Benda ni mungkin kecil bagi kebanyakan orang, tapi benda kecil itu yang jadi semacam *butterfly effect* pada hidup aku.
Aku berusia 20-an. Kira-kira 8 tahun lepas, aku dilantik menjadi ketua kelas, dan ada seorang kawan aku yang perempuan telah memalukan aku ke seluruh kelas.
Dia malukan aku, dan kawan-kawan sekelas aku sorakkan dia dan menghina aku.
Aku cuma seorang budak yang melaksanakan tugas, untuk minta kawan-kawan aku diam sebab sebelum tu aku dah pernah kena *warning* secara personal oleh penolong kanan. Orang lain buat salah, aku yang kena.
Dia pengawas, dan dia kata aku tak layak tegur budak kelas sebab aku sendiri tak pakai *nametag*, dengan cara sinis dan menghina aku ke seluruh kelas.
Aku digelakkan dan dikata-kata depan muka, dipandang sinis dan dipandang rendah.
To be mind, aku tak ada kawan sangat sebab budak-budak kelas tu majoriti sama kawan sekolah dia yang lama. Geng-geng aku pun masih pendiam, sebab kami minoriti.
Tapi masa tu aku masih diam, cuma memang ada salah dari aku.
Tahun seterusnya, aku dipindahkan ke kelas baru dan ada dia juga.
Dan sekali lagi, aku tak ada langsung kawan sebab kawan-kawan aku masih di kelas lama dan rakan kelas baru semua muka aku tak familiar kecuali dia dan sedikit yang lain.
Hari undian sebagai ketua kelas datang, dan nama aku tiba-tiba kena petik sedangkan aku betul-betul berharap bukan aku, sebab aku tak nak kena malukan lagi.
Kami calon berempat, dan cuma aku yang dapat undian 0. Aku tak hairan, sebab aku pun tak kenal sangat budak-budak kelas baru kecuali ‘dia’.
Tapi semasa aku bertemu muka, dia gelakkan aku sebab tak ada orang undi aku, dan memberi pandangan sinis kepada aku. Sampai hari ni aku ingat.
Dan mula dari sana, aku mula berfikir mungkin aku memang tak akan disukai dengan personaliti aku yang sekarang.
Semenjak itu, aku ubah diri aku supaya aku tak lagi dikelilingi dengan pandangan benci dan hina.
Aku jadi *extremely people pleaser*. Sampai satu tahap, aku *burnout* hanya sebab terlalu banyak emosi, sifat dan beban yang aku *consume*.
Semenjak insiden kecil itu, setiap kali aku jadi tumpuan orang — aku akan kena *panic attack*, dan rasa semua orang memandang aku hina.
Keyakinan aku mula kurang, dan aku menjadi seseorang yang macam sesumpah, tidak ada personaliti tetap, hanya *blend in*.
Semenjak tu juga, aku tak pernah menerima pandangan sangka buruk terhadap orang lain, sebab aku pernah di tempat tu.
Dan selepas insiden tersebut, banyak lagi insiden yang semakin menambah sakit pada luka yang pada asalnya sedikit.
Aku tidak berdendam, cuma aku berharap dia akan minta maaf pada aku.
Dia baik, cantik, perangai pun berubah berbanding pada asal yang dulu dan sangat disenangi semua orang. Tapi, benda yang dia buat masih menghantui aku sampai hari ni.
Kadang-kadang kalau aku di situasi sama, aku akan teringat. Duduk sorang termenung, akan teringat. Sebab insiden kecil itu yang mengundang kepada insiden-insiden yang lebih banyak sepanjang hidup sekolah aku.
Dan sejujurnya, sampai sekarang aku ada masalah keyakinan diri dan gangguan dismorfik. Orang memuji, aku menganggap itu untuk sedapkan hati. Orang memuji, aku anggap itu cuma sinis.
Aku masih berjalan di dunia, dengan menganggap akulah yang menjadi punca semua benda terjadi pada aku. Orang sekeliling aku pun dah lali, sebab aku tak pernah percaya apa pun pujian mereka pada aku.
Kepada ‘dia’, aku sudah maafkan kau. Cuma aku masih tak dapat nak lupa, sakit tu sampai hari ni. Aku takut kalau apa yang aku buat tak disenangi oleh orang sekeliling aku.
Semoga berjaya dunia akhirat, dan mencapai cita-cita kamu menjadi Dr perubatan.
– $ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit