Aku couple dengan sorang mat saleh ni, nama Tom, 7 tahun dah. Cinta haram jauh, and dipendekkan cerita cinta kami ni, selama ni aku happy je dengan dia, dia pun happy dengan aku, macam2 plan pun ada buat for our future. We trust each other.
Taktaula wishful thinking ke apa, tapi aku tahu takdirnya bukan kita yang tentukan. Ada jugak gaduh2 tu, mau besar mau kecik, tapi itu perkara biasa.
Nak sedikit sebanyak pendekkan cerita yang sampai aku nak buat confession ni, lately ni aku rasa macam tak rasa apa2 dah dekat Tom sebab kerap sangat perangai dia yang susah nak reply text. Jawapan dia selalunya “I’m busy with works”.
Aku tau dia tengah cari second job di tempat dia, tapi pada pandadengan aku yang aku ada cakap kat dia, takde sesiapa yang TERLALU sibuk sampai takleh tinggal mesej yang comforting or reassuring like “I’ll text you whenever I can during work/at home”.
Lah, last year aku busy dengan final semester elok je aku text dia, call dia sambil study/buat assignment.
Aku faham, kerja ni bukan senang sebab sekarang pun aku sedang prepare utk hadap benda yang sama, but my point still stands. Ain’t no one is THAT busy for someone they love the most. Kurang2 roro la kan, communication is the key.
Sampai aku naik sedih, anxious bagai sebab dia, and yet bila aku bagitau apa aku rasa, dia tak take note pun. Loneliness pun ada sebab habis je belajar, terus tkde kawan. Lesap hilang semua bawak haluan masing2.
Si Tom tu pun susah nak make time for me. Family ada je and I appreciate them the most in my bad times, tapi tula kan huhu.
So basically to cope with the bad things I’ve been feeling for the past few months, aku focus main game je sambil belek2 cari kerja. Mujurlah takde sngat depression ni, lega la gitu.
Okayla itu part pertama. Part kedua, dlm 2-3 bulan lepas camtula, aku adala berkenalan dengan sorang lelaki dari India, dalam 1 game ni. Before aku dituduh macam2, NO, AKU TAK CURANG OK, AND NEVER WILL.
Dia basically mintak guide in-game je banyak, lepastu casual chat je. That’s how he knew aku ni dah berpunya so dia tak pernah nak try la. Aku pun takbnak sebab kalau India Malaysian aku okay je, tapi kalau purely dari negara itu aku start risau sebab pelbagai kes ditunjukkan oleh media.
Bukan nak rasis, I just have my own reservations. Kalau sekadar berkawan biasa2, okay je. Anyways, kitorang ada add sesama dalam Discord.
Nak dijadikan ceritanya, time kita mula2 kenal, dia susah nak reply on time/asap, faham sebab time tu dia tengah habis belajar. Tapi lepas habis belajar pun sama jekk, tapi aku sabar je sebab macam tak biasa kena ghosting walaupun lonely huhu. 2-3 hari kemudian baru reply.
Tapi aku at first buat donno la sebab yela engko sapa je if not just someone who’d come and go anyway (cehh). Tapi kan, bila aku tinggalkan read dkat text dia, lama2 dia bedengang and cakap aku dah lupa dia. Wadehell.
Then berlaku lagi minggu lepas, dikatanya aku lupa dia dah, walhal aku simply takde topic umum or pasal game nak share.
Aduii engko sapaa, nak suruh aku carve nama engko dalam otak aku ke haa. Memang aku selalu diajar untuk jaga hati orang, tapi cmon man, know your boundaries. Nak gak bagitau benda tu kat dia tapi tak reti kita huhu.
Anyways so, almost berkait dengan yang part kedua ni, going back to si Tom, dia pun susah nak reply aku on time. Imagine la betapa sunyinya aku.
Aku dah bagitau dia juga aritu aku rasa relation kita dry, tapi he insisted that everything is fine and that he still loves me. Taktaula nak percaya ke tidak. Ni pun as of this confession, merangkap sehari setngh dah kot dia tak reply text aku.
Aku tak minta banyak pun, i just need him to make me fall in love with him again, and things may just go back to normal. Itu je pun. Sebab kalau andaikan kita tkde jodoh juga, aku rasa takut dah nak kenal ngn mana2 laki lain.
Media2 dah bnyak tunjuk dekat aku akibatnya kalau salah pilih laki (sebaliknya pun ada je kes). That’s whyla sometimes it’s better to marry late than to marry the wrong person.
Tom ni baik. Selaku omputih, memang menyumpah tu perkara biasa tapi dengan aku dia jaga sikit mulut dia tu. Tapi entahla. Aku taktau dah apa aku rasa ni.
Titlenya pening sebabkan dua ekoq tu adui. Silap haribulan dua2 aku block/mute haa padan muka dorang dan padan muka aku jugak sebab makin lonely nanti huhuhuu…. tapi kurang2 lonely pun with no more uncertainties haaa.
Tq baca ceritaku yang aneh ini. To those yang genuinely concerned, thank you & it’s okay! Saya honestly dah biasa dah. I only needed the courage and determination to push through until the end of time.
Whether I’m at the top or at the bottom, I’ve never forgotten to be grateful to Him, sebab hanya Dia yang dengar & tahu isi hati hambaNya.
As for Tom, well, tengoklah macam mana masa depannya. Worse case, takde jodoh jela kan?
Kalau dia pasang dua sekalipun, it’s like whatever je sebab cinta ini pun makin kering, though I’d only hope that, if that’s actually the case, he’d be upfront about it soon enough and get us over with…
Still, pening jugak layan laki yang selalu nonchalant macam mamat ni haih.
– Rain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit