Saya seorang ibu kepada empat orang anak. Saya bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama, menjaga anak-anak saya sepenuh masa — siang dan malam, tanpa henti.
Saya jarang keluar rumah, bukan kerana tak mahu, tapi kerana saya lebih tenang bila anak-anak ada di depan mata saya.
Bukan saya tak mahu ‘me time’, tapi saya tak sanggup bebankan orang lain untuk jaga anak-anak saya, walaupun suami saya sendiri.
Suami saya sering cadangkan saya keluar, rehat, ambil masa untuk diri. Tapi saya tak boleh. Saya tak tahu kenapa.
Mungkin sebab dalam kepala saya, kalau saya keluar pun hati saya tetap di rumah. Tetap risau, tetap rasa tak bebas. Jadi saya simpan semua. Saya tahan. Saya terus bertahan.
2–3 hari kebelakangan ini lebih berat dari biasa. Dua orang anak saya jatuh sakit. Saya sudah dua malam tidak tidur. Kalau dapat tidur dua jam pun saya rasa syukur.
Dan dalam masa yang sama — kerja pejabat bertimbun-timbun menunggu. Bila kerja tertangguh, saya rasa makin tertekan. Rasa serabut, rasa nak menjerit.. tapi saya diam.
Kadang saya tak tahu apa masalah saya sebenarnya. Saya cuma tahu saya penat. Sangat penat. Tapi saya kena kuat. Sebab saya mak. Sebab saya tiada pilihan.
Saya tak suka susahkan orang. Saya selalu rasa kalau saya luah, orang tak akan faham. Jadi saya simpan semuanya dalam hati.
Tapi hari ini saya pilih untuk luahkan sedikit. Bukan sebab saya lemah, tapi sebab saya manusia. Dan hari ini saya akui, saya juga layak untuk letih. Saya juga layak untuk difahami.
—
– Penat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Korang takde perancangan hidup ke? Aku masa baru kawen tgk somi tak tolong walaupon sedia bibik perkara 1st aku buat amik implan. Bukan anak aku sorg je. Anak dia gak kan. Dari aku sakit jiwa baik aku “selamatkan” diri aku. Ibu selamat anak2 confirm selamat. Perempuan jgn cepat sangat perasan suami nak anak sepasang nk anak 4 org. Yg nk hadap mak sorg je. Jaga diri sdn sebelum sibuk nk jaga org lain
Puan. Anda sakit ya. Pergi jumpa Dr. buat pemeriksaan. Badan dah bg signal penat nak rehat. Tapi otak anda tak henti2 in denial suruh buat jgk. Ajak suami pergi check up. Jgn main2 ya. Takut bdn dah over stress kena stroke lagi haru. Badan otak kita ni nak pakai lama. Tgok muka anak tu.. nnt kalau puan tak ada/sakit diorg mcm mna?