Ubah Dunia Dalaman Nescaya Dunia Luaran Ikut Berubah

Aduh kena kecam pulakkk.. niat menulis aritu sebab nak share pengalaman, harapannya ada point2 yang orang lain boleh ambil iktibar. Sebab ada antara komen kat posting pertama aku yang ni https://iiumc.com/10-kesilapan-membeli-rumah/ yang lebih kurang senasib dengan aku.

Jadi aku menulis posting kedua yang ni https://iiumc.com/fast-forward-apa-jadi-lepas-6-tahun/ untuk bagi semangat kat geng2 senasib aku dulu supaya satu hari nanti mereka pun dapat juga menikmati apa yang aku sedang nikmati sekarang.

Cuma tulah terlebih excited bercerita, tak sengaja ter-TMI (too much information) pulak. Aku lupa aku bukan tengah sembang dengan kawan2. Aku lupa aku sedang bercerita kat public platform yang pelbagai jenis latarbelakang dan pelbagai jenis perangai.

Masa posting tu keluar, aku sebenarnya tengah ada isu emosi. Semangat nak tengok komen positif, terasa lah ada suntikan semangat sikit kan.

Sekali yang pertama komen negatif dan diikuti berturut2 kecaman. Aku stop tengok few days, bagi emosi dah stabil dulu baru check balik. Apa pun aku raikan semua yang komen. Terima kasih. Akan diperbaiki segala kekurangan.

Anyway, kalini aku menulis untuk menjawab permintaan Mell Zakariah. Jzkk Mell bagi semangat untuk aku menulis lagi. Aku tak lah pandai sangat. Aku cuma share kan apa yang aku pernah buat dan nampak perubahan.

Ilmu ni kadang tengok orang juga. Bila serasi, jadi. Bila tak rasi, tak jadi. Kalau tak jadi tu jangan givap. Teruskan mencari dan mengamal. Kita tak tahu amalan mana yang jadi asbab Allah redha dan makbulkan permintaan kita.

So topik kalini ialah macam mana nak ubah dunia dalaman supaya dunia luaran turut berubah?

Bayangkan iceberg yang pecahkan Titanic tu. Yang kapten nampak cuma bahagian atas yang kecik tu je. Dia ingat oh kacang je ni kalau langgar takde apa. Sekali tu sretttttt.. iceberg bawah rodok perut Titanic. Endingnya.. Jack mati, Rose kawen dengan orang lain. Eh tiberr..

Dunia luaran kita ni, dunia subconscious ni hanyalah 5% je yang kita nampak atas permukaan air. Yang tak nampak tu 95% dunia dalaman, dunia subconscious. Ramai orang habiskan seluruh kehidupan mereka untuk fokus pada 5% tu. Struggle sangat. Inilah hidup aku for many many years.

Bila aku start fixing dunia dalaman aku, macam2 benda best jadi dalam hidup. Benda2 yang aku rasa mustahil sangat. Contoh, untuk own rumah sendiri. Memang aku rasa sangat mustahil dulu.

Yang best2 tu tak berhenti. Malah bertambah lagi sampai tahap sekarang ni bila ada masalah pun aku rasa masalah tu nikmat sangat. Ok stop sini.. kang ter-TMI lagi.

===

Tips : Niat.

Cliché kan. Tapi niat ni lah benda yang paling penting dalam hidup. Yang membezakan ibadah dengan sia2. Yang membuatkan dunia ni rasa bahagia atau sengsara. Aku tak reti lah nak cerita dari sudut agama penting niat tu macam mana. Aku cuma boleh share pengalaman je.

Aku dengan mak tak pernah sebulu. Kami takde chemistry. Walaupun aku anak emas bapak, tapi mak yang banyak influence semua orang.

So bila mak pangkah (pulau) seorang anak, yang lain2 semua akan turut pangkah anak tersebut. Semua adik beradik aku pernah merasa. Tapi yang paling banyak kena adalah kakak no 4 diikuti aku, yang bongsu.

Ada satu tahap ni, aku rasa sakit sakit sakit sangat kena saiko dengan mak. But aku pujuk hati aku cakap aku buat baik dengan mak aku lillahita’ala. Sebab Allah yang suruh. Sebab Nabi SAW suruh tiga kali. Itulah yang aku dok ulang2 pujuk diri.

Mula memang susah sangat. Aku cuma boleh balik rumah parents tapi aku ngelak jumpa mak. Tiap kali bapak add dalam grup wasap family, aku left sebab aku takleh control rasa cemburu tengok mak layan adik beradik lain. Next stage, aku rasa hati dah kuat, aku boleh salam dah. Tapi takat tu je.

Next stage aku rasa dah lebih kuat, aku dah boleh borak sikit2 tapi takat tu je. Sebab aku taknak rapat2 sangat nanti mak influence thinking aku. Tiap kali aku kecik hati dengan mak, aku menjauh kejap. Dah rasa kuat, aku layan balik mak.

Lepas bertahun2 macam tu, tau2 je aku dah ada resilient hati. Orang lain buat jahat pun aku rasa biasa je lah. Tak sesakit mak buat. Lagi2 pulak aku bisnes, memang perlu hati yang cekal, yang tahan onak duri sepak terajang dunia bisnes.

Rezeki Allah nak bagi, di hujung usia mak, yang mak dok sayang2, tak betah jaga mak kat hospital. Aku sempat jaga kejap. Aku jugalah orang terakhir sebelah mak saat2 akhir nafas mak. Aku sayang mak aku. Aku pun tau mak sayang aku, cuma sayang dia tough love. Aku yang cepat emo tak faham mak.

Dalam rumahtangga pun macam tu juga. Macam yang aku share kat sini https://iiumc.com/cara-jampi-suami/ . Bila aku trust suami 100%, Allah uji trust aku tu sampai aku rasa dunia ni sakit sangat. Bila aku tukar trust Allah 100%, barulah hidup rasa best sangat.

Ada yang tanya kenapa guna ayat “terjun dua kaki” sedangkan kan mudah sebut tawakal. Otak aku ni tahu tawakal tu apa tapi tak nampak. Tawakal tu macam mana? Redha. Redha tu macam mana? Surrender. Surrender tu macam mana?

Bila otak tak nampak, tahu tu tak cukup deep. Bila tak cukup deep, rasa tu tak sampai. Sedangkan untuk connect dengan Allah, kena hadirkan “rasa” berTuhan tu.

Sebab tu aku bayangkan macam tengah diri tepi bangunan tinggi. Bangunan tu my stability, apa yang aku certain, yang dalam kudrat aku. Di luar tu adalah uncertainty yang suami mintak aku percayakan dia boleh bahagiakan aku. Dulu aku terjun dua kaki into the abyss, into the uncertainties, for the sake of happy marriage.

Bila Allah uji, aku letak balik one foot kat building, one foot hanging in the air. Tapi aku tak happy living in the edges. Hati sentiasa tertanya2 adakah aku akan kecewa lagi. Otak jadi penat. Hidup jadi hambar. Until aku dapat decipher ujian yang Allah bagi adalah untuk aku trust Him 100%.

Dalam psychology ni dipanggil reframing mindset. Fakta situasi tak berubah. Yang berubah adalah how we perceive something. By changing our perceptions, emosi berkaitan fakta tu jadi “ringan”. Bila emosi ringan, dunia ni taklah sesakit yang disangkakan. Especially bila niat tu disandarkan pada Allah Yang Esa.

Macam tu juga dengan bahagia. Kita kena define bahagia tu macam mana? Bahagia aku mungkin berbeza dengan bahagia Mell Zakariah. Mungkin juga berbeza dengan bahagia Tun Ramos.

Nak kaya? Kaya yang macam mana? Kena describe se-detail mungkin so otak kita “nampak”. Bila otak nampak, baru mudah untuk dunia 95% tu jadikan impian kita tu realiti.

Sekarang ni every time bangun tidur aku terus niat dalam hati :

“Ya Allah, aku hidup hari ini untuk mencari redhaMu dan untuk ikut sunnah Rasulullah SAW.

Sekiranya ada pahalaku hari ini, aku mohon hadiahkan untuk ibu bapaku. Janganlah Engkau biarkan aku menguruskan hidupku sendiri walau sedetik cuma.”

Aku ni bukanlah baik sangat. Tapi aku perasan sejak aku niat benda ni hari2, makin lama aku bagai dilorong2 untuk buat benda2 baik tanpa aku perlu fikir banyak. Bukanlah nak kata aku takde buat salah langsung, ada je. Cuma untuk buat baik tu rasa mudah sikit banding dulu asyik ada “mental wars”.

===

Aku cadang nak kongsi 2 tips. Tapi ni pun dah panjang sangat. Untuk Mell dan yang lain2 yang berminat nak mengubah hidup, bacalah 300 buku tentang inner talk. Audiobook pun boleh. Islamic scholars boleh, western ideology pun boleh. Then mintaklah Allah tunjukkan jalan yang benar.

Actually rahsianya, it’s not about the amount of books. 300 is just a number. What you actually need to do is to read sampai you perasan dunia you berubah without you making much efforts.

Oh btw, untuk soalan yang tanya macam mana nak baca doa makan tu, ideally baca dalam hati bila pegang orang yang disayang. Pasangan ke, anak ke, mak ayah ke, adik beradik ke. Tak pegang pun takpe, bila hati rasa nikmatnya ada orang ini dalam hidup, baca lah doa tu tanda kesyukuran.

Kadang kita rasa sakit hati giler dengan adik beradik yang buat perangai. Tapi cubalah amalkan. Mana tahu, asbab kita doakan dia, dia yang masuk syurga dulu n tarik kita keluar dari neraka sedangkan perangai dia kat dunia macam setan. Contoh.

Sebab manusia ni masuk syurga bukan sebab amal ibadah. Tapi sebab redha Allah. Kita takkan tahu apa amalan or ibadah yang buat Allah redha dengan kita. So kumpul jelah bekalan sebanyak mungkin walau jalan tu rasa perit.

Semoga sharing ni jadi pahala jariah untuk aku dan parents. Semoga ramai yang dapat manfaat. Yang baik tu dari Allah. Yang buruk2 tu aku mintak maaf kelemahan aku.

Santai2 saja ya kawan2 netizenku. Sampai ketemu lagi. InsyaAllah.

P/S : Confession ini dah dapat greenlight dari cgpt. Hehe..

– Bukan Anabelle (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *