Salam semua. Aku tengok kebanyakan semuanya post pasal jodoh… Takpelah, semua ujian masing-masing kan. Cuma nak share jugak..
Dulu pernah couple 5 tahun tanpa bergaduh sekali pun, dan akhirnya ditinggalkan tanpa sebab. Itu ujian pertama. Ok la, fine… aku teruskan hidup juga.
Sekarang ni ujian lain pulak yang mendatang. Aku pernah kerja kat satu company yang agak besar dengan gaji yang agak lumayan juga, dan waktu tu aku tak pernah tau pasal zakat pendapatan dan solat entah ke mana. Solat pulak laju sekadar untuk aku dah buat.
Dan semuanya bermula bila aku dapat berita yang company aku memberhentikan pekerja termasuk aku sendiri. Waktu tu sedih gila wey dan selepas tu 8 bulan aku menganggur.
Lepas tu baru aku mendapat kerja tapi secara sambilan, dan sampai sekarang hampir 2 tahun aku bekerja sambilan.
Aku tak tau mana silap aku dulu, sampai sekarang tak dapat kerja yang ok. Umur dah hampir 30 tahun, jodoh pun takde, kerja pun sambilan… Tapi dari sini aku tau makna keberkatan.
Dulu gaji banyak pun tak pernah nak cukup. Bayangkan dulu boleh dapat RM5K dan sekarang ni maksimum aku dapat hanya RM1.2K sahaja. Tuhan ambil sekelip mata je.
Tipu kalau kata tak sedih. Kawan-kawan kau yang sama baya semua dah beranak-pinak, dan kau masih terkapai-kapai mencari kerja dan calon isteri. Dan dua-dua kau belum dapat.
Allah Maha Adil, kadang kau takda jodoh, kau dapat kerja yang bagus. Kadang kau ada jodoh, tapi kerja kau biasa-biasa. Dan aku? Maybe belum rezeki aku lagi.
Main point dia, ujian hidup kita tak sama. Kau diuji dengan jodoh, kau diuji dengan rezeki, kau diuji dengan keluarga, kau diuji dengan kawan, kau diuji dengan kemewahan.
Dan yang penting, cara kita hadapi ujian tersebut. Jangan mengeluh. Sebab aku rasa aku selalu mengeluh dulu, dan Allah tahan dulu supaya aku bersyukur.
Dan jangan kita pertikaikan ujian orang dan rezeki orang lain. Kita tak tau ujian apa yang dihadapi. Dan doa aku supaya kita semua dapat melalui segala ujian.
Cara kau nak lepas ujian, of course la kena kembali balik kepada Allah dan Al-Quran. Banyakkan membaca buku motivasi. Belambak buku yang boleh bagi semangat.
Kalau berkenaan jodoh, baca Buku Tentang Cinta – Pahrol Md Juoi. Kalau berkenaan ujian kehilangan, baca Bila Allah Menduga Kita – Syed Alwi Alatas.
Kalau ujian lain-lain, baca buku 21 Formula Hidup Luar Biasa – Asraf Ayob, Azizan Osman dan banyak lagi buku lain. Aku takda ambil royalti apa pun ye. Ni just untuk membantu.
Al-Mathurat setiap pagi dan petang. Doa jangan lupa.
Itu je yang aku boleh tolong untuk korang yang hadapi ujian tersendiri. Dan jumpa lagi untuk kisah ujian yang akan datang. Ini bukan rekaan novel ye. Betul-betul kisah hidup sendiri.
Sebab kekadang aku pun lost jugak memikirkan ujian sendiri. Kadang ujian ni sebab penghapus dosa aku yang dulu, maybe banyak sangat. So takda la berat sangat kat akhirat nanti. Aku tak nak kita rugi akhirat dan dunia.
– B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ujian dan cabaran tak sama.Jgn igt org kaya dan beranak pinak tu sempurna bahagia hidup dia.
Kdg cara kita memandang kehidupan kita tu je..
Self love tu paling utama.
Kahwin beranak..tak semesti jd bahagia.tu hanya syarat manusia letak…
Jd single pun byk kebahagiaan kalau bijak