Aku Masih Orang Luar Selepas Hampir 10 Tahun Berkahwin

Assalamualaikum semua. Aku cuma nak meluahkan sedikit rasa yang dah lama aku pendam.

Aku dah berkahwin hampir 10 tahun, tapi sampai ke hari ini… aku masih rasa seperti orang luar dalam keluarga mertua aku.

Mak ayah kandung aku dah lama tiada, jadi bila tiba musim perayaan atau cuti sekolah, rumah mertua lah tempat kami sekeluarga akan balik. Cuma mak mertua sahaja yang masih ada.

Tapi… walaupun dah bertahun-tahun aku cuba sesuaikan diri, aku tetap rasa seperti tak diterima sepenuhnya.

Mak mertua aku seorang yang sangat ceria bila anak-anak dia balik. Suami aku disambut mesra, digelak manja, dibual penuh mesra. Anak-anak aku pun begitu, disayang dan dilayan penuh kasih.

Tapi aku? Kadang-kadang rasa macam bayang-bayang. Pandangan pun sekilas. Nak berbual? Hampir tak pernah.

Jujur aku cakap, aku kadang-kadang rasa cemburu. Cemburu tengok mak mertua boleh berbual panjang dengan suami aku, dengan cucu-cucunya, tapi dengan aku… seolah-olah tak wujud.

Mungkin sebab aku bukan darah daging dia. Mungkin sebab aku bukan menantu pilihan hatinya. Atau mungkinkah sebab aku yang sedikit introvert, susah nak mulakan bicara?

Aku pernah cuba bercerita dengan suami aku, tapi akhirnya… dia lebih memilih untuk duduk dan bersembang dengan ibunya.

Aku faham, itu mak dia. Tapi aku isteri dia. Bukankah patutnya aku juga didengari?

Raya Haji baru-baru ini terasa sangat pedih. Aku perasan betapa aku dipinggirkan.

Suasana yang riuh tiba-tiba jadi senyap bila aku keluar bilik. Seolah-olah aku ni ‘pengacau suasana’. Tiada yang menegur, jauh sekali mengajak berbual.

Anak-anak aku masih kecil, baru 7 tahun dan 4 tahun. Tapi aku dah mula terfikir… bila mereka besar nanti, aku tak nak mereka rasa terpaksa bawa isteri masing-masing ke rumah aku.

Aku nak menantu-menantu aku nanti rasa dialu-alukan. Boleh borak, boleh gelak, boleh selesa jadi diri sendiri dan tak perlu rasa ‘selective’ dalam kasih sayang.

Cukuplah aku rasa macam ni sekarang. Aku tak nak sejarah berulang kepada orang lain. Biarlah luka ini berhenti pada aku saja.

Sekian, terima kasih sudi membaca.

– Widuri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. ak rase..ko perlu memberi dlu…masuk dlu..sembang je..duduk sekali…jgn selalu duduk tempat lain…

  2. Jgn layankan sgt sikap introvert tu..kdg org nak kita yg mulakan perbualan.

    Cuba slow2 ubah diri jd peramah..menegur2..bergurau senda..lama2 jd la mesra..

    Mungkin dorg senyap sebab cuba ikut gaya u yg juga pendiam..u kena ubah suasana …belajar lah ilmu komunikasi utk baiki perhubungan..

    Jgn asyik pndg negatif je sis..i wish u good luck.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *