Baru ni ada baca nukilan adik Syamil. Titipkan sedikit doa buat aku, (https://iiumc.com/titipkan-sedikit-doa-buat-aku/).
Aku ni jenis malas nulih², tapi sebab adik Syamil aku gagah tulis.
Sebab aku pernah duduk di tempat Syamil. Aku jenis budak nerd. Pakai spek, rambut nobita.
Kena buli tu biasa la. Dari sekolah aku memang tak ada kawan sangat la. Orang tak nak kawan dengan aku sebab aku bukan budak hot.
Belajar pun biasa² ja. Kerja pun biasa ja. So aku faham perasaan kita yang lelaki ni tak dak geng nak melepak macam laki² lain.
Aku memang jenis lepak mamak sorang ja la. Steamboat pun aku pi makan sorang.
Meningkat usia perasaan nak ada pasangan dah ada dalam diri aku. Masa tu umur dalam 20an aku kerja mini market.
Kerja aku susun² barang. Aku memang jenis pendiam. Aku rasa aku sendiri pun kadang lupa suara aku macam mana.
Sampai tak ada kawan nak bercakap. Masa tu ada budak baru masuk. Perempuan. Dia selalu susun barang dengan aku.
Dia rajin tanya itu ini, akhirnya aku kenal balik suara aku macam mana. Perasaan cinta pun mula berputik. Sebab dia sorang ja terima aku dan layan aku baik. Tapi perasaan tu aku simpan ja la.
Aku rajin jugak ajak dia makan bihun sup lepas habis kerja. Kadang dia akan kata tak ada duit. Masa tu aku kata aku belanja. Lepas tu setiap hari pun aku saja la belanja. Milo ais. Teh ais. Rojak. Makanan b40. Dia belum kenal t20 masa tu.
Lepas tu bila besday dia, dia mintak hadiah. Masa tu aku beli natang apa tah. Tapi ada tulis I love u la.
Dia ambik sambil senyum² malu². Aku yakin dia pun suka aku. Raya dia ajak aku mai rumah, aku pun ajak dia mai rumah.
Sekali tu makcik aku tanya, serius ka demo dua ni. Dia macam senyum² ja.
Tapi lepas tu dia kata dia nak sambung belajar. Dapat masuk u. Katanya tak kan la selama²nya nak kerja mini market.
Dia ajak aku join sekali. Aku memang tak minat belajar. Aku suruh dia saja la sambung.
Siap pesan kat aku jangan curang. Jangan mengatai, jangan mengedik dengan perempuan lain. Habis study tunang katanya.
Aku memang setia orangnya. Tapi perempuan memang banyak yang tak setia Syamil.
Tahu kenapa? Sebab perempuan zaman sekarang tak macam zaman mak² kita. Di mana janji tu ibarat orang pegang sampai mati. Perempuan sekarang janji pun tak tahu apa maksud janji.
Perempuan zaman sekarang mudah berubah perasaan. Mudah bosan. Sentiasa nak nampak lebih baik, mewah.
Asal ada pilihan lebih baik, itu yang di pilihnya. Sebab orang perempuan ni spesis yang tak pernah rasa cukup.
Tak kata semua, tapi kebanyakan la.. Nanti marah pulak pembaca wanita yang setia ni.
Manusia sekarang dah tak kenal peribahasa lembu di ikat pada tali, manusia di ikat pada janji. Kita masa kecik² tingal barang pun tulis alif lam lam ha..Nak kata betapa kuatnya janji tu.
Balik cerita ex tu, awal² rajin la dia contact aku..Cuti sem kadang balik mai jumpa aku. Lepas tu makan pun dah up sikit dah.
Kita ajak makan laksa, dia ajak makan kfc. Lepas tu kata nak beli kasut la baju la, nak pakai kuliah. Ratus² jugak la habis masa tu.
Lepas tu slow² dah tak contact. Alasan sibuk itu ini. Lepas tu tahu² dia dah kawen dengan orang lain dah.
Patah hati frust menongeng tak payah cakap. Menangis malam² ooo aku.
Aku berhenti kerja nak lupa kenangan. Pi kerja tempat lain. Aku sama macam Syamil, sedih setiap masa fikir orang tu bahagia. Tapi kita derita.
Lepas tu aku kerja saja la..Kumpul duit, beli kereta second hand 10 ribu cash. Tapi kereta tak naik sangat pun.
Beli kononnya biar orang nampak kita ada sesuatu. Sebab bos aku cina, dia selalu cakap manusia ni hidup kena sentiasa maju kehadapan.
Dari basikal, beli motor, lepas tu kereta. Upgrade hidup. Tapi biasala cina kan material tu kebahagian. Termasuk la spesis perempuan yang Syamil kenal tu.
Tapi kadang kita buat bukan sebab diri kita nak, tapi sebab nak menunjuk konon aku dah maju sikit bila hang tak dak. Nak memuaskan hati orang, tapi hati sendiri selalu jugak sakit.
Umur masuk 30 dah, keluarga mara jiran tetangga asyik tanya bila nak makan nasi minyak. Aku akan diam tak tahu nak jawab apa.
Aku mana pandai cari perempuan. Tempat kerja masa tu pun semua lelaki. Sama macam Syamil la. Balik kerja duduk rumah tengok doremon.
Tapi betul la, perasaan sunyi tu lain sangat rasa. Rasa nak di sayangi, nak di belai di manja. Hanya dari seorang perempuan ja boleh dapat semua tu.
Ramai la orang masa tu kenenkan sana sini.. Semua tak jadi. Sampai satu tahap rasa malu sangat.
Tapi bab kata Syamil la, takdir Tuhan tentukan. Umur 33, berkahwin la dengan seorang perempuan. Dia pun sederhana macam aku saja la. Sekufu bab kata orang.
Dari segi rupa, pelajaran. Pekerjaan. Semua sama. Kami pun orang kampung ja.. So rasa macam understanding tu ada. Aku bersykur sangat la masa tu dapat isteri. Dia tak kisah nak makan bihun sup, tak deman nak kfc. Apa aku ajak dia ikut ja.
Dia sangat baik. Lemah lembut. Tutur kata dia sopan ja. Dia tak kerja masa tu..Duduk sekali dengan mak aku. Aku ja la kerja.
Aku habis kerja pukul 5.30. Sampai rumah ja kami akan pi ronda naik motor. Pusing² kampung. Makan cendol ais kacang. Kadang aku tanya nak makan apa, dia akan kata ikut abang la.
Hari cuti pulak kadang pergi pekan. Makan², beli² baju. Kadang balik rumah mak dia. Kadang pergi pantai, berkelah
Setiap minggu kami isi aktiviti kami dengan sangat bahagia. Kami tak pernah bergaduh. Aku dan dia ibarat macam best friend.
Hari² berborak, sebab dia rajin bercakap. Mulut becak. Tanya itu ini. Lagipun dia tak kerja. Duduk kampung, banyak gosip la di dengarnya lepas tu cerita kat aku.
Semasa dengan dia, waktu seolah² bergerak sangat pantas. Tiba² ja dah 5 tahun dah kami kawen. Tapi tak ada anak.
Duduk kampung ni biasa la, orang asyik tanya ja. Ramai yang macam nak salahkan dia. Sebab dia berbadan besar. So orang rasa tu punca susah lekat.
Jadi petang² dia ajak aku joging la. Tapi aku tak suka sukan². Tapi kalau kayuh basikal aku nak la.
Banyak la kenangan kami petang² tu. Sebab aku banyak main², dia akan marah² manja.Aku suka usik dia.
Aku tak rasa pun kekurangan tak ada anak tu satu halangan untuk kami bahagia. Sebab 5 tahun tu, aku ibarat macam tak puas bercinta dengan dia.
Pi kerja aku selalu fikir bila nak balik. Tak sabar nak jumpa dia, tak sabar nak melepak dengan dia. Jujurnya aku sangat bahgia dengan dia.
Masa tu kami tak pernah la chek² kat klinik semua. Satu hari dia ajak aku pi chek. Aku ok ja walaupun aku kata belum ada rezeki. Macam² la aku pujuk dia. Tapi sebab dia nak chek, dia risau sebab dia gemuk rahim dia ada masalah.
Masa tu aku macam berdebar, sebab aku tiba² risau kalau dia ada masalah..Nak operate² semua, aku sangat risau kalau dia tak sihat. Sebab aku sayang dia sangat².
Sekali result keluar, dia normal ja..Aku yang ada masalah..Masa tu rasa dunia aku gelap sangat. Dia pun macam terdiam.
Terus rasa kebahagian yang selama ni aku ada, hilang sekelip mata. Family aku tahu, ada la cadang petua itu ini.
Tapi masa tu aku ada 1 perasaan takut, takut aku akan hilang dia..
Syamil perasan dak, kadang² kan, Allah dah hantar hint tu tau. Gerak hati kita ni bukan saja² , kadang tu memang betul² nak berlaku.
Tu sebenarnya tanda Allah sayang, dia nak kita stand by perasaan kita. Tapi kita selalu abaikan perasaan tu. Perasaan di mana perkara yang Allah bagi pinjam, Allah nak tarik balik.
Aku dan diam terus jadi macam orang bisu. Komunikasi antara kami terus shut down. Aktiviti petang kami dah tak dak. Cuti pun aku dok rumah ja. Tengok tv.. Tak dak ajak dia keluar.
Sebenarnya kan, masa doktor cakap keputusan tu, sepatah pun dia tak cakap apa. Tu yang aku sedih. Macam tak dak pujuk aku ka apa ka. Aku macam harap kata² semangat dari dia la.
Tapi aku fikir mungkin dia pun tak tahu nak pujuk aku macam mana kot. Lepas pada tu, 2 tahun jugak la kami masih bersama sebagai orang asing dalam rumah tu.
Dia kerap mintak izin balik rumah mak dia.. Aku akan cakap ok saja la. Sebab aku tak tahu apa perasaan aku masa tu.
Tak kan aku pulak nak pujuk dia, tak pa. Nanti kita akan ada anak.. Tak kan aku nak cakap macam tu. Sedangkan benda mustahil. Aku memang tak boleh bagi zuriat kat sapa² pun.
Lepas 7 tahun, satu hari dia kata, dia nak mintak perpisahan.. Sebab dalam islam pun katanya isteri boleh mintak cerai kalau suami tak mampu bagi anak semua.
Aku cuma angguk lemah ja la masa tu. Sebab aku dah rasa dari awal, hint yang Tuhan bagi.. Dia akan tingalkan aku.
Kalau aku ni pemabuk ka, kaki dadah ka, biawak hidup ka.. Boleh la aku berjanji atau pujuk dia kata aku nak berubah.
Tapi aku di uji macam ni. Nak berubah macam mana? Kalau pun kuasa Tuhan mampu sembuhkan aku, aku mampu ka janji dengan dia yang aku mampu bagi anak.
Hati ni tak payah cakap la. Depan dia setitik air mata tak keluar. Tapi aku meraung dalam kereta.
Masa dekat makamah, hakim suruh kami bersalaman, buat kali terakhir. Dia menangis tersesak², mintak ampun mintak halal. Aku pun tak mampu tahan air mata. Menangis tanpa suara.
Semua orang pun sedih kat situ. Hakim laki. Dia pun lap air mata. Aku ni peluk dia masa tu, macam tak mau lepas dah.
Tapi dia berhak bahagia kan. Dia mesti nak jadi ibu. Nak ada zuriat sendiri. Kalau tak, orang kampung akan cakap buruk pasal dia.
Aku rasa dia pun dah fikir masak² dah. Dia dah pilih jalan yang dia nak.. Kita kena lepaskan jugak. Sebab bahagia ni bukan untuk kita saja, tapi untuk sapa² pun la yang dia rasa dia bleh bahagia dengan orang tu.
Aku jadi macam Syamil la. Kemurungan.. Tak dak mood. Dulu masa dia ada, aku sangat ceria walaupun aku dulu² pendiam.. Tapi aku sangat peramah dengan dia.
Balik rumah, sunyi tak payah cakap la.. 7 tahun orang tu ada dengan kita. Kita dah biasa tidur ada peneman. Pagi dia akan kejut. Sekarang hp yang kejut. Rumah rasa macam dah gelap terus, termasuk hidup aku.
Perubahan tu susah sangat nak terima. Soalan kita pada Tuhan kenapa, kenapa, kenapa..Tak pernah ada jawapan..Tuhan saja yang tahu.
Orang selalu cakap, fikir positive tu perlu. Aku cuma sedih dia tingalkan aku. Tapi aku fikir kalau ada anak, mungkin anak aku jahat. Ujian lagi besar untuk aku ka. Jadi Tuhan selamatkan aku dari azab yang lebih melalui anak.
Aku sayang dia .Aku tak nak anak, aku cuma nak dia. Bila Tuhan bagi ujian, kita kerap la ingat Tuhan.
Masa tu la solat sunat tak berhenti.. Asyik mintak ja Allah lembutkan hati dia, kembali kat aku.
Syamil tak salah pun rasa marah pada Tuhan. Sebab ada satu ustaz ni kata, bila kita ada rasa kecewa, merajuk, marah, tu tandanya kita masih percaya Allah tu ada. Kita masih harap Allah bantu kita.
Dari persoalan kita, Allah pasti jentik jawapan yang halus dalam hati kita..
Lama aku ambik masa nak terima perubahan yang aku dah single. Baru macam nak ok sikit, Tuhan uji lagi.
Mak aku cakap, ina dah kawen tau dak.. Ya Allah, rasa nak runtuh hati. Kita ingat dia akan balik pada kita. Tapi kita lupa, jodoh sampai situ saja. Dia pun dah ada orang lain.
Bekas isteri dah kawen dengan laki lain. Ada anak tiga orang dah. Alhamdulilah, rezeki untuk dia.
2 ka 3 tahun lepas, aku ada jumpa dia kat satu kenduri. Suami dia tu ala² ustaz aku tengok. Kopiah putih, ada janggut. Anak dia pun berpakaian sangat sopan dan muslim.
Yang perempuan bongsu tu macam 2 ka 3 tahun ja umur. Pakai tudung, jubah.. Comel sangat. Anak laki pun berkopiah. Sejuk tengok keluarga tu.
Dia pun tudung agak labuh. Tapi tak pandang atau tegur aku. Aku fikir masa tu, suami dia pandai didik dia.
Banyak yang Tuhan nak ajar aku sebenarnya. Tangungjawab kita sebagai lelaki sangat besar. Nak didik anak isteri.
Selama ni aku dengan dia, fikir seronok saja. Tak pernah terfikir pasal akhirat.
Masa tu aku faham satu benda, kalau kita ni betul² sayang orang tu, kita tak akan ada dendam. Kita akan happy dengan kebahagian dia.
Tapi aku pun susah jugak nak redha. Masa tu aku terbaca 1 tips, baca ya latif 129kali setiap hari. Lepas tu doa mintak dia balik kat kita kalau dia milik kita. Kalau bukan, mintak Allah redha kan kita.
Tau dak Syamil, first time aku baca, terus hati aku rasa ringan.. Seolah² macam, aku tak nak dah dia.
Tips tu kata cuba buat untuk seminggu, aku buat 2 hari ja, terus hati aku redha. Ibarat Tuhan hilangkan terus rasa cinta tu pada dia. Ibarat dia satu orang yang aku tak pernah kenal.
Syamil kata Syamil dah doa mintak dapat pasangan baik, tapi yang mai tak baik. Kita rasa ja kita baik..Tapi baik ni dari segi apa sebenarnya?
Aku pun rasa dulu aku baik.. Aku korban kan duit jugak dekat ex aku. Aku pun tak anaya orang.
Dengan bekas bini, aku rasa dah jadi suami sempurna.. Bagi kasih sayang, bagi perhatian..Tak pernah marah. Tapi agama aku tak bagi.
Aku tak pernah tanya dia sembahyang ka dak ka.. Tak pernah ajak dia mengaji ka. Baik di mata kita belum tentu baik di mata Allah.
Mungkin Allah nak jadikan Syamil betul² baik di mata Tuhan sebelum dapat isteri yang baik macam Syamil.
Pasal kena tipu duit, pasal bekas tunang tu semua anggap ja nilai pengajaran untuk kita.
Syamil dah sangat untung. Tau kenapa, orang kata nak belajar bersyukur tengok ujian orang.
Syamil tak jadi kahwin, Syamil dah rasa macam nak mati..Kalau Syamil di uji macam aku?
7 tahun ada tempat bermanja, ada orang belai kita..Masak untuk kita. Bagi kita rasa dunia ni sangat indah..Tiba² Allah tarik nikmat tu.
Sekurang²nya Syamil tak alami semua tu. Sekadar berjumpa lama² sekali, berhubung dari telefon,tu pun Syamil dah rasa nak mati.. Cuba bayangkan aku? 7 tahun kot. Berjumpa hari², tidur bangun sama². Macam mana perasan aku pulak?
Orang kata kita akan diuji dengan apa yang kita sayang, lepas ni sayang orang berpada² saja la. Letak Allah nombor satu.
Syamil bagus dah tu solat mengaji, walaupun tanpa rasa, tapi masih buat kan.. Bersyukur la Syamil. Berapa banyak orang Tuhan tak bagi nikmat sembayang.
Solat la nikmat paling besar dalam hidup kita sebab Allah masih nak jumpa kita. Kalau Allah dah benci, kita terus akan lupa untuk solat.
Orang kata cara letak Allah nombor satu, tunggu waktu solat. 5 minit sebelum, siap ada sejadah, tunggu azan. Solat awal waktu.. Zikir selawat iktifar. 3 benda ni jangan tingal. Quran sahabat kita, dia pasti tolong kita.
Awal² dulu, aku nekad beli basikal kayuh petang². Kita ni bila banyak sangat masa free, sebab tu akan teringat pada orang yang dah pergi.
Kita kena keluar dari zon selesa kita.. Balik kerja aku kayuh jauh². Walaupun dok teringat buat dengan dia, tapi percaya la, lama² kita akan buat untuk diri kita sendiri.
Lepas tu cuti, aku pergi tolong satu abang ni meniaga air balang dekat padang. Aku ni pendiam, tapi suruh meniaga. Lama² aku jadi seronok.
Sebab yang datang beli banyak budak². Kadang tengok budak², hati rasa seronok. Ibu bapa bawak anak, seronok, walaupun dalam hati ada terdetik, kalau la aku pun ada keluarga macam ni.
Tapi aku cepat² iktifar, sedarkan hati. Mungkin masa kecik² seronok. Nanti besar aku tak mampu bagi didikan yang baik. Ramai yang mengeluh , kalau tahu anak jadi jahat, baik bunuh ja dari perut.
Lagi satu, banyak la selawat. Kadang makin kuat selawat, makin kuat perasaan tu datang..Tu semua ganguan perasaan, ganguan syaitan.
Jujurnya perasaan nak ada pasangan masih ada ja.. Tapi apa ja aku mampu bagi? Aku pun dah lewat 40 dah. Ibarat kalau ada tu ada la.. Orang pun ramai dah tahu kelemahan aku.
Malu memang malu, tapi lama mana orang nak ingat pasal kita ja.. Masing² ada ujian masing².
Jadi Syamil cuba la ubah rutin tu. Pi ja lepak mamak ka.. Pi gym ka. Sibukan diri. Beranikan diri keluar dari zon selesa kita. Paksa diri buat jugak walaupun awal tu memang rasa berat
Malam pergi surau bagus dah.. Tapi badan tak letih.Otak saja letih. Sebab tu tak boleh tidur.
Ataupun jalan kaki 2 3 jam ka.. Bila badan mula letih, otak rasa nak rehat. Masa tu semua kenangan tu akan hilang macam tu saja la. Hati pun slow² akan lapang. Orang putih kata time heal everything.
Manusia pun datang dan pergi dalam hidup kita. Jangan la sebab putus cinta Syamil nak down lebih², kedepan nanti banyak lagi ujian Tuhan nak bagi.
Selagi mana Syamil tak mampu atasi ujian ni, selagi tu Syamil akan diuji dengan benda yang sama ja la. Abang doakan semua adik Syamil jumpa jodoh yang baik. Aamiin..
– Putat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga confesor ditemukan jodoh, walau bukan untuk mendapatkan zuriat tapi sekurang-kurangnya ada teman untuk mengisi hari tua.
Sedih bila baca dua2 stories – by syamil & putat.. itulah aturan hidup yg telah ditentukan oleh yang Maha Berkuasa, kita sbg makhluk tidak mampu menepis taqdir yg tidak kita ingini, w/pon kita telah mencuba segalanya.. kdg2 terlintas dlm kpala; adakah kita ni teruk sgt, sampai ramai yg ‘berpaling’, seolah2 ada ‘badi’ yg melekat di bdn.. sekali lg, berbalik kpd ketentuan dari-Nya, kerana Dia lebih mngetahui apa yg terbaik buat kita.. utk pujuk hati yg ‘lara’, tetapkan dlm jiwa & hati, bhw ini semua hanya ‘mainan’ dan dugaan semasa di dunia.., semuanya tak kekal, suatu masa kita akan kembali kpd-Nya jua.. percaya lah bhw setiap insan mempunyai ‘sejarah’nya yg tersendiri, yg hanya dia & Allah yg tahu bagaimana rasa sebenar di dlm hati.. ada org nmpak tenang n ceria shj dlm hidup, hakikat rasa sebenar di dlm benak hati, dia shj yg tahu.. tabah lah wahai hati, Allah mnguji mu utk tahu tahap kesabaran, syukur dan harapan kpd-Nya.. dunia ini hanya ‘mainan’ yg skejap cuma.. insha Allah kita akn balik ke ‘kampung asal’ kita.. jika diizinkan (dgn rahmat dari-Nya), kita akn menjejak juga ke Syurga-Nya; di mana mngkin shj kita akn bertemu ‘jodoh’ idaman kita di Sana.. wallahu a’lam bissawab..