Salam admin. Saya nak share kawan saya punya sharing yang saya harap dapat sikit manfaat la.
Budaya kapel sekarang ni kan tersangat lah normal, sampai orang yang tak kapel pulak rasa bersalah kenapa dia tak kapel.
Aku pernah berkapel satu ketika dahulu masa zaman sekolah menengah. Memang rasa monyet habis.
Walaupun monyet, tapi alhamdulillah aku dijaga Allah untuk tak melebihi batasan yang melampau. Alhamdulillah kami TAK PERNAH bersentuhan langsung sepanjang 6 tahun berkapel. Aku bersyukur sangat part tu bila aku teringat balik sekarang.
Tapi, apa yang kapel lain selalu buat kami pun buat. Tepon2, mesej2, hantar gambar (alhamdulillah jugak aku tak pernah hantar gambar tak bertudung atau buka aurat), pernah keluar bersama sekali saja sepanjang 6 tahun.
Waktu tu kalau orang bagi ceramah pasal haram kapel ni, aku dengar sebelah telinga saja. Aku ambik tak endah. Kesian kawan2 aku terpaksa hadap perangai aku yang dah lalai. Aku tau kawan aku tak suka, tapi disebabkan nafsu, aku persetankan semua tu.
Sampai la satu masa aku dengar kuliah dari sorang budak batch aku waktu aku tengah buat preparation untuk ke oversea, dia cakap pasal kapel jugak la. Waktu tu Allah ketuk pintu hati aku untuk berubah.
Aku rasa berdosa sangat bila berkapel. Aku rasa dosa paling besar sepanjang 6 tahun tu adalah berkapel. Aku rasa kehidupan aku kehidupan yang sia-sia dan kalau aku mati, aku mati dengan dosa berkapel.
Alhamdulillah after few attempts aku mintak untuk putus dan bagitau sebab2 kenapa nak putus,
Kami akhirnya berpisah dan sekarang cuma contact untuk wish birthday, ucap selamat hari raya etc tu saja. Itu pun through facebook. Aku dah tak dak no dia, aku rasa dia dah tukar kot.
Sekarang, bila aku tengok org berkapel, aku jadi resah. Jiwa dan iman aku tak boleh terima keadaan tu. Alhamdulillah jugak aku dikelilingi kawan2 yang tak berkapel.
Aku tak tahu korang rasa apa bila baca confession aku ni. Tapi, aku berharap dan berdoa sangat agar kita sama2 diberikan hidayah dan kekuatan oleh untuk tinggalkan benda2 yang boleh menyebabkan kita menyisihkan Allah.
Bila kita langgar apa yang Allah suruh, kita seolah-olah menyisihkan Allah :( kita tak rasa sedih ke sisihkan Allah yg bagi kita kehidupan selama ni.
Allah bagi aku hidayah mungkin kerana aku ada sedar yang sebenarnya perbuatan aku salah. Jadi, kita tepuk lah dada tanya iman, sekarang kehidupan kita rasa tenang tak?
Kalau belum jumpa ketenangan, kita mintak doa kat Allah supaya Allah tunjuk apa penyebab kita tak dapat ketenangan tu dan moga dengan tu, Allah akan bagi hidayah kepada kita untuk berubah.
Moga apa yang aku share ni boleh jadi asbab hidayah aamiin.
– Past live (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit