je, tp bla dah terjadi takdir yg memisahkan, mse tu msalah lain yg akn timbul.. wallahu a’lam..
Somehow aku agree dgn pemikiran provider kau ni. Betul la. Kalau kau mampu tanggung, buat apa pompuan nk keje. Tp kau kena ingt, pompuan ni nafsu dia 9. Mcm² ada dlm benak dia utk dia capai. Pemikiran pompuan tak belajar tinggi, dgn yg belajar tinggi ni, lain. Aku ada beberapa kawan² yg end up jd suri rumah, mengeluh yg dorg x dpt kepuasan bila ada brg² yg bkn beli dr duit sndri.
Tp, zaman dh moden. Keje dr rumah pun boleh dah skrg ni. Atau kalau tunang kau perlu pegi site ke atau jmp org, kau kena kawal sikit. Ckp kat dia mekap jgn mcm gadis lorong. Light² je atau xyah mekap lgsg. Walau aku tau ada keje yg xleh tak mekap. Perfume pn jgn pakai. Deodoran je dah. Well..keje boleh tukar kot kalau dia skrg keje kena mekap² ni. Haha!!
Bincang la elok². Tension² amek masa pun x guna jgk. Lg teruk kalau kau realized yg kau sedang buang masa skrg. Like i said, pompuan yg ada pendidikan ni, dia ada cita². Xkan sewenang²nya dia duduk rumah x buat apa². Penat belajar bertahun², suruh duduk rumah. Heh. Susah ye.