Biawak Hidup

Just nak minta pendapat dan saranan masing-masing yang pernah atau masih mengalami situasi macam ni.

Kami sekarang duduk rumah sewa ni dah lebih setahun. Aku duduk dengan adik dan abang (biawak hidup). Adik aku baru habis belajar.

Masa mula-mula pindah, aku tak rancang pun nak duduk sekali dengan mak aku. Disebabkan tak ada orang teman mak aku, kakak aku suruh aku tinggal sekali dengan mak aku.

Aku pun lama jugak duduk dengan mak aku masa ayah tiri masih ada. Memandangkan adik aku masih belajar, aku pun setuju.

Start kami pindah masuk tinggal sini, dia pun masuk jugak. Then selama 7 bulan dia duduk tanpa bayar apa-apa. Lepas tu dia dapat kerja tetap. Aku lega la sikit.

Kusangkakan panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari. Baru 3 bulan kerja, dia kena pecat selepas dapat notis 2 kali sebab tidak hadir kerja. Lepas tu aku lah yang menanggung dia tanpa rela.

Sekarang dah 4 bulan dia tiada kerja tetap dan 4 bulan jugak dia tak bagi duit sewa, api dan air. Aku semua yang bayar. Nasib ada sedikit duit tambahan dari ayah aku.

Aku ingat dia tak bagi duit sesen pun, membuatkan dia sedar diri dan pergi cari makan sendiri, rupanya tak. Dia makan juga dekat sini. Muka tembok betul.

Bila aku minta duit, jawapan dia “kalau ada”. Aku pulak yang dimarahnya. Macam dia pulak mangsa.

Dia cakap “mu nak aku gi rompak bank ke?” Lagi dia ada cakap “doh, bunuhlah aku ni, ambik pisau kerat leher aku ni”.

Amboi, play victim pulak. Aku ni dah macam pengemis dah minta duit. Aku minta duit bahagian dia je, bukan nak bunuh dia.

Rumah ayah aku ada bilik kosong satu. Ayah aku suruh dia tinggal dekat situ balik sebab dia tak bayar apa-apa kat sini. Tak mau katanya sebab dulu ayah akulah ‘halau’ dia suruh duduk sekali dengan kami.

Baru hari ni aku tahu, di sebalik ayah aku suruh duduk balik sekali dengan dia, ayah aku jugalah yang ‘halau’ dia suruh duduk dengan kami masa mula-mula kami pindah dulu. Aku rasa tertipu betul.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *