Aku Dan Ibu Mertuaku

Aku Seorang Isteri. Umur aku 22 tahun. Alhamdulillah, tahun ni dah setahun aku kahwin dengan suami aku.

Aku kenal dengan suami aku tak lama. Kenal dua minggu, terus bercinta. Dan suami aku rekrut 6 bulan, lepas 6 bulan tunang, dan lepas 3 bulan suami aku masuk asas komando, terus kahwin.

Kisahnya, sebelum berkahwin aku sangat rapat dengan ibu mertua aku. Pergi berjalan jauh-jauh, ibu mertua selalu bawa aku jalan-jalan.

Tapi selepas berkahwin, aku jadi sangat renggang dengan ibu mertua aku. Kadang aku cari silapku di mana.

Selepas berkahwin, aku ikut suami aku duduk jauh. Nak balik pun jarang-jarang saja lah. Kalau aku balik pun, aku dan suami aku akan kongsi; belah mak aku 3 hari, belah mak mertua aku 3 hari. Haa, macam tu lah lebih kurang.

Rumah mak aku dengan mak mertua aku bukan jauh mana pun, dalam 4km macam tu saja. So, kalau tak tidur pun, hari-hari lah balik rumah mak mertua.

Mungkin aku salah menilai ibu mertua aku. Dulu sebelum berkahwin, dia pernah cakap kat aku tak buat kerja rumah pun tak apa, tak tolong dia pun tak apa, dia boleh buat sendiri. Dan ada suami aku tolongkan.

Kira aku balik rumah mak mertua aku pun aku buat kerja sikit-sikit sajalah, yang lain semua suami aku buat.

Tapi selepas kejadian tu, ibu mertua aku pandang aku macam aku tak buat kerja rumah, pemalas, tak tolong memasak. Cakap aku tak reti jadi seorang isteri. Cakap aku pemalas sebab suami aku semua buat kerja.

Aku bukan tak mahu buat, tapi suami aku cakap, kalau aku balik rumah maknya, dia akan buat semua kerja.

Suami aku cakap, duduk dengan suami lain dengan mak mertua lain. Dan dia tahu aku jenis tak selesa bila di rumah mak mertua. Maklumlah, banyak pak menakan, jadi tak selesa.

Mak mertua aku seorang ibu tunggal. Tapi dalam rumah mak mertua aku, tak duduk sorang lah. Ada lah kawan dia dan adik-beradik mak mertua aku yang lain. Dan suami aku pula seorang anak tunggal.

Selepas berkahwin, mak mertua aku macam cemburu kepadaku. Cakap suami aku lebihkan isteri daripada ibunya sendiri.

Ya, aku tahu perasaan seorang ibu tunggal ni dan mempunyai seorang anak tunggal pula tu. Kadang aku kesian dekat suami aku. Suami aku macam tersepit antara aku dan ibunya.

Kadang kalau balik kampung tu, aku suruh lah juga suami aku ni bawa mak dia jalan-jalan. Bila kami ajak duduk sekali, tak nak sebab dia ada kawan dan adik-beradik yang lain, so dia tak nak duduk sekali lah.

Dan kawan mak mertua aku ada seorang kawan, sebaya umur lah dengan mak mertua aku, dalam 40 macam tu. Ada 3 orang anak. Tu mak mertua aku anggap macam anak dia sendiri lah.

Kadang-kadang kalau aku balik rumah mak mertua aku pun, aku rasa terpinggir.

Yalah, duduk jauh kan, jarang-jarang balik. Orang yang duduk dekat lah selalu dilayan. Sebab tu suami aku tak bagi aku buat kerja rumah di rumah mak mertua, sebab dia tahu aku tak selesa.

Aku fikir bila aku kahwin dengan anak tunggal ni, aku tak ada saingan dengan sesiapa. Tapi selepas aku kahwin baru aku tahu, mak mertua aku anggap aku saingan dia.

Dalam beberapa hari kemudian, suami aku beli kereta untuk aku. Sejak beli kereta tu lah, masalah aku dengan mak mertua aku bertambah besar.

Mak mertua aku cakap, beli kereta untuk bini boleh, nak beli kereta untuk ibu tak boleh. Kadang sedih, aku rasa macam punca ni semua aku. Aku dengan suami aku tak ada kereta, ni lah kereta pertama kami.

Sejak dari hari tu, mak mertua aku buruk-burukkan aku. Cakap aku curang, cakap aku bomohkan suami aku sebab suami aku selalu ikut cakap aku. Padahal suami aku beri kasih sayang sama rata antara aku dan ibu mertua aku.

Aku bersyukur dapat suami seperti suami aku. Aku bangga dengan suami aku. Dia yang mempertahankan aku dari mulut ibu mertua aku yang selalu burukkan aku.

Suami aku sungguh baik. Kerja rumah, memasak semua suami aku boleh buat. Tapi kita seorang isteri ni, kesian lah kan, suami balik kerja penat-penat, takkan kita tak memasak untuk suami.

Sungguh aku tak mampu nak melawan ibu mertua ku, kerana aku bukan jenis melawan. Aku seorang pendiam. Pendiam kalau di depan ibu mertua aku. Biasalah, seorang menantu ni baru je nak kenal orang baru, ni ambil masa yang agak lama.

Aku nak minta pendapat korang semua, macam mana aku nak buang perasaan marah aku ni dekat ibu mertua aku atas apa tuduhan yang melampau batas, yang membuatkan hubungan aku dan suami aku akan semakin renggang jika berlanjutan tuduhan yang tak betul ini.

Sungguh, aku juga seorang manusia yang ada sifat sakit hati dengan mulut orang. Macam mana aku nak buang sifat tu? Untuk aku dan ibu mertua aku kembali baik semula?

Jangan marah, sekadar kongsi kisah hidup saya.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Pelik. Sebelum kahwin, MIL cakap tak kisah TT tak tolong buat kerja, tapi lepas kahwin cakap lain pula. Saya suspek MIL tu dah kena hasut. Tambahan lak bila TT cakap MIL duduk dengan KAWAN dia dan adik beradik kat rumah tu. Bukan nak menuduh tapi biasanya yang menghasut ni orang2 yang paling dekat..

    Tu yang lama2 MIL berubah pikiran kot. Payah camni. TT banyak2 kan doa supaya Allah beri kelembutan hati kat MIL dan jauhkan dia dari hasutan2 syaitan dan orang2 yang berniat tak baik. Doa juga rumahtangga TT selamat dari niat jahat orang.

  2. Bangun mlm, buat solat taubat, solat hajat n solat tahajjud. Dlm doa solat hajat, mohon Allah limpahkan Nur Hidayah buat semua ahli keluarga dan jugak MIL Mohon Allah satukan kembali hati kalian, tiada hasad dengki antara kalian dan jadi hambaNYA yg solehah. Semoga Allah bantu.

  3. Normal lah hdp dgn mertua mmg mcmtu…abaikan jer…ambik hati ibu mertua balik..lgpon usia perkahwinan tu baru sgt lagi..mertua ni suka kalau kita pandai masak..ambik hati dia dgn memasak..makanan kegemaran dia .percaya lah dia burukkan tu depan ko jer..satu hari bila ko dah xde dekat dgn dia dia akan ingat balik,cerita kat org yg ko pandai masak..mertua aku Pon dulu mcmtu..kita yg kena pandai sesuaikan diri..mmg mertua akan cemburu bila suami nmpk caring kat kita..itu Normal.. take it easy…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *