Aku ada satu cerita nak kongsi. Cerita ni bukan pasal hidup aku tapi pasal sorang ex student UIA. Cerita ni dah lama dah tapi aku rasa macam menarik pulak nak kongsi kat sini.
Sebelum tu, aku ni ex student UIA Kuantan. Masa aku tengah buat posting psychiatry time aku student dulu (few years ago), ada satu hari tu aku kena interview sorang patient yang datang ke klinik. Patient ni rupa rupanya ex student UIA Gombak.
Masa aku jumpa die tu dah masuk 3 tahun die ni dapatkan rawatkan under psychiatry unit. Sebelum tu dia under hospital kat KL then di refer ke Kuantan sebab dapat kerja kat situ.
Die pun cerita la kat aku secara detail pasal penyakit die. Die ni sebenarnya ade penyakit panic disorder. Orang yang ada penyakit ni selalunya akan dapat panic attack secara tiba2 dan attack ni akan berlaku banyak kali.
Bila tengah dapat attack tu, patient akan selalu complain rasa berdebar debar, badan menggeletar, sesak nafas, sakit dada etc.. dan yang teruknya boleh sampai tahap rasa macam diri tu nak mati dah. Dalam kes die ni, semua symptom tu ade.
Die mula perasan ada symptom2 penyakit ni masa die 1st yr. Awal2 tak teruk sangat, tapi lama2 penyakit die ni makin teruk sampai menjejaskan kualiti hidup.
Selalunya panic attack die datang bila die nak pergi ke tempat yang ramai orang. So banyak kali jugak la die dapat panic attack masa die on the way nak pergi kelas.
Akibatnya, banyak kelas yang die skip sebab panic attack ni dan akhirnya sampai tahap kena bar dari final exam.
Selain tu, sejak penyakit die makin severe dia pun start isolate diri die dari orang ramai dan lagi suka stay kat bilik.
Yang sedihnya by the time dia pergi dapatkan rawatan, dia dah kena dismiss pun dari UIA. Dia cakap ade cuba buat appeal dengan UIA, tapi kena reject.
Aku pun tak berapa paham kenapa appeal die kena reject, sebab patutnya kena ada pengecualian la untuk student yang ade medical problem macam ni.
Jadi akhirnya dia tak berjaya habiskan degree disebabkan masalah ni. Dan die pun ade cakap kat aku yang die masa tu still lagi depressed sebab tak dapat habiskan degree die.
So, tujuan aku kongsi cerita ni sebab nak kita aware ada macam2 jenis orang kat sekeliling kita.
Kalau korang ade kawan yang jenis selalu skip kelas atau selalu ada masalah dalam pelajaran tu tak semestinya sebab diorang malas.
Kadang-kadang ada antara kita ni tak bernasib baik ditakdirkan dapat penyakit macam ni.
Jadi, jangan la senang2 judge orang lain kalau kita tak cuba nak ambik tau pun apa masalah diorang sebenarnya.
– BF (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit