Solusi Masalah Badan Gemuk Gempal

Hi. Aku student UIA. 3rd year tahun depan grad yeay!

Dulu berat aku 120kg. Tak payah bayang gemuk dia macam mana. Satu kekurangan jadi gemuk ni, kau pakai ape pun tetap nampak sendat. Walaupun tak sendat nampak berlapis tapi sendat la. Anyway, orang gemuk tolong jangan terasa. Jadikan ini motivation untuk korang kurus.

Banyak reason boleh gemuk. Factor metabolism, genetic, pemakanan, surrounding and so on. And aku adalah datang dari factor genetic sebab semua family aku besar2. Tak sebelum kawin, selepas kahwin mesti besar. Ada 1 masa aku rasa nak bunuh diri sebab aku percaya takde benda boleh kuruskan aku. Aku tak percaya pada pil tu semua (since aku tahu ni genetic maybe takde harapan). Jadi orang gemuk serious tak best. Tak boleh beli baju lawa. Tak cantik. Yes people do said love yourself and you will look beautiful but thennn siapa taknak kurus kan. Belum lagi part kene bahan je dengan membe. Asal kau jalan rumah gegar, asal kau naik kereta, kereta senget, asal nak beli baju je, takde saiz. Yang setiap kali pergi farmasi tak habis2 orang offer ubat kurus sampai aku rasa nak muntah ubat pun ada. And btw, aku memang jenis jaga makan. Aku tak suka makan nasi. Aku tak makan manis and berminyak. But semua takde effect untuk aku. Gens kan.

Tapi alhamdulillah, bila masuk U, aku kawan dengan geng2 kaki run. Dorang dengan slambernya ajak aku join dorang lari. Well, membe aku ni mostly jenis straight to the point. Dia ckp je “kau cuba lari kot boleh kurus. Takkan nak gemuk sampai bila2”. And biasalah aku perempuan yang penuh alasan, penatlah ape lah semua. Tp membe aku ckp, dia train aku lari. Tak perlu laju sangat tak perlu push sangat. And aku pun macam “try la”. Ye la. Aku duduk kat U bukan buat ape sangat. Pergi kelas, balik kelas. So aku pun start la slow2. And guess what dah 2 tahun aku berlari, hampir setiap hari mesti aku akan spend masa untuk berlari even for 30 minutes and aku akan selalu avoid drive sebab aku prefer jalan. Daripada beli baju mahal2, aku lagi prefer habiskan duit join running program. Lagi2 program charity run. Ye lah. Sambil berlari sambil beramal. N satu benda best bila kau join program larian serata malaysia and dunia, kau dapat travel. Duit? Part time, kumpul, part time, kumpul. And now, berat aku dah turun ke 90 kg. 30 kg beb dalam masa 2 tahun. Even bagi sesetengah orang sikit, bagi aku tu dah cukup puaskan hati aku.

So saje nak share cerita ni. Sebab mana yang rasa dia gemuk gens, tolong jangan give up dengan badan sendiri. And please please jaga makan. Sebab orang gemuk paling senang dapat penyakit. Gemuk tapi biar gemuk sihat. Bersenam so biar kita jadi gemuk cergas. Maybe aku bertuah sebab aku jumpa kawan2 yang bersabar dengan aku, and tolong aku. Tapi takde alasan kalau keazaman kau tinggi.

– Gadis yang suka berlari

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit