“Sahabat Telepati”. Itu gelaran paling tepat yang aku boleh fikirkan untuk kita.
Tanpa perlu call, tanpa mesej, malah tanpa sepatah kata pun tindakan dan perasaan kita seolah-olah berhubung. Saling terkait secara tak langsung walaupun dari jauh, walaupun dalam diam.
Aku tak pasti kau sedar atau tak, tapi makin lama, makin kuat rasa istimewa tu. Hari demi hari, makin selesa meluah rasa. dari sekecil-kecil cerita, hingga ke sebesar-besar rahsia.
Mungkin sebab itu aku tulis ini hari ni…
Sempena bulan kelahiran kau anak kelahiran 1998 yang kini hilang tanpa khabar berita. Suka atau duka, yang tinggal cuma aku.
Kini hanya aku yang kembali memendam rasa seperti dulu. Sebelum kau ketuk pintu bulatan kecilku. Haha…
Betapa akrabnya persahabatan singkat kita, hingga desas-desus mula menyebar khabar fana. Kononnya kau dan aku sedang hangat bercinta.
Kata mereka, “Seorang perempuan mustahil boleh bersahabat baik dengan seorang lelaki.”
Hishh… Tapi hanya kita yang tahu bagaimana hati itu pernah tenang, dalam ruang yang tiada nama.
Bukan “hubungan tanpa status.”
Bukan juga “teman tapi mesra.”
Sebab bagi aku, kaulah sahabat, teman dan abang yang cukup sempurna di waktu itu dan aku berharap hingga kini.
Tapi apakan daya, aku hamba dan aku hampa. Dek tingkah-lakuku dulu tak pernah peduli dan ambil kisah dengan lebih serius tentang sejauh mana persahabat ini akan kekal tanpa satu kata.
Betullah kata orang bahawa “Communication is key”.
Kini, seorang hamba hanya mampu berharap dan berdoa agak persahabatan yang pernah terjalin dulu kekal utuh sehingga kini malah selamanya.
Atas ikatan yang namanya Persahabatan. Yang tak menyakiti. Yang tak meninggalkan. Tapi terus hidup, walau dalam diam.
——
Aku : “Kalau rindu cakap hshs”
Kau : “Hshs”
——-
Buat Sahabat,
Semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah walau di mana kau berada.
Hidup dan mati kau dalam rahmat Ilahi..
Salam Sayang,
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit